
Sep 18, 2011
Ku muhasabah diri..

Jul 12, 2011
Pengalaman Yang Bermakna Itu Tidak Sia-sia

Jun 19, 2011
Puisi buat Bapaku Seorang Datuk

Assalamualaikum w.b.t
Seinfiniti kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Moga kita sentiasa dirahmatiNya..Amin
Bersempena Hari Bapa, ana dengan sukacitanya nak berkongsi sebuah kisah mengenai seorang insan yang telah menjadi 'bapa' kepada ana dan adik beradik. (ayat touching sikit.hehe..)
Sejak dari kecil ana dan adik-adik tinggal dengan mak, atuk dan nenek di kampung. Tidak perlu rasanya berceloteh kenapa dan bagaimana ana boleh tinggal dengan insan-insan ini.
Jika orang lain berbangga dengan bapa masing-masing, ana pula berbangga dengan atuk ana yang sudah ana anggap seperti seorang bapa. Puisi buat bapaku seorang Datuk..
Beliaulah yang telah mengajar kami bait-bait kalimah Allah sehingga kami khatam naskah itu..
Beliaulah yang menumpangkan teratak coklat itu kepada kami dari hujan dan panas cuaca dunia..
Beliaulah yang menyuapkan nasi buat kami walaupun rezeki itu tidak segunung mana..
Atuk, kami tahu atuk sedih melihat kami yang dibuang ditanah sendiri.
Kami tahu atuk gembira bila kami membesar menjadi kanak-kanak yang ceria..
Kami tahu atuk bangga bila kami berjaya menjadi orang yang berguna..
Kami tahu atuk marah kami tanda kasihnya atuk kepada kami..
Sudah lama kami tidak menatap kerut kedut muka atuk yang jernih itu..
Kami rindu atuk yang tegas mendidik kami cucu yang paling nakal ketika dahulu..
Senyummu penawar duka kami ketika kami menelan keperitan hidup didesa itu..
Nasihatmu masih segar dalam ingatan kami untuk teguh berdiri dalam panji agama..
Sabarmu menjadi inspirasi kami menjadi insan yang cekal mendongak langit mendung..
Kami hadir ke pusaramu atuk..
Menjengah kepuk dan nisanmu yang kaku dipasak bumi..
Moga jasadmu masih berbentuk tegar sehingga saatNya nanti..
Doa kami seiring selalu dengan tiupan bayu..
Memohon agar atuk bersama dengan sang kekasih Tuhan yang Satu..
Amin Ya Rabb..
Wassalam..
Jun 5, 2011
Si Nobita Yang Malang








May 27, 2011
Kita Yang Tiada Daya..


Apr 15, 2011
"Aku Niat Menuntut Ilmu Kerana Allah.."

Assalamualaikum w.b.t.
Moga sumanya sihat walafiat hendaknya ye.. Yang penting iman juga mesti sihat, biar tiap2 hari kita rasa semangat untuk berubah kpd yg lebih baik! Kepada penulis ni juga la taw..Sebab dia pun selalu gak malas nak tambahkan amalan sunat..huhu..
Alhamdulillah ana baru je habis final exam for my degree of bachelor engineering manufacturing petang 14hb 4 tadi... Perasaan sblm nak masuk exam tu hanya Allah je yang tahu berapa terujanya nak habis exam..rasa macam nak jerit kuat2; "Aku dah habis exam!!!"haha..
"Amy, result hang tak kuaq lagi..Jangan hepi sangat na!FYP tu lupa??!"
Baik!wuuuu..=.=
Sebenarnya ana rasa sedih gak.. Sebab selama ni banyak sangat khilaf dlm menuntut ilmu Allah ni, tak kira la dari primary school sampai ke peringkat U ni.. Yela, hati ni sangatlah susah nak ikhlas seihklasnya dalam menuntut ilmu Allah.. Tiap kali study dalam kepala hanya fikir "Aku mesti lulus!"huhu.. Obvious sangat2 yg diri ni tak ikhlas..
Sepanjang perjalanan menuntut ilmu Allah ni, ana try je apa yg mampu untuk ikhlaskan diri bila sudah teringat yg diri ana ni dah salah niat. Moga kita suma diampunkan Allah dalam usaha yang murni ni.. Perbetulkan niat kita balik..
Dalam hadith 40 pun perkara pertama yang dibahaskan adalah mengenai niat. Sebab jika niat kita salah boleh buat kita rasa penat saje dgn apa yang kita lakukan.. Sia-sia macam abu rokok yg dihisap oleh orang suka merokok. Banyak duit kita habiskan tuk beli rokok, tapi takda bagi hasiat pun pada diri kita.. (kita?eh, slh2..ana tak smoking taw..huhu...)
HADITS PERTAMA
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]
Arti Hadits / ترجمة الحديث :
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .
Macam tu la juga dgn niat kita mencari ilmu.."Allahuakbar.. Nak wat cane, dah sistem pembelajaran kat negara kita mmg berdasarkan peperiksaan.."
Jangan macam tu..Tak baik punya!hehe.. Alasan hanya akan menjadi tembok kepada masalah dlm hidup kita.. Ingat tu..
So, ana plan lepas ni ana nak ambil master yang berkaitan dengan ilmu yang ana nak tahu sangat2.. Biar ana rasa ikhlas betul2 nak tahu ilmu tu.. Ana ingat nak ambil master berkaitan comparative religions ataupun tentang ulum Quran yang ada kaitan dgn sains2 ni.. Sangat menarik!huhu.. Moga dimakbulkan Allah.. Amin!
Ilmu pun bukan setakat dapat dalam class ataupun dari buku je, ilmu pun boleh dapat dari pergaulan kita seharian dgn orang lain.. Contoh paling senang, kita berkawan dgn kawan yang hidup dia susah dan penuh ranjau la katakan.. Dari cara dia menangani masalah hidup dia, kita boleh belajar 1001 ilmu yang tak dapat dari sebuah buku.. Ini pun dikira ilmu..
Syukur sangat2 ana banyak belajar dari sahabat2 sekeliling dan juga insan2 yg ana pernah kerja dan jumpa.. Suma itu pengalaman yang sangat bermakna macam dapat mahar kahwin dinar emas je..oppss!ngeee..tetiba lak keluar topic mahar kahwin..
Sahabat2 sekalian yang masih lagi menuntut ilmu mari sama2 kita perbetulkan semula niat kita menuntut ilmu dengan niat kerana Allah.. Ilmu kita dapat, pahala kita bertambah, redha Allah selalu mengiringi kita.. Allah itu Maha Pemurah kan? Dia tak lokek dgn kita jika kita ingat Dia..
Akhir kalam, 'Selamat Beramal!' heee...
Wassalam.. n_n
Ulasan lanjut mengenai niat boleh pegi link ni:http://www.mapksolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=193:hadis-tentang-ikhlas&catid=78:hadist&Itemid=178
Apr 11, 2011
~ Ukhuwah Kita ~

Hati kita terpaut..
Ukhwah kini bersemi dalam kemelut perjuangan..
Aku sering keseorangan..
Di kala itu kau hampir manjadi teman..
Kita bukan kekasih..
Kita yang Allah takdirkan untuk berkenalan
Dalam ketentuan itu..
Kita belajar untuk melengkapkan..
Kita tidak pernah jemu mengingatkan..
Aku ada yang kurang..
Kau hadir melengkapkan..
Aku ada yang lebih..
Kau akanku sempurnakan..
Kita ketemu di saat semua sekeliling kita tiada kepastian..
Bukan 20 tahun kebelakang kita disatukan..
Tapi di waktu kau dan aku kini sudah kematangan..
Tidak pernah aku terfikir kau menjadi 1 bab dalam kehidupan..
Sekarang semuanya indah bersamamu teman..
Kenapa kau yang terpilih?
Kuasa Allah yang punya ketentuan..
Kau dan aku tidak pernah memilih..
Untuk menjadi sahabat dalam mujahadah keperitan..
Aku lampirkan hatiku demi sebuah ukhuwah..
Yang bermula dengan Al-Fatihah..
dan berakhir dengan syahadah..
Cukup kau dan aku ada kebersamaan..
Walaupun banyak jurang ketidaksamaan..
Andai 1 hari aku pergi dahulu..
Jangan kau meratapi perpisahan ini..
Kerna itu sudah janji Tuhan..
Tiada manusia yang akan Dia kekalkan didunia ini..
Di bahumu dan aku tergalas sebuah amanah..
Untuk kita lunasi..
Jika jasadku sudah disemadikan..
dan aku tidak sempat menyempurnakan amanah itu..
Mohon kau teruskan..
Itulah matlamat kita ditautkan..
Dalam ukhuwah yang berpanjangan..
Demi jalan dakwah yang tiada berkesudahan..
Nukilanku--> A-N-A
- Salam ukhuwah terpateri buatmu yang aku rindui -
Apr 8, 2011
"You are My Another Half..."
Alhamdulillah wa syukrulillah.. Kita masih lagi bernyawa dan dapat hidup dgn selesa pada saat ini..Dah 3 minggu ana agak busy dgn mcm2 tugas serta exam 2 paper pada 1 dan 2 hb hari tu.. So. skrg tgah in progress tuk FYP2 dan last exam pada 14hb nanti plak..huhu..pntnya hanya Allah yang tahu..
Senenarnya mood nk start study smule takde lagi..hehe..sakit "M" tu tak diubat2 lagi..Amy, Hwaiting!!GO STUDY GO!!ngeh3!! okey, back to the topic about 'You are My Another Half'..wah!agak2 suma phm kot maksud Another Half..If tak silap ana soulmate kt la, husband or wife kita..(if salah definition sila komen di bawah entry ni..heee....)

Baru2 ni ana berborak dgn beberapa ajumma (makcik) ttg nikah kawin ni..bukan main lagi ana duk tambah dosa same time tu..huhu..yela ajumma2 tu duk cite psl org2 kpg depa yg kawin dgn wanita warga asing yg da berkahwin, yg bermadu la, psl janda yg agak terlebih hormon keperempuanannya la (gatal)..haha..maap jika ada yg tak suka words2 ni sume..
Sebagai org yg muda time dgr cite depa tu ana mengiakan aje la..tak knl pun sapa2 yg berkenaan..mmg tak patut gak duk tambah dosa dengar org mengumpat..tp sambil tu byk gak la bg nasihat dan pengajaran dari cita2 depa yg ana dpt.huhu..Astaghfirullahaa'zim..=(
Ok, kita mula dengan kisah 1:
Kisah yang ni psl wanita warga asing yg dah berkahwin tapi mengaku single dan dara..huhu..pahtu di duk ngurat orang laki kampung tu dan kahwin..agak2 la apa hukum perkahwinan depa??huhu..tentu la tak sah dan jatuh hukum haram..nauzubilah..jika perkahwinan depa ada zuriat lepas tu, dikira anak luar nikah..habis seluruh nasab keturunan tu tak dipeliahara kesuciannya..sedih kan?jahilnya..
Kisah 2:
Yang ni psl sorang janda yg sudah ada anak dan umur mungkin dlm lingkungan 40-an..penah tak dengar lagu "Hidup Seorang Janda"?hehe..lebih kurang camtu la tajuk lagunya..,lirik dia camni kalo tak silap; "Hai susahnya hidup menjadi janda..Kemana pun saja orang curiga..lalala..tak ingat lirik full die..hehe..
Dalam kisah ni janda ni mungkin terlebih hormon 'intimate' kot..huhu..(maap sgt2 jika tak suka ayat ana ni..=( )..dia sewakan bilik kat umah die pada sorang laki bujang muda lagi gantang!haha..then lame pastu dia kene tangkap basah sbb duk serumah dgn laki 2 yg bukan muhrim..Diorang pun kahwin la lepas tu..tp janda ni salalu kahwin cerai kahwin cerai..aish, dah macam main kahwin2 time kecik lak..
Allahuakbar..ni lagi 1 kisah kejahilan masyarakat kita skrg..nape lak nak duk serumah dgn bukan muhrim..mmg boleh bawak fitnah..
Tapi jgn salahkan seluruh janda kat dunia ni..tak sume macam tu taw..huhu..jgn kerana nila setitik, rosak horlicks se'jug'..hehe..kadang2 kesian dengan janda2 ni..depa ni sume nak bahagia mcm org lain..tp biasa lah mulut orang tak bleh nak tutup, inikan mulut buaya..eh,terbalik..ngee...orang suka duk ngate janda2 ni gatal la, suka rampas laki orang la..hakikatnya, laki orang tu yg gatal kat depa..hehe..(emo sekaum lak ana ni kan..haha..)
Kisah 3:
Kisah yg ni mmg normal la zaman kita skrg..hidup bermadu..kalo dlu P-Ramle cakap beristeri 1 banyakkkk...beristeri 2 jarang2...beristeri 3 kadang2..beristeri 4 sikit-sikt..haha..tak bape ingat lak dialog dia dlm cite tu..lebih kurang la kot..hehe..tapi zaman sekarang ramai je kahwin 4..lebih dari 4 pun ada..hukum mana lah dia ikut..huhu..
Dalam kisah 3 ni, Ajumma2 tu cite ada sepasang suami isteri-isteri ni (2 isteri.hehe..) hidup bermadu kat situ..isteri pertama bukan main mula terima laki die kahwin lagi 1..niat di hati nak dapat payung emas..tapi lain lak jadi pas kahwin...biasa la, cemburu tandanya sayang..so, isteri pertama ni pas kahwin tak ikhlas lak terima madu dia..sbb cemburu punya hal..tapi suami die dah berlaku adil da..wallahua'lam..mungkin da masalah lain yg kita orang luar ni tak tahu kenapa isteri dia memberontak tak suka madu dia..
Isteri pertama dia lak dah mula cite apa yang die tak puas hati dgn madu dia kat orang lain..sayang..terus hilang ganjaran yg Allah janjikan kat dia..huhu..sian..
Kisah cerai berai pun dah terlalu banyak skrg, sehinggakan peguam syariah tu lak trauma nak kahwin..Sume kes berpunca dari perkara yang kecik, cthnya; Si suami pakai tuala si isteri..si isteri bukan jenis suka berkongsi, sbb tak thn, terus mintak cerai..huhu..senangnya la hidup kahwin cerai..

Itulah hakikat hidup dalam perkahwinan..bukan suma yang kita impikan akan kita dapat lepas berkahwin..Sblm kahwin peluh si dia pun tak penah komplen berbau..Lepas kahwin?? "Bau bacin la abang ni.."huhu..nah, time ni la kita akan diduga dgn macam2 tentang perangai pasangan kita..Pas kahwin nanti baru tahu pasangan kita tu penyabar ke, suka membebel ke, panas baran ke, suka kentut asham ke.haha...dan etc..hehe..

Jadilah orang yg bertanggungjawab selepas perkahwinan..sbb perkahwinan itu menuntut tanggungjawab dan amanah..Lengkapkan diri dengan ilmu agama sblm melangkah ke alam perkahwinan. Jika kita jahil, generasi akan dtg akn bertambah jahill..DAN SOLAT JANGAN TINGGAL!ITU YANG PENTING!!

“Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) karena silau akan kekayaan lelaki meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak akan pernah pernikahan itu dibarakahi-Nya, Siapa yang menikahi seorang wanita karena kedudukannya, Allah akan menambahkan kehinaan kepadanya, Siapa yang menikahinya karena kekayaan, Allah hanya akan memberinya kemiskinan, Siapa yang menikahi wanita karena bagus nasabnya, Allah akan menambahkan kerendahan padanya, Namun siapa yang menikah hanya karena ingin menjaga pandangan dan nafsunya atau karena ingin mempererat kasih sayang, Allah senantiasa memberi barakah dan menambah kebarakahan itu padanya” (HR. Thabrani)
Ingat, mencintai seseorang bukan kerana apa yang kita suka perkara yang baik dari die, tapi mencintai seseorang ialah bagaimana kita menerima perkara buruk tentang another half kita dan bagaimana kita hendak melengkapi 1 sama lain..Jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan kelak kita akan kecewa dengan pilihan kita..cewah!tiba2 cite sal cinta2 lak ni..rase tak kena lak kat anak tekak ni..uwek!huhu..

“Janganlah kamu menikahi wanita karena kecantikannya, mungkin saja kecantikan itu membuatmu hina. Jangan kamu menikahi wanita karena harta / tahtanya mungkin saja harta / tahtanya membuatmu melampaui batas. Akan tetapi nikahilah wanita karena agamanya. Sebab, seorang budak wanita yang shaleh, meskipun buruk wajahnya adalah lebih utama” (HR. Ibnu Majah)
Mengenai nasab keturunan boleh tengok link ni tuk tahu lebih lanjut: http://www.celapakit.net/showthread.php?tid=9026
“Wahai para pemuda, siapa saja diantara kalian yang telah mampu untuk kawin, maka hendaklah dia menikah. Karena dengan menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu bisa menjadi perisai baginya” (HR. Bukhori-Muslim)
Akhir kalam, dalam hidup kita Allah akan menguji dengan sesuatu yang kita suka dan yang kita tdk suka..bersyukurlah dengan apa yg Allah telah takdirkan pada kita.
-Piece no war!!!-
Wallahua'lam..
Mar 28, 2011
Ummi..
Engkau tidak pernah menawarkan kerdipan risau anakmu..
Dalam perolehan darah Jundumu..
Engkau tetap menjadi pedang dalam kekuatanmu..
Setiap titisan jerihmu..
Engkau memegang watak ayah dan ibu..
Tidak terpadam semarak perjuangan..
Dalam kejauhan..
Engkau sering merindui anak-anakmu..
Tapi engkau pernah berhikmah..
"Allah sentiasa bersamamu anak-anakku..Apa lagi harusku resahkan?"
Cukup titipan doa ruji buat kami anak-anakmu..
Ditiup angin membayu..
Sampai kepada kami..
Membisikkan semangat yang tidak pernah pudar..
Walau di mana kami bernafas di alam fana ini..
Air jenih mengalir di tubir matamu..
Tapi kami tidak sempat menepisnya Ummi..
Kerna engkau mahu kelihatan gah di mata kami..
Engkau tidak senang jika kepayahan itu dibahu kami..
Padamu, seluruh beban itu tertanggung kepadamu..
Namun Ummi..
Anakmu mahu memaut keperitanmu Ummi..
Kami mahu Ummi bangga dengan kami..
Meringankan apa yang tidak terdukung olehmu..
Kami mahu jadi anakmu yang soleh..
Yang tidak hanya diulit kesenangan dikala batinmu kepiluaan..
Kami sayang Ummi..
Kami kasihkan Ummi..
Kami yang ditiupkan ruh di dalam rahimmu..
Tetap meletakkan Ummi sebagai ratu kami..
Moga Allah meletakkanmu di syurga para anbiya'..
Sebagai galang ganti pengorbananmu kepada kami..
Amin Ya Rabbala'lamin..
Nukilanku ---> A-N-A
Mar 22, 2011
Saranghae!!
Dah berminggu2 rasenye tak update blog ni.(yeke?hehe..)
Banyak aktiviti2 yg ana buat sblm2 ni..rase macam takde mood nak update bile tengah serabut dgn macam2..Time weekend bkn main plan nak siapkan keje, tp haram..terbengkalai jgak..
Sebab penat + malas punye hal.huhu..Sungguh tak patut..Allah dah bagi byk masa, tp duk sia-siakan je..huhu..nak kene Amy Natasha Adam ni..Piat telinga tu karang baru tahu!Ei!Geramnya!huuu..
Tapi malam ni ada mood sikit nak update blog ni. Jiwa tengah kacau sebenarnya..Makin lama rase makin empty je jiwa ni..Mungkin kurang peringatan tuk diri sendiri..Kene muhasabah diri balik ni..Allahurabbi..
Anggap jela entry kali ni sesi luahan perasaan.hehe..
Baru2 ni duk mesej dgn adik2, suma duk cakap "Rindu sangat2 la kat akak!"huhu..
Ye adik2ku syg, akak pun rindukan kalian jugak..Ikut hati nak terbang je pegi dekat adik2ku suma..
Forth, Final Year Project..ermm..bab ni mmg takda mood terus nak cite la..trus graph mood tu decrease kat -ve side.haha..Teruk betul!

Hari yg sama dan tmpt yg sama gak ana berehlah dgn classmate manurian (Manufacturing 4th year).hehe..Besh sgt!!Kenangan terindah la katakan..huhu..sblm melangkah pergi meniggalkan UIAM tercinta..wuwu..Cedihnya!!


Last words, ana tujukan lagu yang ana suke2 sgt buat suma yang telah menggembirakan hidup ana!hehe...
Kenangan Terindah
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati
Ooh...
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh...
Mar 15, 2011
Bencana Yang Dipersendakan..

Dek kita yang tak pernah serik..
Mentadbir dunia seperti 'ana' yang punya..
Mendabik dada, berbangga membuat auna..
Akar Iman yang makin rapuh..
Tidak mahu dibaja dengan muhasabah kalamNya..
Maka terbalik lah dunia..
Bumi gersang membaham kita..
Lautan hitam menelan nyawa..

Akal separuh sedar kita..
Tidak pernah belas dengan bencana yang penuh amarah..
Memandang sebelah mata..
Tanpa merubah konstitusi kezaliman kita..
Masih ada yang ketawa sinis..
Mempersendakan kuasa Yang Esa..
Seperti bala itu "Raja Yang Lawak"..
Seperti tiada yang memeras ugut jiwa kita..
Adakah 'Hati' kita sudah mati dalam kebodohan diri?
Lupakah kita berpijak dibumi yang sama?
Mungkin kita berprinsip; "Kubur Kau Bukan Kubur Aku"
Aduh!
Parahnya penyakit kita!
Cetek sungguh sanubari kita!

Gegaran yang dulunya tidak membenamkan beratus nyawa..
Kini sudah tidak membuka peluang kemaafan buat kita..
Dunia dulu yang menunggu penuh sabar..
Sudah tidak mampu membuak keperitan di kerongkong bumi..
Benarlah tinta itu berbicara tentang tanda Kiamat Kubra;
Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. (Al-Zalzalah :1-5)

Tidak gentarkah kita?
Bukti yang nyata telah tercatat puluhan ribu tahun yang dahulu..
” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf: 98-99)

Pintu taubat masih terbuka luas buat kita..
Atas NamaNya Ar-Rahim..
Dia kasihkan kita sedepa yang tiada penghujungnya..
Melainkan syahadah itu luput di pengakhiran nafas kita..


Sumber gambar:
http://totallycoolpix.com/2011/03/the-japan-earthquake-and-tsunami-aftermath/
Mar 14, 2011
Secebis Kenangan, Selautan Kasih..
Untuk sekian kalinya, syukur Alhamdulillah dengan segala kurniaan yg diberi buat diri yg kerdil lagi hina di MataNya..
Semalam ana berjumpa dengan abang sepupu ana yg sulung..lame sungguh tak dgr khabar dari family belah dia..so, dpt la berborak dlm mase sejam lebih dengan abang long & wife..
Bila dengar cerita dia pasal family belah ayah, rase nak menangis je..Ye, ana akui, ana sangat2 rindukan kampung halaman belah ayah..
Selepas kejadian 15 tahun yg lepas, ana dan adik beradik dah lame tak menjengah ke kampung sana..bukan tak sudi, tapi kekangan masa jadi dah lame tak dpt nk balik sana..
Teringat sume kenangan time kecik2 dulu, ana yg cilik sanggup mengekor sume abg & akk spupu pegi merayap 1 kpg..
Bukan takat air terjun, kami redah jugak parit sungai!deras air dia!best sgt mandi kat situ!selalu main terjun2.kih3!!
Kat kampung tu jugak la ana merasa mandi air perigi kat rumah Mak Mok (panggilan manja mak angkat ana, sebab dia chubby!hehe). air perigi mesti la sejuk!lepas mandi je mesti segar bugar la..
Selain tu, ana dgn sepupu2 selalu pergi jalan2 kat atas bukit yg ngadap pemandangan KL. Pegi pagi2, kabus time tu tebal. Tu maknanya, udara bersih.rindunya time tu!huhu
Yang paling best time musim buah-buahan..durian toksah nk habaq na, sedap hingga menjilat jari. ada rambutan, manggis..kelapa muda kat kpg pun best!sedapnya!!
Namun, sumenya tinggal kenangan..kenangan yg sampai bile2 pun takleh dapat kat mana2..Cume yg mengalami je dapat rase nikmatnya..huhu..
Tapi, zaman sekarang ni, mana nak cari sungai yg bersih?air perigi?lagi la payah nk cari..
Sedar tak sedar, kita sume tak pernah nak hargai nikmat yg Allah bagi kat kita kat dunia ni.
Nikmat air..Indah ciptaan Dia..Air yg bukan boleh dipegang macam objek biasa..Air dicincang macam mana pun takkan putus..Air kita baling dekat dinding, dia takkan jadi bentuk yg asal..
Ajaibkan?huhu..Allahuakbar, Subhanallah..Sebaik2 ciptaan adalah ciptaanNya..

Udara dengan suma yg ada kat alam sekitar kita ni tak dapat diganti bila dia dinodai..Makin hari makin kotor..huhu..sama-sama kita hargai khazanah yg Allah beri. Tak lama lagi Dia akan mintak semula dari kita..Setelah kita pinjam dari Dia, takkan kita nak pulangkan dengan keadaan yg dah rosak?sama-sama kita muhasabah..
Tiba-tiba da tertukar topic lak kan..hehe..Last words, meh hayati lirik lagu "Sandarkan Pada Kenangan", nyanyian Jamal Abdillah (ana minat suara macho die..ihik3!) dengan Siti Sarah..
( JA: )
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia
( JA: )
Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu
( 1 )
( SS: )
Ohhhh…
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku
( 2 )
( JA & SS: )
Sayang menyayang
Saling percaya
( JA: )
Punca kasih berpanjangan
( JA: / SS: )
Ohhh…. oh…
( 3 )
( JA: )
Mengapa kita harus bersengketa
( SS: )
Kerana fitnah dan salah sangka
( JA: )
Apa yang telah terjadi pada kenangan
( SS: )
Sememangnya aku tak pernah melupakan
( JA: )
Mengapa masih ada perasaan benci
( SS: )
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan
( JA & SS: )
Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan
( ulang 1, 2 & 3 )
( JA: )
Apa yang harus kita lakukan
( SS: )
Kita sandarkan pada kenangan
( JA: )
Mengapa masih ada perasaan benci
( SS: )
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan
Wallahua'lam..
Notes:Hati saya bergaya bahasa melankolik hari ni.(quote dari status FB Nurul Atiqah Rayah.hehe..)=_=
Mar 10, 2011
Saya Tahu Saya Tidak Sempurna

Saya hanya manusia biasa..
Yang tidak punya rupa..
dan tidak punya harta..
tidak juga miliki pangkat disisi saya..
Saya tahu saya cuba menjadi yang sempurna..
Walaupun sebenarnya saya tidak mampu jadi yang sempurna..
Saya cuba memiliki hati semua insan sekeliling saya..
Tapi sebenarnya saya tidak mampu..
Kerana saya bukan insan yang diciptakan sempurna..
Saya tahu Allah telah menciptakan saya sesempurnanya yang sesuai dengan saya..
Saya masih mampu berkata-kata..
Saya masih gagah meniti jalan dunia..
Saya masih peka dengan rentak kehidupan..
dan saya masih nampak dunia dihadapan saya,
walaupun mata saya makin kabur melihat apa yang ada..
Saya cuba miliki apa yang tidak saya miliki..
Sebab saya mahu bahagia seperti yang lain nikmati..
Tapi saya tidak pernah lupa..
Allah tidak beri apa yang saya angani..
Dia hanya beri apa yang terbaik untuk saya miliki..
Sempurna dimata saya, tidak sama dengan sempurna di 'MataNya'..
Saya tahu saya tidak sempurna..
Tapi padaNya, saya sudah sempurna segala-galanya..
Saya akui, Dia adil dalam menyempurnakan hak hambaNya..
Malunya saya..
Saya tidak pernah hendak sempurnakan diri saya untukNya..
Sebab saya hanya fikir apa yang manusia nampak dalam diri saya..
Tapi saya buta menilai apa yang Dia hendak dari saya..
Sedihnya saya..
Tiap-tiap hari saya gagal menjadi sempurna di 'HatiNya'..
Sebab saya hanya usaha menjadi sempurna dihati insan yang tidak pernah tahu kewujudan saya..
Tapi Dia tetap menunggu saya menjadi sempurna dalam ukuranNya..
Saya tidak mahu berjanji menjadi sempurna..
Kerna saya takut saya termakan janji saya..
Saya hanya mampu positif dengan diri saya..
Bahawa saya tetap syukur dengan diri saya..
Saya yakin Dia akan terima diri saya seadanya..
Selagi termampu, saya akan jadi sempurna sebagai hambaNya..
Terima kasih kerana menjadikan saya sempurna..
Allahurabbi..
Nukilanku--> A-N-A

Feb 25, 2011
Wanita dan Tangisan..

Beberapa minggu ni ana sering teringat ketika hendak tidur adakah ana akan bangun semula atau tidak. Takut sangat bila tidur, kita dah tak sempat nak solat tuk waktu solat seterusnya..
Kadang-kadang rasa nak menangis sahaja. Tapi, walaupun jadi macam ni, ana masih lagi gagal bermujahadah untuk berubah dari habit2 buruk ana selama ini. Yela, mungkin di depan orang lain kita akan bersikap alim-alim kucing. Tapi dalam masa kita bersendirian hanya kita, Allah, malaikat, dan syaitan je tahu apa perkara buruk yang kita lakukan..
Menangis..
Sebagai seorang wanita, muslimah, atau perempuan, kita tidak akan lari dari berasa sedih dan menangis..betul atau tidak, ketika setiap kali datang 'waktu' itu kita akan rase tibe2 nak menangis??Itulah indahnya menjadi wanita. Ketika sedih kita menangis, ketika gembira pun kita boleh menangis, ketika takde pape berlaku pun kita boleh menangis..
Menangis bukan tandanya kita lemah, menjeng, atau kememeh..
Menangis itulah cara seorang wanita memotivasikan dirinya..
Dengan menangis, seorang wanita akan berasa kuat selepas melepaskan segala yg terpendam dalam hatinya..
Dengan menagis jugalah, seorang lelaki akan gugur keegoaannya..
(Hebatkan?hehe..) Tapi bukan kami, golongan wanita ni saja2 je nak menangis, tapi itu sahaja cara yang mampu jadi benteng kekuatan kami..
Menurut sebuah buku (Hikmah Terapi Air Mata: Menangis Kerana Allah), wanita menangis 64 kali setiap tahun. Manakala lelaki secara puratanya hanya 17 kali. Ini kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kesihatan jiwa (psikologi). Statistik ini berkadaran dengan jangka hayat wanita yang jauh lebih panjang berbanding lelaki. Manakala di kalangan wanita juga, yang lebih banyak menangis ternyata lebih sihat dan lebih panjang usianya berbanding dengan yang kurang menangis.
Menangis dan simbol lemah
Seringkali menangis dikaitkan dengan symbol lemah jiwa dan kekalalan. Ini tidak benar sama sekali. Bahkan di dalam Al-Qur’an dan hadith sendiri disebut beberapa kali tentang anjuran menangis. Antaranya dari ayat Al-Isra’ 109 dan Surh Maryam 58.
‘Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk’.
‘Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis’.
Nabi Muhammad juga menangis. Para sahabat juga menangis. Kita baca juga betapa ramai pahlawan-pahlawan dan sarjana Islam menangis dan merintih dihadapan Allah. Justru menangis bukanlah lagi symbol lemah dan tidak kuat.
1. Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang mampu membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi karena dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis karena emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis krn emosional ternyata mengandungi racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
5. Mengurangi stress
Bagaimana menangis boleh mengurangi stress ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun motivasi
Selain baik untuk kesihatan fisik, menangis juga mampu membantu pembangun motivasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem hormon, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu melalui menangis, jangan dipendam.

Kepada golongan puteri2 suma, berpada-pada lah, jangan sampai kita menangis keluar air mata darah pulak, ataupun nanti jadi macam Kasim Selamat.hehe..

Marilah kita sama2 menangis kerana Allah..wallahua'lam..

Sumber:
1) http://ikatkata.wordpress.com/2009/03/09/buku-hikmah-terapi-air-mata-menangis-kerana-allah/
2) http://penadakwah.multiply.com/journal/item/166
Feb 16, 2011
:: EQ DALAM TUNTUTAN BERJEMAAH DAN AMAL JAMAIE ::

Alhamdulillah dengan segala usaha dakwah Rasulullah dan para sahabat sebelum ini telah memberi peluang kita merasa nikmat Islam yang tidak terhingga sehingga saat ini. Selawat dan salam buat baginda junjungan yang mulia.
Rasa rindu sangat nak menulis dalam blog ni.huhu..seminggu yang lepas da start da tuk entry kali ni, tp disebabkan byk keje dan juge sedikit pergolakan jiwa dalam diri, terpaksa hold dulu.hehe..bunyi cam hyperbola je kan..
Seminggu yg lepas Allah telah memberi kesempatan pada ana untuk hadiri majlis ilmu (usrah gabungan Ma'ruf Club), yang telah disampaikan oleh Ustaz sha'ari berkenaan tajuk Tuntutan Jemaah dan Amal Jamaie.
Ana sungguh tertarik dengan pendekatan ustaz mengenai tajuk ini. Dari tajuk yang boleh dikatakan agak berat telah menjadi santai untuk didengar. Ana hanya ingin highlightkan mengenai EQ vs IQ..
EQ ialah kemampuan merasakan, memahami dan secara efektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber energi, informasi koneksi dan pengaruh manusiawi.
Manakala, IQ ialah kemampuan intelektual, analisa, logika dan rasional iaitu kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah informasi menjadi sebuah fakta.
Dari maksud di atas jelas menunjukkan EQ akan melibatkan hubungan manusia sekeliling kita dan IQ hanya membabitkan akal individu itu sendiri sahaja.
1) Ustaz menceritakan kebanyakan ahli psychology mempersetujui kepentingan 75 % EQ (Emosional Quotient) berbanding IQ (Inteligence Quotient).
Sebagai contoh, pelajaran pertama yang diajar kepada pelajar-pelajar junior di Sekolah Sri Puteri ialah menjadi penyedia makanan kepada pelajar-pelajar senior. Selagi pelajar-pelajar senior tidak habis mengambil makanan selagi itu mereka tidak dibenarkan makan. Bunyi macam sungguh kejam kan?huhuhu..Tapi, rasional dari aktiviti buli ini, pelajar-pelajar junior ini akan terdidik dengan sikap hormat, sabar, toleransi dan criticize dengan pengalaman yang telah mereka alami tersebut. Melalui cara ini lah pelajar-pelajar ini tahu mengadaptasikan EQ dalam kehidupan mereka. Its good right??
Jika kita perhatikan golongan yang tidak nuetralist (25%) dikatakan mempunyai EQ dalam sense of teamwork mereka. Mereka akan bersemangat dalam meraih undi dan bekerjasama demi kemenangan organisasi masing-masing.
Bukan itu sahaja, di dalam Kulliyyah juga boleh dikatakan tidak ramai yg ingin participate dalam aktiviti2 berpersatuan. Timbul tanda tanya dalam diri ana, adakah perkembangan EQ di dalam masyarakat pelajar university sudah terencat?
Jika kita fahami peranan sebenar mahasiswa dalam kehidupan university, pelajar di pengajian tinggi adalah golongan minority dalam negara kita dan mereka mempunyai peranan untuk mengaplikasikan ilmu di university kepada masyarakat luar 1 hari nanti. Jika kurang penggunaan EQ dalam tempoh pengajian mereka, maka amat sukar untuk mereka menghadapi kehidupan bermasyarakat pada masa akan datang.
Maka akan lahirlah 1 golongan yg dipanggil sebagai 'Katak di dalam gelas yang jernih'..Mereka nampak dunia luar apa yg telah berlaku, tapi tidak mampu untuk menyumbangkan apa pun walhal dalam urusan buah fikiran.
Kemudian Ustaz Asha'ari telah mengetengahkan beberapa Sirah dan Kisah mengenai Amal Jamaie:
1) Dalam kebanyakan perang yang dihadapi Rasulullah, Rasulullah telah mengamalkan konsep musyawarah dan pentingnya strategi peperangan. Secara logiknya, Rasululah telah diberikan mukjizat dari Allah mengenai apa yg bakal berlaku dalam sesuatu peperangan, namun Baginda tidak pernah meninggalkan konsep musyawarah dalam mengatur strategi peperangan dan urusan dakwah.
Hal ini kerana, Allah telah cuba memberikan segala ruang kepada hambanya, untuk melalui norma kehidupan yang mengaplikasikan EQ. Begitu banyak analogy dan kisah-kisah para Anbiya' serta pelbagai kaum yg tercatat di dalam Al-Quran bagi memberikan pengajaran dan panduan manusia dalam tuntutan berjemaah dan amal jamaie.
2) Ustaz juga ada menceritakan kisah Tiger Wood and the law of attraction di mana ayah Tiger Wood ni pernah berpesan supaya sebelum setiap kali dia hendak memulakan pukulan golf, dia perlu membayangkan yang bola golf tu masuk ke dalam lubang.
"He also uses a lot of positive visualization – he always imagines the ball going down the hole. He pictures this and nothing else when he steps up to take a swing. No other mental images are allowed into his mind. He only focuses on success – and that is exactly what he gets! "
Imagination pun adalah salah satu contoh aplikasi EQ dalam kehidupan kita..
Banyak lagi kepentingan EQ dalam kehidupan seharian kita. Sungguh menarik bukan?
Tapi kebanyakan kita hanya menumpukan aspek IQ berbanding EQ.
Ana sangat sedih bila mana kebanyakan dari golongan mahasiswa dan siswi tidak menghiraukan apa yang terjadi di dalam kampus mereka. Sehinggakan tiada kesedaran dalam tanggungjawab dalam mengundi. Usah kita memberikan alasan dengan berkata 'Aku tak suka politik ni."
Kehidupan kita tidak akan lari dari mengaplikasikan hidup berpolitik. Ingatlah bahawa Politik adalah salah satu persyariatan dalam Islam. Moga mahasiswa dan siswi kita akan timbul kesedaran terhadap pentingnya berpolitik.

Akhir kalam, ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Students' Representative Council 2010/2011 UIAM yg baru sahaja menang pada hari ini. (22hb Mac 2011). Ana juga sangat-sangat berbangga dengan segala usaha sahabat Pro-Mahasiswa dalam berkempen untuk Pilihan Raya Kampus. Maka telah terjalanlah tuntutan berjemaah dan amal jamaie disitu.
Semoga taklifan yang diberi kepada pemimpin2 ini akan dapat diaksanakan dengan baik dan mendapat sokongan dari suma mahasiwa dan siswi UIAM. ALLAHUAKBAR!!
Wallahua'lam..
Feb 13, 2011
Demi kasihnya Muhammad..

Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat-sahabat yg dikasihi fillah! Sekadar perkongsian, ana sangat-sangat suka baca cerita ni dari dulu lagi. Selalu ulang berkali-kali..Pasti menitis air mata tika baca kisah ni. Buat renungan bersama..
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Kami pohon ditemukan dirinya dalam diri kami..
Kami himpun kekuatan al-Badar dalam tentara kami..
Kami perkasakan rabitah hati mujahadah kami..
Ya Allah..
Meskipun kami pembinasa agung duniaMu..
Namun demi kasihnya Muhammad..
Masih terbentang luas RahmatMu..
Masih kekenyangan perut buncit kami..
Masih terderai ketawa kami..
Masih damai udara alam ini..
Demi kasihnya Muhammad kepada kami..
Dia turutkan kehambaannya kepadaMu..
Mengerah darah merah..
Menelan kepahitan resah..
Memulun akal semaksima..
Memisahkan kesenangan diri tanpa nista..
Terlebar sayap perlindungan buat kami umatnya..
Terpeta parut disusuknya..
Membungkus batu dikerangka kelaparan..
Melawan ulitnya malam di kala perang..
Memahat cinta umat didelima jiwa..
Dihatinya Muhammad..
Tidak kenal jurang bangsa..
Tidak terpisah hingga penghujung dunia..
Kasihnya kekar selamanya..
Nukilanku --> A-N-A
Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wallahua'lam..Sumber: http://www.facebook.com/topic.php?uid=172760470243&topic=10091