Aug 19, 2009

Kesempatan Taubat


Ku takut ya Allah..

Berapa ukuran imanku?

Tinggikah akhlak peribadiku?

Terbilangkah aku di mataMu?

Banyakkah helaian amal ibadatku?

Jika itu semua di sampaikan malaikat padaku..

Tentu aku takut hadapi maut..

Tentu tercicir aku di barisan akhir hamba yang terpilih..

Tentu aku tak tercalon mu’min yang soleh..

Kerna sekelumit benar nilaian imanku..

Kerna kurang benar akhlak muliaku..

Kerna tidak terpandang aku olehMu..

Kerna setitik dakwat amalku di catatanMu..

Mahu benar aku merintih..

Merintih di berikan kesempatan..

Kesempatan untuk terus menjadi hamba yeng terpilih..

Terpilih di kalangan ahli redhuan..

Syurga buat para anbiya’Mu..

Syurga yang penuh aliran nikmatMu..

Syurga mewangi dengan Nur KasihMu..

Taubatku sering kecicilan Tuhan..

Melataku mencari kebenaran..

Tertutup hatiku dengan palitan hitam kenodaan..

Buta aku dengan permata keduniaan..

Sedangkan terbentang hamparan rahmat hidayahMu..

Buat khalifah yang Kau taklifkan.

Sedarlah diriku..

Hidup di bumi hanya sehari..

Dan mungkin jua sejam menyepi.

Seminit sudah berlalu pergi..

Sesaat belum tentu menanti lagi..

Seiring nafas ini.

Ku panjatkan taubat seinfiniti..

Selagi langkah terhenti sejajar mautmu di sisi.

Nukilanku->ANA