Dec 10, 2010

Lain Dahulu, Lain Sekarang..Ke Arah Tahun 1432H & Seterusnya..

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 ana yang dikasihi kerana Allah sekalian..
Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa untuk menempuh tahun baru hijriah bagi tahun 1432H.
Moga kita mampu berazam dan melaksanakan azam baru kita dengan sebaiknya. yang paling penting, jangan hangat2 tahi ayam.huhu.. (peringat kat diri ni juge..hehe..)

Pada minggu awal muharam ni banyak juge drama2 melayu psl awal muharam yang ada kat TV tu.Memandangkan kat umah ana takde Astro, so ana suke pulun cite2 melayu kat TV2, TV3 dan TV9..best2 gak la.hehe.

Drama yang paling menarik ana tonton tajuknya "Dakwah Muharram" (kalau tak silap la tajuk die camtu). Cite ni tentang 1 family yang warak dan alim, seorang ayah, ibu, serta 3 orang anak-anak dia. Ana tonton cite ni pun da half da mase tu.

Anak yang sulung belaja di Mesir kot (da tak ingat.huhu..byk mkn ajinamoto time cuti la ni..hehe..), anak yang second plak berbeza sangat perwatakan die dgn yang sulung. yang second ni bercita-cita nak jadi penyanyi rocker.huhu..sangat la berbeza dengan abang die. tapi abang die backup adik die ni dlm nak kejar cite2 die tu. abang die pesan, pape pun cite2 kene berlandaskan niat yang betul dan tak melanggari syara'. so abang die ni support adik die, sampaikan abang die sanggup tuk jadi backup singer dengan menyanyi part qasidah. lagu tu tentang ketuhanan gak la.

Aqasha sebagai anak yang 1st (jadi ustaz tu.huhu..)


Vokalis Sofaz jadi anak yang 2nd (group die pun kene angkut berlakon sekali.hehe..)

Yang paling best ana nak bagi tahu abang die ni memang ada matlamat tuk berdakwah dengan cara pendekatan yang berbeza.dia focuskan pada remaja2 yang bermasalah.die bercite2 nak buat konsert rockers bersempena Maal hijrah tuk remaja2 yang minat ke arah rock2 ni. Sekurang-kurangnya Mat2 Rocker ni tahu la apa itu Awal Muharram, tidaklah nanti mereka ingat Awam Muharram itu Maulidur Rasul.huhu..

Pada ana ni satu pendekatan yang sangat menarik. Ana teringat pada kata2 Ustaz Asyraf (johan bagi reality show Imam Muda), beliau pernah berkata dalam 1 forum yang diadakan di UIAM, bahawa zaman sekarang pendekatan dakwah haruslah sejajar dengan budaya orang yang kita nak dakwah. kita perlu ikut rentak mereka2 yang hendak kita dakwah selagi mana tidak melanggar syara'. (lebih kurang camni kot penerangan die.huhu..)



Ha, inilah Ustaz Asyraf tu. =)


Dalam rancangan Imam Muda tu, ada 1 slot Imam2 Muda ni perlu berdakwah tuk Mat2 Rempit. Caranya, dengan mengajak mereka tuk bergotong royong mengedarkan bubur lambuk kpd org ramai di masjid. sememangnya di hati2 Mat2 Rempit ni ada 1 sikap mereka suka dan berbangga dengan sesuatu pekerjaan yang mereka lakukan. Ustaz Asyraf kata, biarkan mereka berbangga tuk perkara2 yang baik, coz sekurang2nya kita telah berdakwah tuk mengajak mereka lebih dekat dengan aktivti2 masjid.

Berbalik pada pada kisah "Dakwah Muharram". Persepsi dakwah dalam cite ni mmg berlainan. dari cite ni kita perlu ambil tahu bahawa, jika kite terus berdakwah dengan hanya melakukan aktiviti ceramah dan forum di masjid, sudah tentu yang hadir hanya orang2 yang minat ke arah agama. Tapi, kita sebagai pendakwah tertinggal 1 golongan lagi yang tidak minat ke arah keagamaan dan mereka2 ini belum tentu hendak ke masjid mendengar ceramah2 agama, melainkan ada aktiviti yang menarik tuk mereka join. Maka, sampai bila pun dakwah itu tidak sampai kpd mereka.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:“Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)

Memandangkan zaman kita sudah tidak sama lagi dengan zaman ketika pemerintahan Rasulullah. Seharusnya kita sesuaikan cara dakwah mengikut peredaran masa. Pada pendapat ana, drama ini harus dijadikan panduan dan dibrainstorm untuk penambahbaikan cara berdakwah.

Yang paling penting kita harus ingat bahawa sebagai Muslim dan khalifah di muka bumi ini, kita telah lama dipertanggungjawabkan tuk berdakwah menyampaikan agama Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud: “Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Sempena awal muharam ini, kita perlu letakkan azam tuk menjadikan diri kita dan orang sekeliling kita ke arah yang lebih baik. Kerana kredit tuk kita dalam berdakwah dan antara soalan Allah di akhirat nanti mengenai amalan2 dan juga apa yang telah kita laksanakan sebagai khalifah di dunia ini.

Akhir kalam ana selitkan 1 kata-kata dari Imam Al-syahid Hassan Al-banna.

Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk. Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-lamanya. ” - Sumber http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-dakwah-dalam-islam.html

Wallahua'lam..