Sep 18, 2011

Ku muhasabah diri..


Hati yang makin kosong..
Jiwa yang makin lemah..
Kadang-kadang mengheret aku dalam sirna dosa..
Aku sedar..
Akal berfikir..
Tapi nafsu mengulit diri..

Diri tidak secekal dulu..
Hati tidak sesuci lagi..
Jauhnya aku dari usrah..
Membelit aku dalam duri syurga dunia..
Nampak indah di mata..
Tapi fatamorgana sahaja..

Mengapa diri semakin jauh dariNya?
Mengapa diri melutut pada syaitan durjana?
Bangkitlah diri dari lena yang panjang!!
Jika lenaku berterusan..
Nafsi mungkin mati!
Tiada lagi insan yang dulu kasihnya hanya untuk Tuhan..

Termanggu-manggu jiwa yang kosong..
Cuba mencari semula arah yang hilang..
Dia sentiasa menanti diriku untuk pulang..
Pulang semula ke pangkuan yang Maha Penyayang...

- Nukilanku-- ANA -