Mar 28, 2011

Ummi..



Ummi..
Dalam berkas kedukaanmu..
Engkau tidak pernah menawarkan kerdipan risau anakmu..
Dalam perolehan darah Jundumu..
Engkau tetap menjadi pedang dalam kekuatanmu..
Setiap titisan jerihmu..
Engkau memegang watak ayah dan ibu..
Tidak terpadam semarak perjuangan..

Dalam kejauhan..
Engkau sering merindui anak-anakmu..
Tapi engkau pernah berhikmah..
"Allah sentiasa bersamamu anak-anakku..Apa lagi harusku resahkan?"
Cukup titipan doa ruji buat kami anak-anakmu..
Ditiup angin membayu..
Sampai kepada kami..
Membisikkan semangat yang tidak pernah pudar..
Walau di mana kami bernafas di alam fana ini..

Air jenih mengalir di tubir matamu..
Tapi kami tidak sempat menepisnya Ummi..
Kerna engkau mahu kelihatan gah di mata kami..
Engkau tidak senang jika kepayahan itu dibahu kami..
Padamu, seluruh beban itu tertanggung kepadamu..

Namun Ummi..
Anakmu mahu memaut keperitanmu Ummi..
Kami mahu Ummi bangga dengan kami..
Meringankan apa yang tidak terdukung olehmu..
Kami mahu jadi anakmu yang soleh..
Yang tidak hanya diulit kesenangan dikala batinmu kepiluaan..

Kami sayang Ummi..
Kami kasihkan Ummi..
Kami yang ditiupkan ruh di dalam rahimmu..
Tetap meletakkan Ummi sebagai ratu kami..
Moga Allah meletakkanmu di syurga para anbiya'..
Sebagai galang ganti pengorbananmu kepada kami..
Amin Ya Rabbala'lamin..

Nukilanku ---> A-N-A

Mar 22, 2011

Saranghae!!

Assalamualaikum w.b.t..
Haha..rase cam tajuk entry takde kaitan sangat dgn isi post kali ni. Pape pun kita layan!hehe..
Dah berminggu2 rasenye tak update blog ni.(yeke?hehe..)
Banyak aktiviti2 yg ana buat sblm2 ni..rase macam takde mood nak update bile tengah serabut dgn macam2..Time weekend bkn main plan nak siapkan keje, tp haram..terbengkalai jgak..
Sebab penat + malas punye hal.huhu..Sungguh tak patut..Allah dah bagi byk masa, tp duk sia-siakan je..huhu..nak kene Amy Natasha Adam ni..Piat telinga tu karang baru tahu!Ei!Geramnya!huuu..

Tapi malam ni ada mood sikit nak update blog ni. Jiwa tengah kacau sebenarnya..Makin lama rase makin empty je jiwa ni..Mungkin kurang peringatan tuk diri sendiri..Kene muhasabah diri balik ni..Allahurabbi..
Anggap jela entry kali ni sesi luahan perasaan.hehe..

First, sebenarnya ana Homesick yg tahap ape pun taktaw nak cakap.. Kalau sketch graph, kirenya dah kat Peak of the graph la katekan..uwaa!!Tolong la hati ni bertahan. Bukan lame sangat pun lagi..Bukan apa, mak ana pegi umrah, bila keadaan macam ni ana akan rase mak ana tu jauhhhhhhh sangattttttt dari sini..huhu..Nak balik!
Baru2 ni duk mesej dgn adik2, suma duk cakap "Rindu sangat2 la kat akak!"huhu..
Ye adik2ku syg, akak pun rindukan kalian jugak..Ikut hati nak terbang je pegi dekat adik2ku suma..

Second, hati berentak galau ni sebab ada urusan yang tak setel2 lagi..Huhu..Urusan hidup..Wallahualam.Nak cite lebih2 pun rase tak patut.Blog is not a diary.hehe..Cuma yg penting soal hidup dan mati jugak la.ngeh3!

Third, jiwa yang makin resah bila fikir dah nak habis study ni, duk fikir nak keje apa. Ada je apply2 keje, takat ni yg positif belum ada lagi..Sabar2!Rezeki tu Allah bukan nak bagi dengan mudah, Dia suruh kita berusaha.Kalau suma dpt dgn senang nanti kita kurang bersyukur. Betul tak?ngee..

Forth, Final Year Project..ermm..bab ni mmg takda mood terus nak cite la..trus graph mood tu decrease kat -ve side.haha..Teruk betul!

Fifth..hehe..banyaknya..yang ni risau sebab esok nak ambil JPJ test.Setelah 10 jam belajar drive, maka tibalah saat yg paling mendebarkan.haha..hyperbola sungguh..Yela, hari tu kat jalan raya asik termati enjin je cane?Paling risau pulus ni hah. Taknak kene repeat!Nanti melayang duit.Tengah pokai da ni..huhuhu..Moga Allah permudahkan esok!amin!

Ok, tu je kot bende yang menyesakkan jiwa dan nurani ana ni skrg..wewewe..ayat tak bleh tahan!
Pape pun still ada yang menggembirakan dlm seminggu dua ni..Baru2 ni dapat la berehlah dgn adik beradik Usrah Ar-Raudhah kat sungai pisang.

Air yang jernih jgn tidak sangka ada buaya.wawa..

Antara adik beradik usrah yang hadir.Comey cangat!hehe..Uhibukuma Fillah!(betul ke arab ni?ngee)

Yang berjilbab hitam itu Naqibah ana..huhu..Saranghae tihah!<3

Hari yg sama dan tmpt yg sama gak ana berehlah dgn classmate manurian (Manufacturing 4th year).hehe..Besh sgt!!Kenangan terindah la katakan..huhu..sblm melangkah pergi meniggalkan UIAM tercinta..wuwu..Cedihnya!!

Mase ni bro baru siap mandi sungai.Masing2 muka ketat je.Tak sempat nak senyum.Tapi sis suma manis je muka..hehe..

Ni time sesi bergambar dgn dak manurian dlm UIAM.

Sebabkan masing tak puas bergambar, so lepas lab6 test pun sempat lagi nak bergambar.hehe..

Last words, ana tujukan lagu yang ana suke2 sgt buat suma yang telah menggembirakan hidup ana!hehe...

Kenangan Terindah

Artist: Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

Sila ignore lirik lagu ni if takde kaitan.haha..Wallahua'am..

Mar 15, 2011

Bencana Yang Dipersendakan..



Dunia semakin sakit..
Dek kita yang tak pernah serik..
Mentadbir dunia seperti 'ana' yang punya..
Mendabik dada, berbangga membuat auna..
Akar Iman yang makin rapuh..
Tidak mahu dibaja dengan muhasabah kalamNya..
Maka terbalik lah dunia..
Bumi gersang membaham kita..
Lautan hitam menelan nyawa..


Akal separuh sedar kita..
Tidak pernah belas dengan bencana yang penuh amarah..
Memandang sebelah mata..
Tanpa merubah konstitusi kezaliman kita..
Masih ada yang ketawa sinis..
Mempersendakan kuasa Yang Esa..
Seperti bala itu "Raja Yang Lawak"..
Seperti tiada yang memeras ugut jiwa kita..
Adakah 'Hati' kita sudah mati dalam kebodohan diri?
Lupakah kita berpijak dibumi yang sama?
Mungkin kita berprinsip; "Kubur Kau Bukan Kubur Aku"
Aduh!
Parahnya penyakit kita!
Cetek sungguh sanubari kita!


Gegaran yang dulunya tidak membenamkan beratus nyawa..
Kini sudah tidak membuka peluang kemaafan buat kita..
Dunia dulu yang menunggu penuh sabar..
Sudah tidak mampu membuak keperitan di kerongkong bumi..
Benarlah tinta itu berbicara tentang tanda Kiamat Kubra;

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?", pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. (Al-Zalzalah :1-5)


Tidak gentarkah kita?
Bukti yang nyata telah tercatat puluhan ribu tahun yang dahulu..

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf: 98-99)


Pintu taubat masih terbuka luas buat kita..
Atas NamaNya Ar-Rahim..
Dia kasihkan kita sedepa yang tiada penghujungnya..
Melainkan syahadah itu luput di pengakhiran nafas kita..

Nukilanku --> A-N-A

Wallahua'lam..





Sumber gambar:
http://totallycoolpix.com/2011/03/the-japan-earthquake-and-tsunami-aftermath/

Mar 14, 2011

Secebis Kenangan, Selautan Kasih..

Assalamualaikum w.b.t

Untuk sekian kalinya, syukur Alhamdulillah dengan segala kurniaan yg diberi buat diri yg kerdil lagi hina di MataNya..
Semalam ana berjumpa dengan abang sepupu ana yg sulung..lame sungguh tak dgr khabar dari family belah dia..so, dpt la berborak dlm mase sejam lebih dengan abang long & wife..
Bila dengar cerita dia pasal family belah ayah, rase nak menangis je..Ye, ana akui, ana sangat2 rindukan kampung halaman belah ayah..

Selepas kejadian 15 tahun yg lepas, ana dan adik beradik dah lame tak menjengah ke kampung sana..bukan tak sudi, tapi kekangan masa jadi dah lame tak dpt nk balik sana..
Teringat sume kenangan time kecik2 dulu, ana yg cilik sanggup mengekor sume abg & akk spupu pegi merayap 1 kpg..

Kami pegi mandi air terjun yg bukan tempat kunjungan awam, hanya org2 kpg je yg pegi. Airnya cantik, jernih, sejuk..plus; banyak pacat..ewww..hehe..tapi kami tak serik nak pegi..

Bukan takat air terjun, kami redah jugak parit sungai!deras air dia!best sgt mandi kat situ!selalu main terjun2.kih3!!

Kat kampung tu jugak la ana merasa mandi air perigi kat rumah Mak Mok (panggilan manja mak angkat ana, sebab dia chubby!hehe). air perigi mesti la sejuk!lepas mandi je mesti segar bugar la..

Selain tu, ana dgn sepupu2 selalu pergi jalan2 kat atas bukit yg ngadap pemandangan KL. Pegi pagi2, kabus time tu tebal. Tu maknanya, udara bersih.rindunya time tu!huhu

Yang paling best time musim buah-buahan..durian toksah nk habaq na, sedap hingga menjilat jari. ada rambutan, manggis..kelapa muda kat kpg pun best!sedapnya!!

Kecik2 dulu la ana belajar jadi budak nakal..panas2 sanggup berbasikal dengan sepupu2 pegi jalan2 kat kpg..kecik2 dulu mane kesah sangat kalo kulit gelap, benjol2 sebab terjatuh pun lantak pi la..asal dapat main..

Kalo budak sekarang main PSP je, rugi la korang sume tak dapat merasa main Telon, Baling Selipar, Lubang Tikus (bukan main kat sarang tikus taw.huhu..), Zero found (betol ke ek namenya?haha..tak ingat la.ana dulu main cakap je. ala, yg main tali yg pnjg, yg sambung2 getah grid tu, pastu lompat atas dia.hehe..) dan byk lagi la permainan yg kami main, tu tak termasuk mainan yg kami reka sendiri..Best wow jadi budak nakal dan aktif ni..haha..

Namun, sumenya tinggal kenangan..kenangan yg sampai bile2 pun takleh dapat kat mana2..Cume yg mengalami je dapat rase nikmatnya..huhu..
Tapi, zaman sekarang ni, mana nak cari sungai yg bersih?air perigi?lagi la payah nk cari..
Sedar tak sedar, kita sume tak pernah nak hargai nikmat yg Allah bagi kat kita kat dunia ni.
Nikmat air..Indah ciptaan Dia..Air yg bukan boleh dipegang macam objek biasa..Air dicincang macam mana pun takkan putus..Air kita baling dekat dinding, dia takkan jadi bentuk yg asal..
Ajaibkan?huhu..Allahuakbar, Subhanallah..Sebaik2 ciptaan adalah ciptaanNya..



Udara dengan suma yg ada kat alam sekitar kita ni tak dapat diganti bila dia dinodai..Makin hari makin kotor..huhu..sama-sama kita hargai khazanah yg Allah beri. Tak lama lagi Dia akan mintak semula dari kita..Setelah kita pinjam dari Dia, takkan kita nak pulangkan dengan keadaan yg dah rosak?sama-sama kita muhasabah..

Tiba-tiba da tertukar topic lak kan..hehe..Last words, meh hayati lirik lagu "Sandarkan Pada Kenangan", nyanyian Jamal Abdillah (ana minat suara macho die..ihik3!) dengan Siti Sarah..

( JA: )
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia

( JA: )
Sayang menyayang
Cinta dikenang
Perasaan menjadi rindu

( 1 )
( SS: )
Ohhhh…
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasihmu sayang
Siapalah aku

( 2 )
( JA & SS: )
Sayang menyayang
Saling percaya
( JA: )
Punca kasih berpanjangan
( JA: / SS: )
Ohhh…. oh…

( 3 )
( JA: )
Mengapa kita harus bersengketa
( SS: )
Kerana fitnah dan salah sangka
( JA: )
Apa yang telah terjadi pada kenangan
( SS: )
Sememangnya aku tak pernah melupakan
( JA: )
Mengapa masih ada perasaan benci
( SS: )
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan

( JA & SS: )
Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan

( ulang 1, 2 & 3 )

( JA: )
Apa yang harus kita lakukan
( SS: )
Kita sandarkan pada kenangan
( JA: )
Mengapa masih ada perasaan benci
( SS: )
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan


Wallahua'lam..

Notes:Hati saya bergaya bahasa melankolik hari ni.(quote dari status FB Nurul Atiqah Rayah.hehe..)=_=

Mar 10, 2011

Saya Tahu Saya Tidak Sempurna




Saya tahu saya tidak sempurna..
Saya hanya manusia biasa..
Yang tidak punya rupa..
dan tidak punya harta..
tidak juga miliki pangkat disisi saya..

Saya tahu saya cuba menjadi yang sempurna..
Walaupun sebenarnya saya tidak mampu jadi yang sempurna..
Saya cuba memiliki hati semua insan sekeliling saya..
Tapi sebenarnya saya tidak mampu..
Kerana saya bukan insan yang diciptakan sempurna..

Saya tahu Allah telah menciptakan saya sesempurnanya yang sesuai dengan saya..
Saya masih mampu berkata-kata..
Saya masih gagah meniti jalan dunia..
Saya masih peka dengan rentak kehidupan..
dan saya masih nampak dunia dihadapan saya,
walaupun mata saya makin kabur melihat apa yang ada..

Saya cuba miliki apa yang tidak saya miliki..
Sebab saya mahu bahagia seperti yang lain nikmati..
Tapi saya tidak pernah lupa..
Allah tidak beri apa yang saya angani..
Dia hanya beri apa yang terbaik untuk saya miliki..
Sempurna dimata saya, tidak sama dengan sempurna di 'MataNya'..

Saya tahu saya tidak sempurna..
Tapi padaNya, saya sudah sempurna segala-galanya..
Saya akui, Dia adil dalam menyempurnakan hak hambaNya..
Malunya saya..
Saya tidak pernah hendak sempurnakan diri saya untukNya..
Sebab saya hanya fikir apa yang manusia nampak dalam diri saya..
Tapi saya buta menilai apa yang Dia hendak dari saya..
Sedihnya saya..
Tiap-tiap hari saya gagal menjadi sempurna di 'HatiNya'..
Sebab saya hanya usaha menjadi sempurna dihati insan yang tidak pernah tahu kewujudan saya..
Tapi Dia tetap menunggu saya menjadi sempurna dalam ukuranNya..

Saya tidak mahu berjanji menjadi sempurna..
Kerna saya takut saya termakan janji saya..
Saya hanya mampu positif dengan diri saya..
Bahawa saya tetap syukur dengan diri saya..
Saya yakin Dia akan terima diri saya seadanya..
Selagi termampu, saya akan jadi sempurna sebagai hambaNya..
Terima kasih kerana menjadikan saya sempurna..
Allahurabbi..

Nukilanku--> A-N-A