Jan 3, 2011

Pantasnya Masa..2011?? Sudah Tuakah??




Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran atas segala taqdir yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Dah lame rasenye ana tak membebel di dalam blog ana ni.huhu..bukan apa, bile da stat minggu ke 3 semester baru mmg da mcm2 keje kene wat. each subjek ada projek. kene design itu ini, kene wat analisis dan mcm2 lagi la task yg lecturer nak bagi..
Takpe2, 1 sem ni je lagi Amy Natasha Adam. tak lame mane pun, ada lagi 5 bulan..kejap je kan da nak habis??heh3..

Pejam celik pejam celik je kita da masuk tahun Masihi yg baru. 2011!!!!
Umur??tak tua lagi, baru 2o-an.haha..
Agak2 la kan, sape yang rase sekarang ni mase cepat sangat berputar??(betul ke ayat ni??huhu...)
Mesti sume rase kan?kan?kan? Dulu mase kite kecik2 kalau kita kuar main ptg2 pukul 5 lebih sampai pukul 7 mesti kita rasa puas sangat2, macam2 boleh main. Main beskal, main pondok2, main kejar2, main baling selipar.main panjat pokok, main lompat tikus, main terjun bangunan.opss,ok, itu over..haha..
Paling tidak pun kita dapat main dalam 3 permainan la lebih kurang. Sampaikan luka2 tu memang tak miss.ini bagi kanak2 yang memang ganas la.wawa..

Tapi sekarang, kalau waktu malam tu kita akan rase cepatnya dah pagi.uwaaa! dah nak kene pegi kelas..Subhanallah, sume ni aturan Allah. Dia nak kita suma berfikir yang selama ni kita banyak leka dengan nikmat masa yang Dia berikan pada kita. Plus ini suma tanda akhir zaman.huhu..


Seperkara lagi, harus kita ambil kesempatan setiap kali tahun baru untuk kita muhasabah semula apa yang dah kita lakukan sepanjang tahun yang lepas??Sudah banyak ke amalan dan juga manfaat diri kita kepada diri kita dan juga manusia sekeliling kita?

Pada ambang tahun baru, semestinya orang ramai berdoyun2 pegi sambut tahun baru kat luar, Dataran Merdeka ke, KLCC ke, atau mane2 shopping complex..Bukankah amalan countdown tu
amalan barat??Sedih bila mana ramai rakyat Malaysia yang rase amalan countdown ni 1 kewajiban..Kebarangkalian kes rogol dan seks rambang tentu ada. Keseronokan manusia utamakan dulu berbanding rase kesyukuran dengan umur yang dah dilanjutkan.

Kenapa manusia tak sedar yang sebenarnya Bumi kita da makin uzur?Mesti bumi akan cakap kat kita macam ni. "Aku dah tua cit, aku dah tak larat dah nak tanggung beban dosa yang cicit2 sume buat.huhu.."


Alhamdulillah, ambang tahun baru 2011 ni ana dapat 1 pengalaman yg sangat berharga dalam hidup ana. Sebelum2 ni memang tak berkesempatan. Tahun ni ana berpeluang tuk join XPDC Dakwah anjuran GAMIS.

XPDC ni yang mana mahasiswa2 Islam Malaysia akan turun di tempat2 countdown kat KL ni. Baru2 ni dekat KLCC. MashaAllah, memang ramai giler manusia kat sana.(taktaw la kalau ada katak2 pun ikut countdown.huhu..) Sampaikan ada lori yang ala2 ISA tu pun turun tuk kawal kawasan tu..sangat menerujakan tuk saksikan situasi mcm tu.hehe..

Yang sangat sedih tu, ramai jugak saudara seIslam yang turun ke sana. Skuad XPDC ni main peranan tuk berdakwah bagi elakkan maksiat berleluasa. Pada mulanya ana rase berani tuk same berdakwah, tapi bila dah berdepan dengan situasi tu, mula lah badan berpeluh2 dan seram sejuk..huhu..

Takpe2, dalam hati ana, ana cube apa yang semampunya..Mula2 juz bagi je artikel yg GAMIS providekan, tanpa cakap pape..(penakut tol Amy Natasha ni rupenya.haha..)
Lame2, lepas 2 - 3 org, ana pun da boleh stat nak berborak2 dengan orang2 yang kat kawasan KLCC tu. Biasa lah persepsi orang, mesti pelik je depa tengok budak2 yg pakai tdung labuh dan besar ni merayau kat KLCC kul 12-2 pagi.huhu..

Tapi, rase sangat2 seronok bila da alami saat2 camtu. Pengalaman yang tak dpt di lupakan bile depan mata sendiri tengok:
1) Orang mabuk2.
2) Mat2 rempit yg kacau awek org.
3) Botol arak bersepah2 (sampah sarap yg lain2 tu toksah nak kata apa la..memang byk. bertrima kasih la kat cleaner2 kawasan KLCC tu)
4) Minah2 saleh yang seksi2 tahap taktaw nak ckp da..huhu..
dan mcm2 lagi la.seb baik tak terjumpa orang wat 'projek'.haha..

Pada pendapat ana dan beberapa adik beradik usrah yg join XPDC ni, sebenarnya cara berdakwah kene brainstorm lagi. Maybe, pihak GAMIS boleh wat interview dulu dengan golongan2 bermasalah ni, then, wat 1 workshop tuk cara2 dakwah yang berkesan pada sape2 yang nak join XPDC ni.
Dan 1 lagi, artikel yang nak di edarkan pun seboleh2nya menjurus ke arah ketuhanan.
Ini sekadar pendapat ana yang naif ni.Moga usaha GAMIS ni akan terus mendapat sambutan dari pemimpin2 kat Malaysia ni.

Mungkin sekadar ini saje coretan dan contengan ana tuk tahun baru 2011 ni.huhu..Gambar2 mase kat KLCC tu nanti ana publish, insha Alah. credit gambar2 tu pada adik usrah ana, Munirah.cameran woman ktorg, best woo dpt jadi model.haha...nantikan gambar2 tersebut dalam keluaran akan datang.tunggu...(n_n)

Waallahua'lam..