Jan 17, 2011

Le Tour De Nikmat..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,syukur pada Allah atas nikmat Iman, Islam dan sgala nikmat yg telah Dia kurniakan buat kita. Rase tak terhingga dah nikmat yg kita perolehi. Kalo ada penimbang nikmat dan amal kat dunia ni, mesti kita malu dengan Allah sebab berat nikmat yg Allah beri bermillion2 kilogram jauh dari berat amal ibadat kita.huhu..malunye!



Ok, bukan tu yg ana nak cita psl penimbang nikmat.huhu.., tp apa yg ana nk cita ni gak maybe ada kaitan kot dengan nikmat Allah.

Hari khamis lepas, 13/1/11, ana dgn sahabat ana @ partner Final Year Projek (FYP) ana pegi wat visit company yg kami tgh deal kat Subang tuk setelkan psl FYP kami. Sepanjang 1 hari berjalan tu mcm2 la fenomena yg ana rase kita sume ambil endah tak endah jela..Cthnye..

1) Time nak tunggu engineer dari company tu ambil kami kat stesen komuter, ana tengok pembuangan sampah berleluasa kat mana2..huhu..geli sangat tengok sampah2 tu.berlonggok2 kat belakang bus stop. Sahabat ana pun perasan gak sepanjang on the way kami dalam komuter tepi2 landasan komuter tu pun byk sgt sampah sarap. Kenapa ek sampai mcm tu sekali??



2) Dalam masa yg same kami tunggu tu, tiba2 berlaku la eksiden antara bus dan motor.huhu..time tu ana rase cam nak nangis je tengok penunggang motosikal tu terbaring kat tengah2 jalan. Bus yg langgar org tu plak tak perasan yg die da langgar org, so bus tu blah je camtu..pelik sungguh..tahu la saiz awk tu besar..geram3!! Nasib baik ada org ramai kat situ tlg. rupe2nya golongan emas yg kene langgar tu.Siannye!!!Alhamdulillah pakcik tu xda pape..



3) Time balik ke UIA plak lain kesnya. Ana dgn sahabat ana naik la metrobus no 91 tu tuk balik UIA..dalam bus tu ana perhatikan byk sangat belakang seat bus tu yg org conteng2. tah nape a diorang ni suke tunjuk bakat diorang kat tempat2 camtu.huhu..kalo conteng2 kata dan lukis benda2 yg baik2 takpe, ni yg tak 'bermoral' dan 'lewd' plak tu..haih, tak paham la.. (maap la, gambar yg psl ni ana tak dpt nk tnjuk..huhu..sungguh memalukan..)

4) Lastly, ana rase sesak gak nafas sepanjang keluar hari tu. sesak dengan habuk2 dan asap2 kereta dan org smoking..Sabar2..kalo kat KL ni tak jam mmg tak sah..time balik dalam pukul 6 lebih, mmg pnjg la barisan kereta2 kat bandar KL ni.time org habis keje.tengok udara sekeliling kt pn kt da prasan mmg sgt2 kotor.jerebu..huhu..



Ni kami pakai mask sebab kat company yg ktorg pg visit tu nga ada H1N1.huhu..

4 cth ni ana juz nak share dgn sume. Harap2 kita sume prihatinlah dengan mslh2 mcm ni..mmg kita tak mampu nak ubah rakyat Malaysia 100%. tp mula lah ubah dari diri kita. cuba jgn buat perkara2 yg tiada kesedaran sivik dan moral.. atau lebih mudah, amalkan la akhlak yg Rasulullah telah sarankan kat kita..Hargailah sume nikmat2 spt nikmat alam sekitar, akal, material dan udara yg Dia pinjamkan tuk kita..peliharalah selagi Allah masih nak pinjamkan pd kita..



“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].


Wallahua'lam..