Dec 17, 2010

"You forgot everything before Ur Graduation?"

Assalamualaikum w.b.t

Hehe..Tajuk entry tu ana ambil dari kata2 sorang lecturer ana, yang semalam baru je mengajar kami student manufacturing engin (final year), tuk subjek Special Topics in Advanced Manufacturing.

Semalam mdm tu dia start mengajar dengan recap and review topic yang kami penah belajar time 2nd year dulu, tentang mechanical properties.haha.. Bile tiba2 ada words tentang Recrystallization dan Isotropic, mdm pun tanya la kami apa maksud benda alah tu.huhu..
Terkulat2 suma nak jawab.
Ada yang pandang kawan sebelah, buat2 bincang pasal maksud words tu.

Ada yang buat2 tengah menulis.huhu..

Masing2 memang ternganga gak la nak jawab.




Bila takda yang nak jawab, last2 mdm tu pun cakap kat kami;
"You forgot everything before your graduation?oh my God!!"
huhu...masa tu ana rasa macam kene panah petir jugak la. tersentap!hehe..
The 1st point is selama ni ana belajar kerana exam je. sebab tu lupa. belajar susah nak tekadkan niat yang ana belajar sebab nak tuntut ilmu tu sendiri..
Huhu..insaf2..memang salah diri sendiri..

2nd reason plak, mungkin selama ni students suma rase mereka perlu struggle tuk exam sebab lecturer ramai yang bagi soalan exam yang tahap kene sembelit dan style marking pun buat students kecut perut.huhu..
Bukan ana nak menyalahkan lecturer, cume logically kita suma akan merasa keadaan yang sama bila nak jawab exam.sampaikan lepas exam terus blank, tak ingat sangat dah apa yang belajar.

Pape pun kita suma kene ingat, susah macammane pun soalan yang lecturer bagi, kita perlu jugak tetapkan niat dalam hati; "Aku belajar kerana Allah Ta'ala"
Sebelum kita tuding 1 jari pada orang lain, 4 jari lagi sudah pun menuding jari pada kita.
Mohon Allah ampunkan salah kita suma.Amin!!

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya "
Hadith ini diriwayatkan oleh dua Imam, iaitu:
  • Imam Al-Bukhari (Abu 'Abdullah Muhammad Bin Isma'il)
  • Imam Muslim (Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj)
See more tentang niat at http://syarahal-hadith.blogspot.com/2010/04/setiap-amalan-bergantung-kepada-niatnya.html (sumber)