Dec 25, 2010

Butanya Mata..


Gelapnya hati, merona dosa..

Secalit cela, parut kesannya..

Kita manusia banyak lalainya..

Iman menurun..jahilnya berleluasa..

Dunia makin sakit terdera..

Dek kita yang tiada kesalnya..

Sedarlah kita, singkatnya masa..

Esok lusa, terkafanlah kita..

Tapi..benarlah kata..

Dunia penuh nikmatnya..

Tertutup mata..buta selamanya..

Sehingga kita tak nampak syurga..

Nikmatnya infiniti tak terkata..

Ke manakah kita? Di mana darjatnya?

Mengusung dosa, tiada pahala..

Barulah kita melata-lata..

Meminta Tuhan dihidupkan semula..

Tiada malukah kita?

Sesudah RasulNya memperingatkan kita..

Masih lagi kekal di pelupuk lama..

Jangan mengharap lagi pada dunia..

Jika kita tahu yang mana kaca..

Yang mana permata..

Selagi nyawa di kerongkong kita..

Carilah mutiara di pesisiran dunia..

Agar kita tiada muflisnya di mahsyar sana..

Hanya Dia yang tahu bila tibanya..


Nukilanku --> A-N-A


Dec 21, 2010

Rebutlah Peluang Menjadi Pemimpin

Assalamualaikum w.bt.

Insha Allah pada 23hb 12 (khamis) akan diadakan ENGINIUS XVII election di ENGINIUS General Office. Alhamdulillah, ana akan melepaskan jawatan yang disandang sebelum ini pada 24hb 12 (jumaat). Moga ana telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Namun terasa teramat sedih bila fikirkan apa yang telah ana dan sahabat2 dalam ENGINIUS XVI hadapi selama ini. huhu..Adakah kami benar2 telah jalankan amanah tersebut sebaik mungkin??

Benar, pada sesetangah orang akan menganggap bahawa persatuan pelajar dalam Universiti hanyalah 1 perkara yang mudah tuk dilaksanakan dan tidak sebeban seperti tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar atau mana2 organisasi lain, namun apabila kita ceritakan bab amanah dan tanggungjawab sesiapa pun akan disoal di akhirat kelak mengenai jawatan yang kita sandang.



Ana rase teramat2 takut untuk menjawab soalan Allah di akhirat kelak, apatah lagi kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari dosa2 lain selain daripada kesalahan dalam memimpin. Kadang2 ana terasa malas, culas, buang masa ketika menjalankan tugas tidak serius, dan banyak lagi perkara yang ana rase ana telak leka dalam melaksanakan amanah tersebut. =(

Menjadi seorang pemimpin bukanlah semudah yang kita sangkakan. Namun, kita sebagai insan yang lemah sentiasa akan melakukan kesilapan. Niat kita dalam menyandang jawatan tersebut perlulah ikhlas dan tidak melibatkan apa pun niat untuk kepentingan diri sendiri.




Tetapi, kita tidak perlulah terlalu takut untuk menerima jawatan yang diamanahkan kepada kita selagi mana kita rasa kita mampu memegang amanah tersebut. Kita perlu ingat, pemimpin sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah dan dakyah yang akan membentuk suatu society yang mempunyai nilai tamadun dan moral yang tinggi.

Islam teramat menuntut ummatnya merebut peluang menjadi seorang pemimpin dalam menyebarkan Islam. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mengenai pentaklifan ummat manusia sebagai pemimpin atau khalifah. "Khalifah" bererti "pengganti" atau boleh juga diterjemahkan daripada perkataan istakhalfa = khalifah.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

Banyak lagi pengupasan mengenai pemimpin dan khalifah. Terlalulah rugi jika tidak menyahut seruan Allah kepada kita dalam menjadi seorang pemimpin didunia ini. Jadilah pemimpin yang baik kepada diri sendiri, agama, keluarga, sahabat2, masyarakat dan negara. Kita adalah pemimpin diri kita.

Wassalam..

Dec 17, 2010

"You forgot everything before Ur Graduation?"

Assalamualaikum w.b.t

Hehe..Tajuk entry tu ana ambil dari kata2 sorang lecturer ana, yang semalam baru je mengajar kami student manufacturing engin (final year), tuk subjek Special Topics in Advanced Manufacturing.

Semalam mdm tu dia start mengajar dengan recap and review topic yang kami penah belajar time 2nd year dulu, tentang mechanical properties.haha.. Bile tiba2 ada words tentang Recrystallization dan Isotropic, mdm pun tanya la kami apa maksud benda alah tu.huhu..
Terkulat2 suma nak jawab.
Ada yang pandang kawan sebelah, buat2 bincang pasal maksud words tu.

Ada yang buat2 tengah menulis.huhu..

Masing2 memang ternganga gak la nak jawab.




Bila takda yang nak jawab, last2 mdm tu pun cakap kat kami;
"You forgot everything before your graduation?oh my God!!"
huhu...masa tu ana rasa macam kene panah petir jugak la. tersentap!hehe..
The 1st point is selama ni ana belajar kerana exam je. sebab tu lupa. belajar susah nak tekadkan niat yang ana belajar sebab nak tuntut ilmu tu sendiri..
Huhu..insaf2..memang salah diri sendiri..

2nd reason plak, mungkin selama ni students suma rase mereka perlu struggle tuk exam sebab lecturer ramai yang bagi soalan exam yang tahap kene sembelit dan style marking pun buat students kecut perut.huhu..
Bukan ana nak menyalahkan lecturer, cume logically kita suma akan merasa keadaan yang sama bila nak jawab exam.sampaikan lepas exam terus blank, tak ingat sangat dah apa yang belajar.

Pape pun kita suma kene ingat, susah macammane pun soalan yang lecturer bagi, kita perlu jugak tetapkan niat dalam hati; "Aku belajar kerana Allah Ta'ala"
Sebelum kita tuding 1 jari pada orang lain, 4 jari lagi sudah pun menuding jari pada kita.
Mohon Allah ampunkan salah kita suma.Amin!!

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya "
Hadith ini diriwayatkan oleh dua Imam, iaitu:
  • Imam Al-Bukhari (Abu 'Abdullah Muhammad Bin Isma'il)
  • Imam Muslim (Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj)
See more tentang niat at http://syarahal-hadith.blogspot.com/2010/04/setiap-amalan-bergantung-kepada-niatnya.html (sumber)

Dec 15, 2010

Perasaan yang bercampur baur..

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah atas segala pemberianNya kpd ana slame ni.

Sekadar ingin menceritakan perasaan ana yang sekarang ni bercampur baur.huhu..

1) Rindu. Rindu pada mak, adik2 dan the whole family. selalunya lepas cuti panjang, naik semester baru, kurang sikit rindu ni pada mereka, tapi tak tahu kenapa kali ni, ana rase sangat2 rindukan mereka.

Mungkin sebabnya, slps ni ana bukan lagi pegang title student lagi, pasni da kene keje, cari rezeki tuk family, kene berjauhan lagi dengan family dan takde lagi cuti panjang tuk melepak dengan mak dan adik2.huhu... sampai saat diseru jodoh plak, ana akan bertukar title, bkn lagi anak emak,huhu..terasa makin jauh dari emak dan family..=(

- Ratu Hatiku -


- Gambar ni jela yang latest kami b'gambar 1 family.sedih.huhu.. -


2) Sedih, Sedih bile teringat yang ana akan akhiri zaman siswazah lagi beberapa bulan. terpaksa berpisah dengan sahabat2 yang ana kasihi.

Nur Hanis Yahya (sahabat di KISAS), da lame tak bersue dengan beliau. Entah bile lagi dapat berjumpe, yang dulunya banyak bagi nasihat pada ana, yang tak pernah ambil hati dengan sgale kesalahan ana pada beliau. Miss u so much hanis!! (da lame tak bergambar dengan hanis.huhu..)


Kak Diyana yang sgt cute dan supportive. i inspire her! da kahwen da pun die!moga berbahagia hingga ke syurga kak!love u!!!

- Kak diyana and Husband -


Sahabat2 RKA kat SMKMIL. Mereka suma dah macam adik beradik dengan ana. Sayang sangat2 pada korang sume! Abby, Semah, Madi, Izani, Tiqah, Tipah, Pikah, Shepah, Aini, Sarah, Yune, Leha dan sume2 nyelah.huhu..

- Antara adik beradik RKA SMKMIL -


Yang bakal ana tinggalkan juge, family Gempak Carnival (GC). Kpd Iqah, Kina, Dila dan sume family GC, juga pada classmate Manufacturing yang sempoi, thanks for being my precious memory once in my life!

- Family GC sewaktu 1st gathering ktorg pas program. Susah payah kita hadapi bersame.hehe. -


- Manurian yang best! -


Sedih juga bile fikirkan tak lame lagi ana akan melepaskan jawatan sebagi General Secretary dlm ENGINIUS XVI. one more moment of perpisahan yang akan ana hadapi. pasni dah tak merasa bermeeting dengan family ENGINIUS XVI dah. dah tak merase di marah oleh president ana (Bro Wan Mohd Aizat).hehe..padahal tak garang pun. dah tak merase disakat oleh Vice president1 (Taufiq Iqbal), ana akan rindu pada senyuman Vice President2 (Fathiyah Abdullah), pada my assist merangkap adik dlm mainboard, Ummi Milhana, thanks coz selama ini banyak support akk yang tak berpengalaman ni.huhu.. pada treasurer (Taqiyuddin dan Husam), mekasih juga lak menceriakan main family ENGINIUS XVI ni!

Pada adik2 ENGINIUS XVI (sume exco2), I love u all so much!teruskan deligasi ENGINIUS dengan sebaik mungkin!chaiyo'2!!


3) Gembira. Ana rase gembira jugak sebab tak lame lagi ana akan menamatkan title student formally. hehe.. setelah berpulun selama 18 tahun, insha Allah akan tiba saat ana akan menerima segulung ijazah.Alhamdulillah. tak sabar nak tunggu saat tu!!

Ana akui yang selama ini banyak khilaf pada niat sewaktu ana belajar. niat kerana nak lulus periksa!huhu..tapi ana cuba gak buang sikit2 selama tempoh belajar ni. Menuntut ilmu kerana Allah Taala!Allahuakbar!

Insha Allah, jika ada rezeki dan mase terluang, ana akan teruskan jugak belajar sama ada formal atau tak formal.

4) Risau. Risau ni tak bleh la nak cite lebih2 sebab apa.hehe..biarlah rahsia..


Many memory that figured in my life. too many words to story. they are always in my mind. Nanti dah sampai ada anak cucu boleh share dengan depa suma.hehehe..
Wassalam..

Dec 14, 2010

Rintihanku..




Keluh hati, kesah jiwa.

Hilang arah tujuan..

Punah segala impian..

Ku cari damai di pesisiran hati..

Agar dapat menikmati kasih Yang Esa.

Ku cari iman di tepian jiwa..

Agar dapat ku ubati cacat cela.

Di mana tempat ku Tuhan??

Di jannah atau di nar??

Ku cuba ubah arah gelora..

Biar aku jadi pantai yang tenang.

Ku cuba lerai tali yang kusut..

Biar aku jadi ikatan yang teguh.

Alirkanlah cucuran rahmat Mu Tuhan..

Limpahkanlah saliran kasih Mu Rahman..

Tiada makna hidup tanpa Mu Malik..

Hinanya aku di sisi Mu Khaliq.

Ya Allah, Ya Kudus,

Berikan aku sekelip cahaya..

Buat suluhan dikala kegelapan..

Buat pimpinan dikala kesesatan..

Moga di pertemukan di alam penuh kenikmatan.

Salamun qaulan’mirrabirrahim. 3X

Amin Ya Rabbala'lamin..


Nukilanku --> A-N-A

Mengukur Sebuah Cinta..




Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

*Sumber - http://sirah.blogsome.com/2005/09/27/mengukur-sebuah-cinta/

Dec 13, 2010

Telah Ditag - 25 perkara Tentang Diri A-N-A

Assalamualaikum w.b.t
Baru2 ni ana di tag oleh sorang sahabat ana (x roomate time matric). Mekaseh la yerk Cik Siti Maslehah Makenan (betolkan ejaan??hehe..). I tahu U mmg sayang sangat kat I.wawa..
Rasenya prangai ana lebih kurang Cik Siti kot cume ana tak ambil lesen lagi.keh3..

Berikut adalah 25 perkara tentang diri ana:

1) Biodata; (hehe..sekadar tambahan ye cik siti)
Nama: Amy Natasha Adam
Tarikh Lahir: 24 April 1987
Tempat Lahir: Hospital Kuala Lumpur
Anak: Pertama dari 5 orang adik beradik.
Status: Bujang dan Single.
Alamat Rumah: 356, Jalan Mahang Felda, Chemplak, 85300 Labis, Segamat, Johor.

2) Education;
Sekolah Tadika: Dah tak ingat.huhu..
Sekolah Rendah: Ada 3 sekolah, cume yang ingat SRK Felda Chemplak.
Sekolah Menengah Rendah(form 1-3): SMK Munshi Ibrahim Labis
Sekolah Menengah Tinggi(form 4-5): Kolej Islam Klang (ni name lame, name baru di rahsiakan.kuikui..
Pengajian Tinggi: Matriculation Centre of IIUM (name lame, name baru CENFOS)
IPTA: Now- IIUM

3) Hobi: Membaca, makan, tido, menonton TV.

4) Cita-cita: Menjadi manusia berguna.huhu..

5) Seorang yang agak sensitif.hehe..memang sape2 yang rapat boleh tahu la yang ana ni sensitif yang bagaimana. tak tahu kenapa. maybe mase mak ana mengandungkan ana, dia tengah suka layan drama2 yang sensitif kot. drama yang tragis dan penuh dengan emosi.hehe..



6) Seorang yang tegas @ garang la jugak.huhu.. tapi sekarang da kurang sikit berbanding dengan ana mase time form 1-3. penah 1 mase ana dalam kelas, budak2 laki bising. ana ni bukan boleh tahan orang bising2, lagi2 orang laki. nak taw ape yang ana wat??hehe.. ana sound cakap camni; "Eh, dalam kelas ni ada monyet ke??!!!". huhu..teruk tol ana mase tu. tapi insha Allah da insap da, tak mau cakap teruk2 camtu lagi.wuwu.. kalau kat rumah dengan adik2 pun ana memang tegas.tapi susah sikit kalau marah by mulut, ana marah dengan tangan pun berjalan. (tangan ketam.haha..sian adik2 kat umah tu.)



7) Suka bercakap. ha, ni sikap yang dari kecik2 lagi la. mak ana penah cite yang ana ni suka sangat membebel. sampaikan orang gelarkan ana, 'Mak Nenek'. hehe.. (tapi ana muda lagi taw.baru 15.kuikui..)



8) Ana juga seorang yang cekal. ngeh3.. bukan ana nak puji diri, tapi ini ape yang mak ana bagitahu psl ana. yela, dulu kecik2 family ana susah sangat dan ana anak yang 1st, so ana dari kecik dah belajar hidup susah dan mesti jadi seorang yang cekal dan tabah. (waris sikap mak ana.hehe..)



9) Lastly, ana seorang yang setia. (haha..ini memang puji diri rasenya). Contoh paling senang nak tahu kita ni setia ke tak, dengan tengok permakanan kita. if kita jenis yang tak jemu dengan makanan yang same tiap hari means kita ni seorang yang setia (ini apa yang orang penah bagitahu kat ana la.hehe..). ataupun kita ni suka sangat buat bende yang same tiap2 hari. ada kemungkinan kita orang yang setia. tapi kalau ana??kihkih..jeng3..rahsia..hanya yang rapat sahaja tahu kenapa anak tergolong dalam golongan yang setia.huhu..maap la, jika annoying dengan kata2 ana ni..



Di bawah adalah tentang diri ana plus 16 lagi yang tertinggal yang dijalankan oleh YB Dato' Dr. Fadzilah Kamsa (Copy dari FB.hehe..)


Amy lahir pada bulan April. (24 April)
Sifat orang yang lahir pada bulan April biasanya:

Dec 12, 2010

Gentlemankah kamu wahai lelaki?


Assalamualaikum w.b.t. buat sume..
Sedikit perkongsian dan harap2nya takde yang akan marah dengan entry ana kali ini.huhu..
Zaman sekarang ni ana rase letih dengan macam2 keluhan para wanita tentang lelaki.
Antaranya:
"Ei, nape la laki tu gatal sangat nak kahwin lebih dari 1???"
"Aku geram betol la dgn laki yang aniaya isteri die, makan hasil bini!"
"Eh, wat dek je mamat yang duk dlm LRT ni, tak nampak ke perempuan ramai2 yg kene berdiri?"
"Kedekut punye laki, aku pulak yang kene tanggung dia."
dan macam2 lagi lah ketidakpuasan seorang wanita kpd seorang lelaki.

Ana sendiri akui, zaman sekarang ini memang susah tuk jumpe lelaki yang gentleman dan bertanggugjawab. Kadang2 rase pelik pun ada, kenapa fonemena ni berlarutan, terutamanya berkaitan dengan poligami??


"Ala, ko orang perempuan cakap mcm ko orang tu sume baik2 je. Perempuan yang baik pun susah nak cari zaman sekarang ni." mungkin pihak lelaki akan bantah dengan kata2 mcm ni.

Harus kita ingat, bukan masalah gender yg kita harus debatkan, tapi kita perlu cari punca masalah kenapa lelaki zaman sekarang tidak seperti seorang laki yang perlu memelihara kehormatan dan keselamatan seorang wanita/perempuan.

Masalah yang makin parah bila makin ramai golongan lelaki jadi pondan/mak nyah. Sedar tak sedar kuantiti dan kualiti lelaki yang di istilahkan 'berguna' itu makin kurang. Kepercayaan wanita kepada golongan lelaki pun makin menurun dan keluarlah kepercayaan lain dari wanita2 yang lelaki2 zaman sekarang tdk boleh di harap.

Maap pada golongan lelaki, bukan mahu kritik cume mahu kesedaran dari golongan2 ini.

Komuter yang sedia ada di asingkan koc2 ikut gender pun masih lagi ada lelaki yang tak paham bahasa melayu kat mana mereka harus duduk?
Buat tak tahu je ada bila ada seorang makcik depan mata yang lebih perlukan seat dalam LRT.
Mengaku bujang sedangkan sudah beristeri 2.
Mempermainkan perasaan seorang perempuan dengan kata cinta yang pura2 suci.
Mudah sangat 'menebuk' anak dara orang dan meramaikan lagi 'anak' yang tidak dinasabkan ke atas mereka.
Merokok depan anak2, tapi marah bila anak2 sendiri ikut jejak langkah mereka.

Berbincang mengenai penceraian dan sikap tidak bertanggungjawab pula, keratan forum di bawah mungkin boleh dijadikan bukti:

“Boleh dikatakan sembilan daripada 10 punca perceraian datang daripada lelaki,” kata Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh. Menurutnya, rumusan itu berdasarkan pengalamannya menerima pelbagai masalah rumah tangga daripada pasangan suami isteri setiap hari.
“Apabila saya katakan perkara ini dalam ceramah atau bengkel, tiada lelaki berani membangkang kerana ia kenyataan. Saya cakap berdasarkan fakta kerana setiap hari menerima pelbagai aduan masalah rumah tangga,” katanya.


Hushim berkata, biasanya wanita berfikir panjang dan berusaha memelihara rumah tangga kerana mereka takut memegang gelaran ibu tunggal. Katanya, jarang wanita meminta cerai jika suaminya baik. Biarpun suami bergaji kecil, isteri menerima keadaan itu seadanya kerana yang penting ialah suami setia dan bertanggungjawab.

“Berapa ramai lelaki yang berpendapatan rendah mampu hidup bahagia bersama keluarga. Ini disebabkan kesetiaan dan komitmen yang suami berikan kepada keluarga. “Lelaki seharusnya menjadi pemimpin dalam rumah tangga, memimpin solat jemaah dan membawa anak dan isteri mendengar ceramah di surau atau masjid.
Antara kelemahan ibu bapa ialah tidak tegas.
“Jika anak tidak mahu pergi ke sekolah kerana susah bangun pagi, tabiat itu dibiarkan berlarutan hingga dewasa. Malah, sikap bapa yang malas bangun pagi menjadi ikutan anak,” katanya.
Beliau berkata, dalam satu kes dikendalikannya, ada lelaki digelar suami RM3 kerana sering meminta jumlah berkenaan untuk keluar melepak bersama rakan di kedai kopi pada waktu malam.
“Ini sungguh memalukan. Akibat kegagalan suami menjalankan tanggung jawab sebagai ketua keluarga, isteri seperti menanggung biawak hidup dan tidak hairan perceraian berlaku,” katanya.


Puncanya??
1) Kemungkinan kondusi persekitaran yang tidak sihat. (Cth: Tertekan dengan bebelan Mak atau Isteri)
2) Media yang berlumba2 menayangkan unsur seks. (Selalunya iklan minyak wangi)
3) Pengaruh rakan sebaya. (Berlumba-lumba2 nak kumpul awek ramai)
4) Didikan moral dan keagamaan kurang.

Punca2 ini suma sudah lama kita belajar dari sekolah lagi. Tapi, belajar sekali lalu, masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan tidak pernah di ambil endah tuk berubah. Masih tetap bertambah golongan lelaki yang tidak matang dan bertanggungjawab.
Pelikkan???

Kenapa mesti salahkan lelaki dulu?Sedangkan wanita pun bersalah juga.Sebabnya:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.

“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

Ingatlah wahai kaum lelaki, di akhirat kelak anda tidak akan mudah masuk ke syurga selagi isteri, anak2 dan ahli keluargamu telah berbuat banyak dosa. Kalian akan disoal dimanakah letaknya sikap tanggungjawab kalian kepada mereka. Jika kalian masih lagi menambah saham dosa untuk diri sendiri, lagi banyak yang akan menahan kaki kalian tuk melangkah ke syurga.

Mohon maap atas khilaf kata2 ana dalam entry kali ini. Moga sama kita berubah ke arah yg lebih baik. Wassalam

*Sumber bahan:
1) http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-426434.html
2) http://www.islam.gov.my/portal/pdf/bapakeluarga.pdf

Dec 10, 2010

Lain Dahulu, Lain Sekarang..Ke Arah Tahun 1432H & Seterusnya..

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 ana yang dikasihi kerana Allah sekalian..
Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa untuk menempuh tahun baru hijriah bagi tahun 1432H.
Moga kita mampu berazam dan melaksanakan azam baru kita dengan sebaiknya. yang paling penting, jangan hangat2 tahi ayam.huhu.. (peringat kat diri ni juge..hehe..)

Pada minggu awal muharam ni banyak juge drama2 melayu psl awal muharam yang ada kat TV tu.Memandangkan kat umah ana takde Astro, so ana suke pulun cite2 melayu kat TV2, TV3 dan TV9..best2 gak la.hehe.

Drama yang paling menarik ana tonton tajuknya "Dakwah Muharram" (kalau tak silap la tajuk die camtu). Cite ni tentang 1 family yang warak dan alim, seorang ayah, ibu, serta 3 orang anak-anak dia. Ana tonton cite ni pun da half da mase tu.

Anak yang sulung belaja di Mesir kot (da tak ingat.huhu..byk mkn ajinamoto time cuti la ni..hehe..), anak yang second plak berbeza sangat perwatakan die dgn yang sulung. yang second ni bercita-cita nak jadi penyanyi rocker.huhu..sangat la berbeza dengan abang die. tapi abang die backup adik die ni dlm nak kejar cite2 die tu. abang die pesan, pape pun cite2 kene berlandaskan niat yang betul dan tak melanggari syara'. so abang die ni support adik die, sampaikan abang die sanggup tuk jadi backup singer dengan menyanyi part qasidah. lagu tu tentang ketuhanan gak la.

Aqasha sebagai anak yang 1st (jadi ustaz tu.huhu..)


Vokalis Sofaz jadi anak yang 2nd (group die pun kene angkut berlakon sekali.hehe..)

Yang paling best ana nak bagi tahu abang die ni memang ada matlamat tuk berdakwah dengan cara pendekatan yang berbeza.dia focuskan pada remaja2 yang bermasalah.die bercite2 nak buat konsert rockers bersempena Maal hijrah tuk remaja2 yang minat ke arah rock2 ni. Sekurang-kurangnya Mat2 Rocker ni tahu la apa itu Awal Muharram, tidaklah nanti mereka ingat Awam Muharram itu Maulidur Rasul.huhu..

Pada ana ni satu pendekatan yang sangat menarik. Ana teringat pada kata2 Ustaz Asyraf (johan bagi reality show Imam Muda), beliau pernah berkata dalam 1 forum yang diadakan di UIAM, bahawa zaman sekarang pendekatan dakwah haruslah sejajar dengan budaya orang yang kita nak dakwah. kita perlu ikut rentak mereka2 yang hendak kita dakwah selagi mana tidak melanggar syara'. (lebih kurang camni kot penerangan die.huhu..)



Ha, inilah Ustaz Asyraf tu. =)


Dalam rancangan Imam Muda tu, ada 1 slot Imam2 Muda ni perlu berdakwah tuk Mat2 Rempit. Caranya, dengan mengajak mereka tuk bergotong royong mengedarkan bubur lambuk kpd org ramai di masjid. sememangnya di hati2 Mat2 Rempit ni ada 1 sikap mereka suka dan berbangga dengan sesuatu pekerjaan yang mereka lakukan. Ustaz Asyraf kata, biarkan mereka berbangga tuk perkara2 yang baik, coz sekurang2nya kita telah berdakwah tuk mengajak mereka lebih dekat dengan aktivti2 masjid.

Berbalik pada pada kisah "Dakwah Muharram". Persepsi dakwah dalam cite ni mmg berlainan. dari cite ni kita perlu ambil tahu bahawa, jika kite terus berdakwah dengan hanya melakukan aktiviti ceramah dan forum di masjid, sudah tentu yang hadir hanya orang2 yang minat ke arah agama. Tapi, kita sebagai pendakwah tertinggal 1 golongan lagi yang tidak minat ke arah keagamaan dan mereka2 ini belum tentu hendak ke masjid mendengar ceramah2 agama, melainkan ada aktiviti yang menarik tuk mereka join. Maka, sampai bila pun dakwah itu tidak sampai kpd mereka.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:“Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)

Memandangkan zaman kita sudah tidak sama lagi dengan zaman ketika pemerintahan Rasulullah. Seharusnya kita sesuaikan cara dakwah mengikut peredaran masa. Pada pendapat ana, drama ini harus dijadikan panduan dan dibrainstorm untuk penambahbaikan cara berdakwah.

Yang paling penting kita harus ingat bahawa sebagai Muslim dan khalifah di muka bumi ini, kita telah lama dipertanggungjawabkan tuk berdakwah menyampaikan agama Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud: “Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Sempena awal muharam ini, kita perlu letakkan azam tuk menjadikan diri kita dan orang sekeliling kita ke arah yang lebih baik. Kerana kredit tuk kita dalam berdakwah dan antara soalan Allah di akhirat nanti mengenai amalan2 dan juga apa yang telah kita laksanakan sebagai khalifah di dunia ini.

Akhir kalam ana selitkan 1 kata-kata dari Imam Al-syahid Hassan Al-banna.

Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk. Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-lamanya. ” - Sumber http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-dakwah-dalam-islam.html

Wallahua'lam..

Dec 5, 2010

Pabila Seorang Mak Bermain Badminton..

Assalamualaikum wat sume yg bertandang ke blog ana ni..

Sepanjang cuti sem ni mcm2 aktiviti gak la yg ana wat kat umah, even takde pg merayap ke mane2 sgt. Antara aktiviti2 yg ana lakukan spt berikut (huhu..mcm tulis surat la plak.):
1)Menjadi baby sitter/nanny.
2)Mengemas umah tiap2 hari. (tp kdg2 ngelat gak..haha..)
3)Memasak. (sehinggakan da di tegur oleh mak dan nenek yg ana da tibe masenye bole kahwin..wawa..)
4)Membasuh (baju sgt la byk sbb rmai sgt ada kat umah ni,lagi2 musim hujan..huhu..)
5)Makan. (haha..ni mmg aktiviti yg xle tggl, cume semakin aktiv plak bile ramai budak2 kat umah sampaikan ana sronok makan ramai2.hehe..)

dan terakhir skali 6) Bermain badminton.hehe..


Berbalik kpd tajuk entry, ana dgn adik2 sronok sgt dpt main badminton time cuti ni.coz da lame sgt tak main..hampirkan tiap2 hari gak la...tibe pada 1 hari ni, mak ana nak plak join. kami mmg sgt2 terkejut gak la sbb tak pnah tgok melainkan time ana kecik2 dlu..da tak ingat da ape gaye mak ana main..huhu

So, bile mak da start main, kami pn ternganga la coz mak pukul slow and ayu jerk, tp mantap!huhu..bkn kuak kupu-kupu mcm lindan tu (cane ek eja name pemain malaysia tu?huhu..). Mak main mcm gaye pemain akrobatik gak la..lentik2 sikit kaki bile nak hantar bola..hehe..yg bestnye bola slow tp jauh je bola tu pegi..huhu..


Tak dapat lak ana nak masukkan gmbar gaya mak ana main badminton..huhu..tapi rase kagum la dengan mak ni.serba boleh..hehe..

Rase tu je kot nak cite..hehe..pape pun rase sronok sgt cuti sem kali ni coz leisure aktivit byk even takda pegi ke mane2..

Wassalam..

Nov 26, 2010

Akal dan aku..



Akal dan aku..
Perkaitan yang tidak tahu arah tuju..
Akal membawa aku ke sebuah benua yang aku mahu kenali..
yang aku ingin pelajari..
yang aku cuba fahami..

Pernah juga akal ini kosong dan buntu..
Menggores-gores idea yang aku belum ketahui..
Bagai mengimpikan cabutan bertuah pada satu saat yang akan tiba nanti..
Tercarik-carik aku dengan berita di media yang mangadu domba..
Bagaikan penipuan itu lebih banyak dari kebenaran yang terkeluar akalnya..
Sedar atau tidak akal ini hanya mampu mengia..
Tertutup mata sekadar pandang lalu..
Simpati hanya sebentar sahaja..
Kemudian akal terus menghilang dari imbuhan berita itu..

Aku cuba lari dari akal yang sekadar menurut logik..
Mungkin sekali dua akal boleh tertipu..
Tapi mainan berita politik yang diputar belitkan..
Selamanya akan tersasar dari batas akal yang waras..
Adakah akal ini bahan mainan yang akan terus diperjudikan??
Akal itu berjaya tersepit dengan jerat yang tidak tahu empunya..

Aku menunggu dan terus menunggu..
Agar akal mereka itu mampu berutus dengan akal yang sedar..
Tidak lagi menipu dengan manusia yang tahu kelebihan akal pemberian Tuhan..

Nukilanku --> A-N-A

*sekadar luahan di musim cuti sem..hehe..

Nov 16, 2010

Bisakah aku menjadi Hawanya?

Jujur aku katakan..
Dia yang ku cari..
Dia yang ku hormati..
Dia yang ku cintai..
Bukan mahu mengalihkan cinta yang Esa..
Cuma mahu merasa lumrah dari Nya..
Cuma mahu memiliki apa yang di katakan cinta manusia..

Jika Hawa mampu memikat Adam..
Salahkah aku memikat si dia?
Jika Hajar mampu meraih perhatian Ibrahim..
Salahkah aku meraih perhatiannya?
Jika Zulaikha mampu setia pada Yusuf..
Salahkah aku setia padanya?

Jika Khadijah mampu merisik Muhammad..
Salahkah aku merisik si dia?
Bukan cuba menurutkan nafsu..
Cuma mahu merasa sedikit nikmat syurga..
Bukankah benar rusuk Adam pada Hawa?
Maka itu lahirlah cinta..
Dari itu putiknya zuriat dengan izin yang Maha Esa..

Kucuba nilai dari sudut yang berbeza..
Agar tidak tersasar dari batas agama..
Kucuba menyulam cita-cita..
Agar aku bisa berbahagia bersamanya..
Kucuba menitip doa dari Nya..
Agar aku terdorong ke jalan yang nyata..

Jika aku benar dicipta dari rusuknya..
Sungguh beruntung termakbulnya doa.
Maka akan tibalah masanya..
Rusukku di bentuk setegarnya..
Rusukku di lindung seamannya..
Rusukku di bimbing ke pangkalnya..

Ya Allah yang menetapkan takdir seindah-indahnya..
Biarlah aku menjadi hamba yang redha..
Redha dengan segala ketentuan..
Redha dengan segala perujian..
Redha dengan segala kedukaan..
Redha dengan segala kemuslahatan..
Bukan mengharap tp, cuma meminta..
Agar aku bisa menjadi “Hawanya”..
Hawa yang tiada tolok banding baginya..

Amin..


Nukilanku--> A-N-A

Nov 15, 2010

Mana 1 pilihan anda?Komik ,majalah, novel ataupun buku yang nak kene study time exam??


Ana sangat suka baca buku2 cerita rakyat time kecik2 dulu.hehe..


Assalamualaikum buat sume! =)

Alhamdulillah ana baru je slesai dgn final exam tuk 2nd last semester final year ana.huhu..tinggal 1 sem je lagi nak habis degree,insha Allah.mohon Allah sentiasa bersama ana.amin!
Syukur juga dgn segale pertolongan Allah dlm menghadapi exam kali ni.kt sume da berusaha sedaya yg mampu, tp ad 1 lg usaha yg x perlu terhenti smpi habis exam je.teruskan usaha kt dlm ibadat2 sunat spt solat hajat,qiam dan tadarus..jgn krn waktu nak exam je kt lakukan sume ibadat tu..tp pas habis exam je, kt enjoy tanpa igt batas2nya..huhu..peringat tuk diri ana juga..

Focus entry ana kali ni tentang bahan2 bacaan yg kita baca..yela, selain bace buku manufacturing process dan design of machine kita kene ada gak bace buku2 yg bleh upgrade ilmu kita kan.hehe..
Mungkin ada di antara kite yg suke baca komik anime, smpaikan ada yg da kawen pn still suke bace komik..huhu..dahsyat tu..peminat setie naruto or pape jela anime..



Ada juga yg suke baca majalah2 yg ilmiah ataupun majalah gosip2..hehe..pesanan ana wat sesiapa yg suke bace bab2 gosip artis ni, hrp2 kurang2kan la, coz kadang2 kite tak sedar yg kita telah mengaibkan org lain dlm perbualan kita..yela, bile kite nampak artis ni yg bile berlakon pakai tudung, tp bile luar tv die pakai seksi2..kite akan mule la nak mengkritik artis tu..setakat nk amek tahu tu takpe, tp skdr membenci dlm hati, jgn smpai kt terus bawak kisah artis tu sampai ke mimpi kite..hehe..



Bagi para jejaka yg kacak lagi ensem, buang2 la hobi cuci mate dgn majalah yg agak meneruja kelakian kalian sume..(paham kot maksud ana??ape?tak paham??huhu..ala,majalah2 porno tu la.)."Kami tak men la majalah2 gitu la ana.Dosa2!!"..ha,baguslah kalu da tahu hukum.huhu..banyak lagi hobi yg berfaedah dari tgok2 bende gitu kan..men futsal ke,memancing ke, men baling selipar ke..ngeh3..

(Tak sanggup nak letak cth majalah tuuutttt..huhu..nauzubillah)

Yang terbaik bila kita rajin bace buku2 ilmiah. Majalah solusi ke, bace buku2 pendapat Prof. Dr. Yusof Qardawi ke, Nota Cinta untuk Lelaki ke, ataupun Aku Terima Nikahnya..hehe..mmg la ada setengah dari kita yang agak tak bercinta sangat dgn buku2 ni..tapi, rasenye, sudah masenye kita ambil tahu perkara yg berkaitan dgn isu ummat dan juga pembangun jiwa tuk jadi org yg lebih cemerlang!gemilang! dan terbilang!wah!semangat gitu!huahua..





"Ala,bosan la ana.bace buku2 yg serius ni!."..eh,tak bosan la..best ape!cube try test!mesti akan habis bace 1 mlm je..hehe..nak tahu tak, zaman sekarang ni, org boleh tipu kt dari mcm2 bentuk dan saluran..contohnye, kalu sahabat2 sekalian dah sampai seru nak menikah (hehe..topic hot student UIA yang final year ni.hehe..), kalu lelaki yg nak menikah tu tak sunat lagi ape hukumnya??hah!taw tak??so,cari sendiri kalu nak tahu.hehe..nanti tak pasal2 tak sah lak nak menikah.huhu..(releven ke contoh ana ni?keh3..)

Ana suka sangat bace novel!kalu dulu ana layan novel budak2 la..skrg ni ana da masuk alam dewasa so kene la luaskan ilmu yg sedia ada.instead of bace buku2 ilmiah, novel zaman skrg pun da byk improvement. kalu beli 1 novel je mcm2 isu boleh kita dapat..contohnye novel Bumi Cinta.(tulisan Habiburrahman El-Shirazy). "ala,balik2 cinta je ana ni.."...ish,sabar dulu.tak habis cite lagi.huhu..novel ni mengisahkan pasal seorang lelaki yg buat tesis master dia di Rusia.saat dia sampai di Rusia,mcm2 terjadi pada dia sehinggakan dia bertemu dgn seorang wanita, puak taliban yahudi..dan macam2 terjadi pada lelaki ni. Rusia yg penuh dgn pusat maksiat dan golongan yang anti Islam byk2 menguji perjalanan hidup lelaki tersebut yg kuat beragama..nak tahu apa jadi kat die??hehe..kene la bace sendiri..
Dari novel ni ana dapat imput tentang orang yahudi, ummat palestin, cara hidup org Rusia..dan mcm2 lagi..kdg2 bile da menghayat novel tu, rase macam ana ada kat Rusia je.huhu..best sgt novel ni!!superb!marvelous!hehe..



Novel2 penulis lain pun ana suka antaranya Ramlee Awang Mursyid dan Nurhayati Berahim.3 penulis ni memang ana suka dari dulu sampai skrg!hehe..



Tapi koleksi penulis yg terbaru ana minat kali ni Noor Suraya. Ana baru je bace 1 novel dia yg bertajuk "Jaja & Din".hehe..sgt2 best!..pasni nak try da follow karya2 die..



Banyak2kan lah membace, sbb dgn membace kita akan jadi org yg tak cetek ilmu.xpe, takat2 tahu pn takpe.asal jgn buta isu semasa. terlupa lak bahan bacaan yg plg penting, news paper.hehe..ni satu2nye bahan bacaan yg agak berat bg kaum perempuan ni nak follow.tapi rajin la nak bace by online.takpe2,asal jgn tinggalkan isu semasa ni terus dari hidup kita seharian.

Akhir kata, pesanan dari penaja "Majulah Hidup dengan Membaca".hehe..wassalam..

*Hari tu pegi MPH dengan Cik Atiqah, terliur tengok novel2 baru.poket nga kering.huhu..

Nov 13, 2010

Syukurku Tiada Henti..



Aku mungkin serupa seperti kamu..
Punyai mata,telinga,hidung,tangan,dan kaki..
Cuma mungkin bezanya kita pada ukuran kecantikan dan kesempurnaan..
Namun tetap mampu teruskan hidup dengan maju..

Aku mungkin sama seperti kamu..
Punyai akal,perasaan,dan nafsu..
Cuma mungkin ukurannya tidak sama tahapnya..
Namun masih mampu menikmati hidup seindah yang dibekalkan Dia..

Udara yang mengalir ke dalam jasad seiring dengan denyutan nadiku..
Masih sama seperti kamu dan terus bernyawa selagi maut belum menarik ruhku..
Masa yang dikurniakan kepadaku terus berdetik tanpa henti..
Dan masih sama ukuran saat,minit,serta jam setiap kamu dan aku..
Namun, adakah syukurku dan kamu terus meniti di setiap kenikmatan itu??
adakah syukurku berbalas dengan amalku dan kamu dalam menghitung hari-hari yang berlalu?

Mungkin sudah banyak aku dan kamu ketinggalan dalam setiap zikir syukur itu..
Teruslah menilai diriku dan kamu dalam setiap santaian dengan seluruh nikmatNya kepada aku dan kamu..
Masih ada ruang dan peluang untuk lafazkan syukur yang tiada henti oleh aku dan kamu..
Usah malu dan ragu dalam usaha shukur yang tiada henti itu..

Nukilanku --> A-N-A

Nov 11, 2010

Cinta Terlarang..



Assalamualaikum buat sahabat2 ana yg dirahmati Allah sekalian..

Entry ana kali ni ttg "Cinta Terlarang".Nape ek ana tbe2 nak cite psl ni?slh 1 sbbnya ana rase sgt sedih dgn isu remaja pd zaman ini bila mana kt terlalu taksub dgn cinta sesama manusia sehingga kt tlh langgar dari norma kehdpn sbg Muslim atau lumrah seorg manusia..

"Eh,serius je entry kali ni ana."mmg kene serius!!tdk boleh tdk isu ini sudah jdi spt darah daging dlm budaya hidup kt sampaikan sudah bernanah dan berulat!!
Cinta terlarang itu adalah cinta seorg gadis kpd seorg lelaki sehingga sanggup serahkan mahkota kegadisan kpd lelaki durjana itu..



Ataupun cinta Adam Lambert kpd kekasih seumpama dgnnya yg sudah meletakkan nafsu sesama lelaki itu teragung..



Ataupun cinta manusia kpd nafsu serakah sehingga wanita dan kanak2 yg tdk b'dosa dirobek2 kemaluan mrk..


Nauzubillah, bile hati mamandu jiwa yg kosong dgn iman dan akal yg hlg rasional membuta tuli mewarkan bahwa; "Tuhanku adalah Nafsuku!!".
Maka cinta terlarang itu spt bunga mawar yg hanya tampak indah tp b'duri rantingnya, bile tertusuk dek jari yg cantik, darah akn mengalir dan dibiarkan tanpa dirawat, akhirnya jadilah luka yg membusuk!

Ya!Puncanya bile diri hilang rasa malu, maka hilanglah iman, bila iman telah jauh dari pelusuk hati, maka mudahlah syaitan membisik kata sukma yg menipu!

Rasulullah saw bersabda; “Cabang iman itu terdapat 63 bahagian. Sedang malu itu sebahagian daripada iman.” (Bukhari:9 & Muslim:151)

Rasulullah saw bersabda lagi;
“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidak menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih saying dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengaku beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakimkan taghut, sedangkan mereka diperintahkan mengengkari taghut. Dan syaitan bertujuan menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sebenarnya. (An-Nisa’ : 60)


Kepada ciptaan terindah yg bergelar seorg gadis, janganlah dibiarkan maruahmu diinjak2 syaitan bertopengkan manusia itu..
Kepada jejaka bakal pemimpin dunia, janganlah mengikut kaum Nabi Luth yg bangga bertunjangkan peribadi homoseksual dan tegar membuat auna kpd manusia seluruhnya..

Kehancuran demi kehancuran akan kita bina jika penyakit cinta terlarang ini kt ambil endah sambil lewa..Janji Allah itu pasti spt yg tlh disebut di dlm Al-Quran, mafhumnya:

Dan orang-orang yang tidak menyembah ilah yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka mereka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ” (QS. 25:68-70)


Azab yg buruk juga tlh ditimpa ke atas kaum Nabi Luth, dan tdk mustahil hal ini akn t'jadi kpd zaman kt ini..

Nabi Ibrahim bertanya, “Apakah urusan kamu sekalian, wahai para utusan?” Mereka menjawab, “Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang pendosa (kaum Luth), agar kami timpakan kepada mereka batu-batu dari tanah yang (keras) yang ditandai di sisi Tuhanmu untuk (membinasakan) orang-orang yang melampaui batas.” (Adz-Dzariyat: 31-34)


huhu..demi kasih ana kpd sume manusia yg ada kat dunia ni, ana tak sanggup lihat kehancuran manusia. Allah tlh meletakkan kt pd martabat seorg khalifah yg plg tinggi,tp kt sia-siakan kerna diri telah buta dgn nikmat dunia yg sementara. Spt firman Allah yg bermaksud;

''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)

Kembalilah kt kpd Allah, Pemilik hati kt yg hakiki. Letakkan Cinta kt kpd Allah yg Maha Sempurna dan Yang Berkuasa ke atas kt..ana ambil 1 rangkap kata2 ttg cinta kpd Allah sbg mengakhiri entry ana kali ini dan moga menjadi bingkisan hati buat kt sume..

"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah." - sumber dari http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/08/cinta-kepada-allah.html.
Waallahua'lam..


Nov 9, 2010

Seraut wajah yg menghiburkan hati..



Pic:Cik sue dan masyitah (latar blakang gmbr ni,silalah ignore yerk.hehe)


Gmbr kat ats skali tu adlah gmbr adik spupu ana yg plg bongsu skali.die sgt comel dan tmbam!rase nk gigit2 je die!huhu..ktorg adik bradik pggl die masyitah shii!sbb muke die cm ank org korea..hehe..

Ana sgt suke kanak2.pada ana,kanak2 adalah 1 anugerah yg plg b'mkna kat dlm dunie ni.dr seorg kanak2 kt akan blaja byk bende.

Pelajaran pertama:
Melalui kanak2 kt akan blaja muhasabah diri kt.ana slalu perhatikan kanak2 ni suke mintak dr mak ayah die ape je yg die suke dan nk bnde tu.jika mrk ni x diberi apa yg mrk nk,mrk akn jd spt incredible hulk.(cume xda la sebijik cm incredible hulk yg tkr2 bdn jd bsr wrne hijau tu.huhu..xdpt bygkan kalu masyita jd cmtu,nauzubillah.huhu..)

So,ble mrk ni da stat ngamuk, mak ayah die pnt la nk pujuk sgale krenah kanak2 ni.huhu..Ana slalu la lyn bdk2 kcik cm masyitah ni.kdg2 kt akn b'sbr dgn mrk,tp smpai 1 saat kt akn rase lelah lyn krenah mrk.wuwu..

Kt sume pnah alami alam kanak2.imbas kmbali waktu kt time tu.ksiankan mak ayah kt nak jage kt sume yg sgt keanakkan time tuh..dr sini kt kene sntiasa hargai mak ayah kt coz diorg da byk b'sbr dgn kt.

Pelajaran kedua:
Ok anak2,pelajaran sterusnya adalah kanak2 bole wat kt hlg stress yerk.Da mcm dlm claz m'gajar bdk skolah plak.hehe..

Nape ana ckp kanak2 ni bleh wat kt hlg stress (even kdg2 lyn depa ni stress gak.huhu..), sbb if kt tgok kanak2 ni kt akn rase hepi sgt dgn raut wajah mrk yg sgt comel dan sweet!tgok keletah mrk yg baru blaja jln,t'kedek2..rase sgt m'hiburkan..hehe..dan mcm2 lg gaya kanak2 ni yg akn wat kt senyum dan ktawe..

cthnye,masyitah ni..die ni kuat mkn.ble time org mkn die mkn,time die kene mkn die mkn,time bru bgn tdo kt suap ape je die akan telan.huhu..if kt lmbt suap kat die mknn tu,nti die duk jerit,"arrr....(suara bdk2 masyitah)".huhu..bygkn la ibu die cite yg die akn wat prangai ni kat mane2 pun.kalu kat restoran tu,toksah nak kate la.ibu n ayah die da x smpt nk sorok muke bwh meja..die wat jgk gaye tuh..huhu..
Tgok prangai die cmtu,ktorg 1 family ktawekan die.sbb die x sbr nk org suapkan mknn die."atak,caye x gheti kakap lg la.cebab tu caye jelit!"suare hati masyitah tibe2 b'bicara.huhu..

Pelajaran terakhir:
Eh,cptnye masuk yg terakhir?hehe..pnt da ni taip 2 entry sehari.x pyah la kot nk gtaw bape byk pelajaran kat shbt2 sume..nti x muat lak nk msuk subject2 len yg nk kene study.hehe..

Lastly,melalui kanak2 kt akn blaja tuk kwl emosi.mcm situasi kat pelajaran 1st td, sape2 yg xda tahap kesabaran yg tggi lum tntu leh kwl emosi mrh.yela,if ada ank or adik 3,4 org yg kt kene lyn leh ke kt thn??huhu..dlm sejam due maybe la kot.

Ana ada sorg lg adik spupu yg sgt kuat majuk.pergh,if nk pjuk die bkn susa.kene ada tactic taw.huhu..die ni akn majuk ble kt duk sakat die smpi sume org xda nk backup die,die akn ckp cmni,"taknak kwn kakak!!!uwaaaa!", time ni ana yg plg bsr la kene menkan pranan.yela,kene bentikan die nangis.kalu x mcm glanggang tinju gak la kat umah tu ble die da stat majuk.hehe..

Agak susah la nk pujuk kanak2 ni,kdg2 tu kt larat la,kdg2 tu,.kt wat dek jel.hah,nk ngis sgt kan?ngis sane..hehe.."Tak bek punye!".so,kt kene la byk2 kawal emosi dgn kanak2 ni.jgn ikut amarah smpi t'jdinye kes org dera anak.ksian kat depa ni.depa mana taw slh or btui.nk didik depa ni kene gaya yg btoi.ikut la sunnah Baginda Rasulullah dlm m'didik anak kay?hehe..da msuk pelajaran parenting la plak...tu cite len kali ea..nti putus jari nak taip psl tuh.huhu..


Mardhiah akk masyitah (kalah adik die ble bab manja.huhu..)



2 kanak2 yg kecoh bagaikan murai ble da b'jumpe.hehe..(kiri:hilwa, kanan:sakinah)



Mukhairi yg pandai posing..hehe..


Bile handset mak ayah dah jadi mangsa..huhu..(Syahmi)



Operasi pengeboman umah org time raya oleh hero2 yg lum b'tauliah lg.huhu..(Dr kanan:Mursyidee,asyraf dan syafiq)


Rase ckup kot takat ni ja pelajaran tuk hari ni.jgn lupa,kt sume akn jadi seorg ibu dan bapa 1 hari nti.blaja dr didikan ibu bapa kt pd kita dan blaja juge dr kslpn mrk supaya kt sume akn tahu cane nak didik anak pd ms akn dtg.

Salam ukhuwah buat sume and all the best buat shbt2 ana yg bakal jd ibu dan bapa dlm mase t'dkt ni!
"Children Now is An Image of us on The Past, And our Image Now is The Figure of our Children for The Future"