Dec 21, 2010

Rebutlah Peluang Menjadi Pemimpin

Assalamualaikum w.bt.

Insha Allah pada 23hb 12 (khamis) akan diadakan ENGINIUS XVII election di ENGINIUS General Office. Alhamdulillah, ana akan melepaskan jawatan yang disandang sebelum ini pada 24hb 12 (jumaat). Moga ana telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Namun terasa teramat sedih bila fikirkan apa yang telah ana dan sahabat2 dalam ENGINIUS XVI hadapi selama ini. huhu..Adakah kami benar2 telah jalankan amanah tersebut sebaik mungkin??

Benar, pada sesetangah orang akan menganggap bahawa persatuan pelajar dalam Universiti hanyalah 1 perkara yang mudah tuk dilaksanakan dan tidak sebeban seperti tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar atau mana2 organisasi lain, namun apabila kita ceritakan bab amanah dan tanggungjawab sesiapa pun akan disoal di akhirat kelak mengenai jawatan yang kita sandang.



Ana rase teramat2 takut untuk menjawab soalan Allah di akhirat kelak, apatah lagi kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari dosa2 lain selain daripada kesalahan dalam memimpin. Kadang2 ana terasa malas, culas, buang masa ketika menjalankan tugas tidak serius, dan banyak lagi perkara yang ana rase ana telak leka dalam melaksanakan amanah tersebut. =(

Menjadi seorang pemimpin bukanlah semudah yang kita sangkakan. Namun, kita sebagai insan yang lemah sentiasa akan melakukan kesilapan. Niat kita dalam menyandang jawatan tersebut perlulah ikhlas dan tidak melibatkan apa pun niat untuk kepentingan diri sendiri.




Tetapi, kita tidak perlulah terlalu takut untuk menerima jawatan yang diamanahkan kepada kita selagi mana kita rasa kita mampu memegang amanah tersebut. Kita perlu ingat, pemimpin sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah dan dakyah yang akan membentuk suatu society yang mempunyai nilai tamadun dan moral yang tinggi.

Islam teramat menuntut ummatnya merebut peluang menjadi seorang pemimpin dalam menyebarkan Islam. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mengenai pentaklifan ummat manusia sebagai pemimpin atau khalifah. "Khalifah" bererti "pengganti" atau boleh juga diterjemahkan daripada perkataan istakhalfa = khalifah.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

Banyak lagi pengupasan mengenai pemimpin dan khalifah. Terlalulah rugi jika tidak menyahut seruan Allah kepada kita dalam menjadi seorang pemimpin didunia ini. Jadilah pemimpin yang baik kepada diri sendiri, agama, keluarga, sahabat2, masyarakat dan negara. Kita adalah pemimpin diri kita.

Wassalam..