Jun 19, 2011

Puisi buat Bapaku Seorang Datuk


Assalamualaikum w.b.t

Seinfiniti kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Moga kita sentiasa dirahmatiNya..Amin

Bersempena Hari Bapa, ana dengan sukacitanya nak berkongsi sebuah kisah mengenai seorang insan yang telah menjadi 'bapa' kepada ana dan adik beradik. (ayat touching sikit.hehe..)

Sejak dari kecil ana dan adik-adik tinggal dengan mak, atuk dan nenek di kampung. Tidak perlu rasanya berceloteh kenapa dan bagaimana ana boleh tinggal dengan insan-insan ini.

Jika orang lain berbangga dengan bapa masing-masing, ana pula berbangga dengan atuk ana yang sudah ana anggap seperti seorang bapa. Puisi buat bapaku seorang Datuk..

Beliaulah yang melihat kami adik beradik membesar sehingga nafas terakhirnya..
Beliaulah yang telah mengajar kami bait-bait kalimah Allah sehingga kami khatam naskah itu..
Beliaulah yang menumpangkan teratak coklat itu kepada kami dari hujan dan panas cuaca dunia..
Beliaulah yang menyuapkan nasi buat kami walaupun rezeki itu tidak segunung mana..

Atuk, kami tahu atuk sedih melihat kami yang dibuang ditanah sendiri.
Kami tahu atuk gembira bila kami membesar menjadi kanak-kanak yang ceria..
Kami tahu atuk bangga bila kami berjaya menjadi orang yang berguna..
Kami tahu atuk marah kami tanda kasihnya atuk kepada kami..

Sudah lama kami tidak menatap kerut kedut muka atuk yang jernih itu..
Kami rindu atuk yang tegas mendidik kami cucu yang paling nakal ketika dahulu..
Senyummu penawar duka kami ketika kami menelan keperitan hidup didesa itu..
Nasihatmu masih segar dalam ingatan kami untuk teguh berdiri dalam panji agama..
Sabarmu menjadi inspirasi kami menjadi insan yang cekal mendongak langit mendung..

Kami hadir ke pusaramu atuk..
Menjengah kepuk dan nisanmu yang kaku dipasak bumi..
Moga jasadmu masih berbentuk tegar sehingga saatNya nanti..
Doa kami seiring selalu dengan tiupan bayu..
Memohon agar atuk bersama dengan sang kekasih Tuhan yang Satu..
Amin Ya Rabb..


Selamat Hari Bapa Sedunia!=_=
Wassalam..

Jun 5, 2011

Si Nobita Yang Malang









Assalamualaikum w.b.t

Cerita si Nobita yang malang bukan lagi asing bagi kita semua. Berkisarkan seorang kanak-kanak jepun yang malas belajar, suka mengharapkan bantuan Doraemon yang ada kuasa ajaib.
Memang cerita ini hanya ditontoni oleh kanak-kanak sahaja. Golongan dewasa sudah tidak ambil endah dengan cerita animasi ini lagi.

Jika kita betul-betul selidiki kisah Nobita yang malang ini, kita akan tahu apa keburukan cerita ini.hehe..rasa janggal juga bercerita tentang kartun yang dihasilkan oleh bangsa Jepun ini.

Apa pun ana rase nak ceritakan kisah Nobita ini. Kalau kita sedar, sebenarnya masyarakat kita hari ini kebanyakannye semuanya seperti si Nobita yang malang. Betul atau tidak, kita ada sikap-sikap seperti Nobita ini?

1)Malas
2)Lemah
3)Kuat mengalah
4)Tidak suka berusaha
5)Suka beri alasan
6)Tidak bijak mengatur hidup
7)Cuai
8)Degil
9)Nakal
10)Tidak suka belajar
11)Suka mencari masalah
....dan banyak lagi..

Fuh, penat juga nak gunakan perkataan skema dalam blog ni.hehe..
Dari senarai di atas, tidak banyak sedikit pun akan ada sikap itu dalam diri kita..Mungkin kita sudah cukup matang untuk menilai sikap negatif ini.
Tetapi, bagi kanak-kanak yang menonton cerita Nobita ini, adakah mereka faham bahawa sikap Nobita itu adalah sikap yang negatif..

Kita hanya biarkan anak-anak kita terus menonton kisah Nobita yang menjadi bahan ketawa..Kanak-kanak adalah golongan yang perlukan bimbingan dari orang dewasa. Jika mereka terus hanya bergelak ketawa mengikuti kisah Nobita, dan makin hari mereka jadi makin malas, jangan salahkan Nobita itu. Kartun yang hanya dicipta sebagai bahan hiburan.

Tidak mahu berhujah panjang. Kita semua boleh fikirkan apa impak kisah SI NOBITA YANG MALANG!!

wallahua'lam..

*2 minggu lepas ada ikut tengok movie Doraemon dengan adik sepupu kat astro..huhu..tah pape la cerita tu..moga jadi iktibar...