Nov 26, 2010

Akal dan aku..



Akal dan aku..
Perkaitan yang tidak tahu arah tuju..
Akal membawa aku ke sebuah benua yang aku mahu kenali..
yang aku ingin pelajari..
yang aku cuba fahami..

Pernah juga akal ini kosong dan buntu..
Menggores-gores idea yang aku belum ketahui..
Bagai mengimpikan cabutan bertuah pada satu saat yang akan tiba nanti..
Tercarik-carik aku dengan berita di media yang mangadu domba..
Bagaikan penipuan itu lebih banyak dari kebenaran yang terkeluar akalnya..
Sedar atau tidak akal ini hanya mampu mengia..
Tertutup mata sekadar pandang lalu..
Simpati hanya sebentar sahaja..
Kemudian akal terus menghilang dari imbuhan berita itu..

Aku cuba lari dari akal yang sekadar menurut logik..
Mungkin sekali dua akal boleh tertipu..
Tapi mainan berita politik yang diputar belitkan..
Selamanya akan tersasar dari batas akal yang waras..
Adakah akal ini bahan mainan yang akan terus diperjudikan??
Akal itu berjaya tersepit dengan jerat yang tidak tahu empunya..

Aku menunggu dan terus menunggu..
Agar akal mereka itu mampu berutus dengan akal yang sedar..
Tidak lagi menipu dengan manusia yang tahu kelebihan akal pemberian Tuhan..

Nukilanku --> A-N-A

*sekadar luahan di musim cuti sem..hehe..