Nov 16, 2010

Bisakah aku menjadi Hawanya?

Jujur aku katakan..
Dia yang ku cari..
Dia yang ku hormati..
Dia yang ku cintai..
Bukan mahu mengalihkan cinta yang Esa..
Cuma mahu merasa lumrah dari Nya..
Cuma mahu memiliki apa yang di katakan cinta manusia..

Jika Hawa mampu memikat Adam..
Salahkah aku memikat si dia?
Jika Hajar mampu meraih perhatian Ibrahim..
Salahkah aku meraih perhatiannya?
Jika Zulaikha mampu setia pada Yusuf..
Salahkah aku setia padanya?

Jika Khadijah mampu merisik Muhammad..
Salahkah aku merisik si dia?
Bukan cuba menurutkan nafsu..
Cuma mahu merasa sedikit nikmat syurga..
Bukankah benar rusuk Adam pada Hawa?
Maka itu lahirlah cinta..
Dari itu putiknya zuriat dengan izin yang Maha Esa..

Kucuba nilai dari sudut yang berbeza..
Agar tidak tersasar dari batas agama..
Kucuba menyulam cita-cita..
Agar aku bisa berbahagia bersamanya..
Kucuba menitip doa dari Nya..
Agar aku terdorong ke jalan yang nyata..

Jika aku benar dicipta dari rusuknya..
Sungguh beruntung termakbulnya doa.
Maka akan tibalah masanya..
Rusukku di bentuk setegarnya..
Rusukku di lindung seamannya..
Rusukku di bimbing ke pangkalnya..

Ya Allah yang menetapkan takdir seindah-indahnya..
Biarlah aku menjadi hamba yang redha..
Redha dengan segala ketentuan..
Redha dengan segala perujian..
Redha dengan segala kedukaan..
Redha dengan segala kemuslahatan..
Bukan mengharap tp, cuma meminta..
Agar aku bisa menjadi “Hawanya”..
Hawa yang tiada tolok banding baginya..

Amin..


Nukilanku--> A-N-A