Sep 6, 2009

Never love a love that hurts... never hurt a love that loves !!!

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Maksud Allah Siapa Yang Tahu

Maksud Allah Siapa Yang Tahu (emel forward dr sahabat ana)

Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang
kawan untuk dikongsi bersama.

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.
Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat
ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.
Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli
selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya,
" Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau
menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada
waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan
menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah?

Wallahu'alam.

Hasil Karya: HambaAllah

Aug 24, 2009

Allahumma bariklana fi Ramadhan..

Ramadhan karim..
Gembira di pertemukan denganmu..
Sukaku di dalam dakapan rahmahmu..
Relaku berada di sampingmu..
Tidak mahu keluar dari lingkungan cahaya bulanmu..

Ku susuni rapat-rapat meniti hari itu..
Agar aku bisa di sapa oleh barakah Yang Satu..
Ku sisipkan bijih tasbih amalan rujiku..
Agar rohaniku cergas melewati usia puteri itu..
Ku tadah hujan yang menimpa bumi hidup tandusku..
Agar tersuci kotoran catatan amalku..

Sayang seribu kali sayang..
Jika mutiara insaf tidak zahir di hati..
Jika terlepas genggaman Allahu Rabbi..
Jika tali kekusutan terus menjerut nadi..
Makin sakit jiwa nurani..

Ramadhan yang di nanti..
Lamalah kau di sisi..
Singgahlah untuk sekian kali..
Ku tidak tahu bilakah lagi..
Aku akan di kurnia saat-saat romantis bersama Tuhan ku di sini..
Jika ini lambaianmu yang terakhir kali..
Ku rayu di bersihkan zahir batin ini..
Agar keluarnya ak dari bulan ini,
seperti bayi yang muncul ke bumi..

Salam kasihku buat Ramadhan ini..

Nukilanku--> ANA

Aug 19, 2009

Kesempatan Taubat


Ku takut ya Allah..

Berapa ukuran imanku?

Tinggikah akhlak peribadiku?

Terbilangkah aku di mataMu?

Banyakkah helaian amal ibadatku?

Jika itu semua di sampaikan malaikat padaku..

Tentu aku takut hadapi maut..

Tentu tercicir aku di barisan akhir hamba yang terpilih..

Tentu aku tak tercalon mu’min yang soleh..

Kerna sekelumit benar nilaian imanku..

Kerna kurang benar akhlak muliaku..

Kerna tidak terpandang aku olehMu..

Kerna setitik dakwat amalku di catatanMu..

Mahu benar aku merintih..

Merintih di berikan kesempatan..

Kesempatan untuk terus menjadi hamba yeng terpilih..

Terpilih di kalangan ahli redhuan..

Syurga buat para anbiya’Mu..

Syurga yang penuh aliran nikmatMu..

Syurga mewangi dengan Nur KasihMu..

Taubatku sering kecicilan Tuhan..

Melataku mencari kebenaran..

Tertutup hatiku dengan palitan hitam kenodaan..

Buta aku dengan permata keduniaan..

Sedangkan terbentang hamparan rahmat hidayahMu..

Buat khalifah yang Kau taklifkan.

Sedarlah diriku..

Hidup di bumi hanya sehari..

Dan mungkin jua sejam menyepi.

Seminit sudah berlalu pergi..

Sesaat belum tentu menanti lagi..

Seiring nafas ini.

Ku panjatkan taubat seinfiniti..

Selagi langkah terhenti sejajar mautmu di sisi.

Nukilanku->ANA

Aug 9, 2009

Assignment..assignment..

Minggu ni byk sangat assignment.. nak wat revision lagi.. huhu..
Tp alwez state in my mind, this is the practice of life.. Nothing is free in this world.. To success in this life and hereafter, i need to pay with an afford.hehe..

Antara assingment yang ana tengah wat sekarang ni ialah assingment eap and gen.. Apa yang ana nak kaitkan dua-dua assignment ni especially tentang ciptaan Allah.. eap ana tengah wat pasal substitution of materials and gen ana wat pasal environmental..

Suka di sini untuk ana bawa pemikiran sahabat-sahabat sekalian bahawa sains dan islam itu sentiasa berjalan seiring. Dalam surah Ar Rahman banyak sekali ayat yang bermaksud:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin?)"

Sungguh besar maksud tersirat dalam ayat ini. sehinggakan Allah mengulangnya sebanyak 32 kali (jika tidak silap perhitungan ana). Sebagai pelajar yang mempelajari aliran sains mahupun tidak, kita bukan sahaja telah di beri hidayah untuk menghayati segala nikmat yang Allah turunkan di atas muka bumi ini.. Subhanallah..

Dalam surah Ar-Rahman ini juga ALLAH berfirman tentang kewujudan ciptaanNYA seperti:
"Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-ponon kayu kayan, masing-masing tunduk menurut peraturannya". (ayat 7)
"Dan langit yang di jadikan (membumbung) tinggi serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan". (ayat 8)
"Dan bumi di jadikan rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluknya yang lain". (ayat 10).
"Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang". (ayat 11).
"Dan terdapat juga biji-bijiaan yang ada jerami serta daunan dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum". (ayat 12)
ALLAHUAKBAR!! sungguh tidak tertulis ana.huhu..

Namun, kadang-kala kita selalu lupa untuk bersyukur atas semua nikmat pemberian ALLAH terhadap kita.. Dari nikmat oxygen sehinggakan nikmat Islam yang terbesar semuanya datang dari DIA.. Dari nikmat akal sehingga nikmat kasih sayang sesama manusia tiada satu pun yang kita dapat tanpa rahmah ALLAH itu sendiri..

Maka, sebagai students terutamanya, kita cube yang terbaik untuk gunakan ilmu yang kita ada dalam mengembangkan Islam.. Cara paling mudah dengan mengajar rakan-rakan kita.. janganlah apabila kita sudah mendapat sesuatu ilmu itu, kita lokek nak berkongsi dengan orang lain.. Sungguh malu kita kepada ALLAH sebab ilmu itu kita hanya pinjam sementara sahaja.. Kalau ALLAH mahu menarik semula nikmat ilmu itu, sudah tentu sekelip mata sahaja kita akan jadi lupa dengan apa yang kita pelajari.. Ini juga di kirakan sebagai assignment dari ALLAh buat kita yang beriman.. betul ke tidak??betul bukan?? Sebab itu tajuk post kali ini tentang assignment.hehe..

Nikmat dan syukur.. kedua-duanya tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu, Adam dan Hawa, manusia dan Khaliqnya..huhu.. serasanya, sedikit coretan ini sudah cukup buat tatapan sahabat ana yang di Rahmati ALLAH.. Jadilah hamba yang berfikir, bertindak, dan beramal.. Teruskan beramal!!hehe.. =)

Aug 7, 2009

Musibah?Kenapa?...hikmah...

Salam ukhuwah abadan abada'..

Sedikit luahan... musibah, dugaan atau cobaan... bak kate P.Ramle.. huhu..
Setiap kita semua pasti telah alami pelbagai musibah yang sudah tentunya datang dari Allah..
Namun, musibah yang ana nak khususkan di sini ialah dugaan kesusahan.
Memang benar, bukan mudah kita hendak bersabar dengan sesuatu musibah itu..
Jika musibah itu tidak berada di bahu kita, sudah tentu kita akan kata yang kita mampu bersabar..
Tapi, berat sekali untuk kita tidak merungut mahupun mengeluh apabila dugaan itu sedang kita hadapi.. Allahuakbar..
Apatah lagi sebagai seorang wanita seperti ana dan sahabat-sahabat ana sekalian.. menangis sudah tentu payah kita nak elakkan.. Bila bebanan perit yang kita lalui itu terlalu menusuk ke hulu jantung (coz jantung yang mengepam darah.so baru ada rasa sakit.hehe..) kita akan rasa sedih yang teramat-amat. tak mampu lagi nak halang air mata mengalir...
Tapi, jangan risau sohibul Islam sekalian.. ada hikmah setiap dugaan itu..

First: bila kita rasa sedih atas sesuatu ujian itu, maknanya kita ni normal.. betul tak?so, bersyukurlah.. yang kita masih normal.hehe.. pape pun kita jangan la terlalu bersedih dengan sesuatu yang sia-sia sampaikan banjir sekeliling tempat kita menangis tu.huhu.. (cth tangisan yang sia-sia:sedih sgt coz bf kita tinggalkan kita, or result drop ke.huhu..ni antara cth).

Second:Cara terbaik untuk kita alirkan tangisan kita ini ialah dengan kesedihan di atas kelalaian kita terhadap suruhan Allah selama ini. Bila Allah timpakan musibah pada kita maknanya Dia ingatkan kita, Dia sayangkan kita dan Dia pun nak kita ingat dan sayangkan Dia.. Itulah Hikmah yang paling besar patut kita fahami dan bersyukur.. Nah, seronokkan bila kuasa Yang Maha Besar selalu ingat kat kita??

Third:Hikmah ini nampak kecil, tapi sebenarnya memberi impak yang besar pada diri kita.. Bila kita di uji dengan kesusahan, kita akan ada masa untuk berfikir tentang diri kita.. berfikir yang ana maksudkan ialah berfikir kita ni sebenarnya hidup di alam nyata.. bukan lakonan kat tv tu..hehe.. hebat tak kita jadi pelakon..bukan nak bangga diri, tapi memang kita ni pelakon di pentas dunia ALLAH.. so, hidup di alam nyata ni adalah suka dan duka, sakit dan sihat.. barulah hidup kta ada warna-warni.. bukan hitam or putih sahaja..plain pun idak ler kan..huhu..

ALHAMDULILLAH.. sedikit muhasabah cinta buat sahabat-sahabat sekalian dan ana juge..
sebenarnya banyak sangat hikmah ujian dari ALLAH itu.. tapi tak tertulis oleh ana yang dhaif ini.. teruskan mujahadah diri ye!!Chaiyo'2!!WAALLAHUA'LAM..

Aug 6, 2009

Ajal..

Bergetar urat nadi mengingati ajal..
Lemah lesu tulang belulang berzikir mati..
Jika masanya sudah menanti, entahkan sedia, entahkan kabut..
Ku tahu sakit yang di janji..
Ku tahu maut bakal menangkis hidup..
Tergambar segala dosa yang ku lakukan setiap detik yang berlalu..
Terselindung segala kebaikan sezarah itu, jika ada zarah kebaikan itu..
Namun Ya ALLAH..
Ku hanya mampu di cucuri maghfirahMU..
Ku pohon hujan kasih dan rahmahMu..
Andai esok yang terakhir buatku..
Andai tercatatnya hidupku hanya sejangkal jari panjangnya..
Moga nafas terakhirku dalam sendu iman dan Islam yangku bawa bersama..
Amin, amin, amin.....

nukilanku---->ANA

Aug 1, 2009

Khadijah..The True Love Story of Muhammad


Malam ni teramat-amat bosan.. Study pun tak masuk kepale..huhu.. so ana pun anta la post baru..
Tazkiyatunnafsi kali ni tentang Saidatina Khadijah.. isteri Rasulullah yang tercinta...

Ana sekarang ni tengah melayari sirah Siti Khadijah ni..so impressive!! Buku bertajuk "Khadijah..The True Love Story of Muhammad", by Abdul Muni'm Muhammad Umar..Apa yang ana nak ketengahkan di sini ialah bagaimana seorang yang jauh lebih berumur dari pasangan beliau mampu membuatkan Baginda S.A.W tidak dapat mengubah cinta Baginda kepada wanita lain.. huhu.. bukan kecantikan yang Rasulullah tidak dapat lupakan tapi kesetiaan Khadijah terhadap Nabi Muhammad S.A.W.. Contoh yang paling mudah apabila Rasulullah sendiri hampir berputus asa apabila Allah tidak menurunkan wahyu pada Baginda sewaktu Khadijah sedang mengandung..

Pada masa tu, Rasulullah merasakan dunia ni gelap kerana Baginda berfikir bahawa Allah telah melupakan Baginda.. Namun, sebagai isteri yang teramat setia dan menyayangi perjuangan Baginda, Khadijah terus melahirkan kata-kata semangat yang positif.. Nah,ini bukan mudah bagi seorang isteri untuk amalkan terutama ketika sedang mengandung.. Yang terjadi zaman sekarang apabila seorang suami pulang dari kerja dalam keadaan penat, si isteri hanya mampu membebel apabila si suami tidak suka menolong membuat kerja-kerja rumah.. "Abang oi, mehla tolong-tolong saya memasak ni.. awak tu tahu makan je kan.." wuwu... emosi kita sebagai wanita lebih di utamakan berbanding kesetiaan terhadap seorang suami... ASTAGHFIRULLAH..

Kerana kesetiaan Khadijah Rasulullah pernah bersabda: "Tidak. Demi ALLAH, aku tidak pernah mendapat pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Ia yang beriman kepadaku ketika semua orang ingkar. Ia yang mempercayaiku tatkala semua mendustakanku. ia yang memberikanku harta pada saat semua orang enggan memberi. dan darinya aku memperoleh keturunan, sesuatu yang tidak kuperolehi dari isteri-isteriku yang lain".

Ana membawa cerita Siti Khadijah ini sebab ana harap sebelum kita menghadapi realiti sebenar berumah tangga kita sudah ada sedikit panduan. Konsep yang ana ingin sampaikan hanya yang mudah-mudah.. peringatan yang meringankan minda..Cewah!! tercerita bab munakahat pulakmalam ni..heh3...

Harap kita terus bermujahadah kepada yang lebih baik.. Don't just be a religious person, but the best we can be is being more ethical(akhlak) in what ever we want to do... pesanan dari Ustaz Abdi.. hehe..

Rindunye....huhu..


Rindu pada seorang ibu tak pernah luput..huhu..even da banyak kali jumpe..tp tetap rindu gak..so,for inspiration...ana ada sebuah puisi khas buat ibu ana yang tersayang!!!!



Ibu.. ibu.. ibu..

Gagahnya wanita itu..

Bukan kerna kezahirannya..

Bukan jua kerna kesaktiannya..

Di mana letak gagahnya itu?

Tiada terbit keluhan di bibirnya..

Tiada putus lelahnya..

Saban waktu terus begitu..

Membanting keringat buat anak-anaknya itu..

Menitis air mata ini..

Sayu hati ini..

Aku kah anaknya yang membuatnya begitu?

Tiada daya menutup segala kelemahan..

Kerna aku sendiri lemah..

Hanya mampu melafazan doa..

Buat Sang Ratu di jiwa..

Yang tiada tolok tandingnya..

Yang tiada pengganti selayaknya..

Ya Rahman yang menciptakan aku dari rahimnya..

Dengarkanlah rintihan kalbuku..

Demi insan bernama Ibu..

Ampunkanlah segala beban noda di bahunya itu..

Limpahkanlah segala nikmat buat kekasihMu itu..

Beratkanlah timbangan kanan ratuku itu..

Permudahkanlah langkahnya meniti titian siratMu itu..

Agar insan itu lurus menuju ke JannahMu itu..

Ibu… ibu… ibu…

Beruntungnya aku di taklifkan sebagai anakmu..

Bersyukur aku di temukan denganmu ibu..

Kasihmu tiada noktahnya..

Korbanmu tiada hentinya..

Doamu tiada putusnya,,

Mohon di pertemukan denganmu di akhirat kelak..

Mohon jalinan ini mewangi selama-lamanya..

Demi Tuhan yang Maha Kaya Rahmatnya..

Yang meletakkan redhaNya di dalam redha seorang Ibu..

*Khas buat ibuku: Hjh Khairiah Hj Khaironi

Nukilanku-->ANA

Jul 31, 2009

Lecturer...

Starting jadi student U ni macam-macam yang ana belajar....especially belajar tentang karekter seorang lecturer..heheh..dulu mase sekolah kita sebagai anak murid sangat hormat kat cikgu..even kita tak suka cikgu tu..

Tapi sekarang,bile lecturer tu pelik sikit je, ada la suara-suara student yang tak puas hati kalau lecturer tu tak menepati citarasa kita..huhu..sikap hormat tu dah kurang dalam diri seorang pelajar...sampaikan ada student yang mengajuk-ajukkan cara lecturer tu bercakap..ish-ish...kenapa kita semua jadi macam ni?? Ana sendiri akui yang ana pun kadang-kadang melahirkan rasa protes kat lecturer bila dia selalu kritik kita dengan kata-kata yang kurang enak di telinga..huhu..ASTAGHFIRULLAH.. manusia ni tak lari dari lalai yang menbawa kepada dosa..

Mari kita muhasabah diri kita.. Guru itu sebenarnya ibarat ibu bapa kita..patutkah kita bersikap tidak sopan pada ibu bapa kita??Jawapannya sudah tentu tidak bukan..
Pada zaman Rasulullah dulu, sedangkan seorang Sultan sanggup duduk lebih rendah dari ketinggian tempat duduk seorang guru.. SubhanAllah..tapi kita sekarang sudah duduk sama tinggi kedudukannya dengan tempat duduk seorang guru.. Maka sanggupkah kita melebihkan ego kita melebihi ketinggian ilmu seorang guru itu?? Moga-moga kita bukan dari kalangan manusia yang tidak tahu erti hormat dan kasih terhadap guru kita..

Selain dari sikap hormat, sebagai anak murid kita haruslah mendoakan segala kebaikan untuk guru kita.. bukan dengan makian yang mampu membawa tiadanya keberkatan dengan ilmu yang kita perolehi dari guru kita...InsyaAllah dengan dua sikap yang ada ini (hormat dan doa) kita mampu menjadi anak murid yang di kasihi Allah terutamanya...

Cukup dengan sedikit zikrullah ini.. Ana harap kita semua termasuk ana sendiri akan mampu ubah sikap negatif yang kita selalu pandang remeh ini.. Moga Allah terus memberikan hidayah terhadap kita semua..AMIN....

Jul 30, 2009

Hijrahku

Selangkah kaki berhijrah menuju hasanah..

Beribu-ribu rahmah menanti..

Berliku-liku dugaan diberi..

Berturut-turut mehnah dihadapi..

Hijrah ini bukan mudah..

Andai dipapah berjuta-juta malaikat di sisi..

Mujahadah ini tetap sendiri..

Peritnya sendiri yang mengerti..

Caci, maki, puji dan telahan insani..

Bercampur baur di hati..

Hati.. cubalah mengerti..

Pandangan manusiakah yang kau cari?

Atau pandangan Allah yang lebih kau turuti?

Hijrah ini memang payah..

Bukan mudah istiqamah di pateri..

Kerna hasutan iblis bertali-tali.

Ku cuba jadi segagah Sumayyah..

Walau tak mampu berenang dalam baraan dunia.

Ku cuba jadi sebijak Aisyah..

Walau tak mampu menghafal seluruh kalimahNya.

Ku cuba jadi setenang Khadijah..

Walau tak mampu menahan gugurnya air mata.

Hanya pada Mu Tuhan.. ku mohon kekuatan..

Agar hijrah ini mampu meraih kasihMu..

Agar ketaatan ini mampu meraih cintaMu..

Agar kehambaan ini mampu mambasuh dosa nodaku..

Kerna ku tahu.. syurgamu sentiasa menanti di hadapanku..

-nukilan:ANA-