Dec 12, 2010

Gentlemankah kamu wahai lelaki?


Assalamualaikum w.b.t. buat sume..
Sedikit perkongsian dan harap2nya takde yang akan marah dengan entry ana kali ini.huhu..
Zaman sekarang ni ana rase letih dengan macam2 keluhan para wanita tentang lelaki.
Antaranya:
"Ei, nape la laki tu gatal sangat nak kahwin lebih dari 1???"
"Aku geram betol la dgn laki yang aniaya isteri die, makan hasil bini!"
"Eh, wat dek je mamat yang duk dlm LRT ni, tak nampak ke perempuan ramai2 yg kene berdiri?"
"Kedekut punye laki, aku pulak yang kene tanggung dia."
dan macam2 lagi lah ketidakpuasan seorang wanita kpd seorang lelaki.

Ana sendiri akui, zaman sekarang ini memang susah tuk jumpe lelaki yang gentleman dan bertanggugjawab. Kadang2 rase pelik pun ada, kenapa fonemena ni berlarutan, terutamanya berkaitan dengan poligami??


"Ala, ko orang perempuan cakap mcm ko orang tu sume baik2 je. Perempuan yang baik pun susah nak cari zaman sekarang ni." mungkin pihak lelaki akan bantah dengan kata2 mcm ni.

Harus kita ingat, bukan masalah gender yg kita harus debatkan, tapi kita perlu cari punca masalah kenapa lelaki zaman sekarang tidak seperti seorang laki yang perlu memelihara kehormatan dan keselamatan seorang wanita/perempuan.

Masalah yang makin parah bila makin ramai golongan lelaki jadi pondan/mak nyah. Sedar tak sedar kuantiti dan kualiti lelaki yang di istilahkan 'berguna' itu makin kurang. Kepercayaan wanita kepada golongan lelaki pun makin menurun dan keluarlah kepercayaan lain dari wanita2 yang lelaki2 zaman sekarang tdk boleh di harap.

Maap pada golongan lelaki, bukan mahu kritik cume mahu kesedaran dari golongan2 ini.

Komuter yang sedia ada di asingkan koc2 ikut gender pun masih lagi ada lelaki yang tak paham bahasa melayu kat mana mereka harus duduk?
Buat tak tahu je ada bila ada seorang makcik depan mata yang lebih perlukan seat dalam LRT.
Mengaku bujang sedangkan sudah beristeri 2.
Mempermainkan perasaan seorang perempuan dengan kata cinta yang pura2 suci.
Mudah sangat 'menebuk' anak dara orang dan meramaikan lagi 'anak' yang tidak dinasabkan ke atas mereka.
Merokok depan anak2, tapi marah bila anak2 sendiri ikut jejak langkah mereka.

Berbincang mengenai penceraian dan sikap tidak bertanggungjawab pula, keratan forum di bawah mungkin boleh dijadikan bukti:

“Boleh dikatakan sembilan daripada 10 punca perceraian datang daripada lelaki,” kata Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh. Menurutnya, rumusan itu berdasarkan pengalamannya menerima pelbagai masalah rumah tangga daripada pasangan suami isteri setiap hari.
“Apabila saya katakan perkara ini dalam ceramah atau bengkel, tiada lelaki berani membangkang kerana ia kenyataan. Saya cakap berdasarkan fakta kerana setiap hari menerima pelbagai aduan masalah rumah tangga,” katanya.


Hushim berkata, biasanya wanita berfikir panjang dan berusaha memelihara rumah tangga kerana mereka takut memegang gelaran ibu tunggal. Katanya, jarang wanita meminta cerai jika suaminya baik. Biarpun suami bergaji kecil, isteri menerima keadaan itu seadanya kerana yang penting ialah suami setia dan bertanggungjawab.

“Berapa ramai lelaki yang berpendapatan rendah mampu hidup bahagia bersama keluarga. Ini disebabkan kesetiaan dan komitmen yang suami berikan kepada keluarga. “Lelaki seharusnya menjadi pemimpin dalam rumah tangga, memimpin solat jemaah dan membawa anak dan isteri mendengar ceramah di surau atau masjid.
Antara kelemahan ibu bapa ialah tidak tegas.
“Jika anak tidak mahu pergi ke sekolah kerana susah bangun pagi, tabiat itu dibiarkan berlarutan hingga dewasa. Malah, sikap bapa yang malas bangun pagi menjadi ikutan anak,” katanya.
Beliau berkata, dalam satu kes dikendalikannya, ada lelaki digelar suami RM3 kerana sering meminta jumlah berkenaan untuk keluar melepak bersama rakan di kedai kopi pada waktu malam.
“Ini sungguh memalukan. Akibat kegagalan suami menjalankan tanggung jawab sebagai ketua keluarga, isteri seperti menanggung biawak hidup dan tidak hairan perceraian berlaku,” katanya.


Puncanya??
1) Kemungkinan kondusi persekitaran yang tidak sihat. (Cth: Tertekan dengan bebelan Mak atau Isteri)
2) Media yang berlumba2 menayangkan unsur seks. (Selalunya iklan minyak wangi)
3) Pengaruh rakan sebaya. (Berlumba-lumba2 nak kumpul awek ramai)
4) Didikan moral dan keagamaan kurang.

Punca2 ini suma sudah lama kita belajar dari sekolah lagi. Tapi, belajar sekali lalu, masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan tidak pernah di ambil endah tuk berubah. Masih tetap bertambah golongan lelaki yang tidak matang dan bertanggungjawab.
Pelikkan???

Kenapa mesti salahkan lelaki dulu?Sedangkan wanita pun bersalah juga.Sebabnya:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.

“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

Ingatlah wahai kaum lelaki, di akhirat kelak anda tidak akan mudah masuk ke syurga selagi isteri, anak2 dan ahli keluargamu telah berbuat banyak dosa. Kalian akan disoal dimanakah letaknya sikap tanggungjawab kalian kepada mereka. Jika kalian masih lagi menambah saham dosa untuk diri sendiri, lagi banyak yang akan menahan kaki kalian tuk melangkah ke syurga.

Mohon maap atas khilaf kata2 ana dalam entry kali ini. Moga sama kita berubah ke arah yg lebih baik. Wassalam

*Sumber bahan:
1) http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-426434.html
2) http://www.islam.gov.my/portal/pdf/bapakeluarga.pdf