Aug 9, 2009

Assignment..assignment..

Minggu ni byk sangat assignment.. nak wat revision lagi.. huhu..
Tp alwez state in my mind, this is the practice of life.. Nothing is free in this world.. To success in this life and hereafter, i need to pay with an afford.hehe..

Antara assingment yang ana tengah wat sekarang ni ialah assingment eap and gen.. Apa yang ana nak kaitkan dua-dua assignment ni especially tentang ciptaan Allah.. eap ana tengah wat pasal substitution of materials and gen ana wat pasal environmental..

Suka di sini untuk ana bawa pemikiran sahabat-sahabat sekalian bahawa sains dan islam itu sentiasa berjalan seiring. Dalam surah Ar Rahman banyak sekali ayat yang bermaksud:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin?)"

Sungguh besar maksud tersirat dalam ayat ini. sehinggakan Allah mengulangnya sebanyak 32 kali (jika tidak silap perhitungan ana). Sebagai pelajar yang mempelajari aliran sains mahupun tidak, kita bukan sahaja telah di beri hidayah untuk menghayati segala nikmat yang Allah turunkan di atas muka bumi ini.. Subhanallah..

Dalam surah Ar-Rahman ini juga ALLAH berfirman tentang kewujudan ciptaanNYA seperti:
"Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-ponon kayu kayan, masing-masing tunduk menurut peraturannya". (ayat 7)
"Dan langit yang di jadikan (membumbung) tinggi serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan". (ayat 8)
"Dan bumi di jadikan rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhluknya yang lain". (ayat 10).
"Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang". (ayat 11).
"Dan terdapat juga biji-bijiaan yang ada jerami serta daunan dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum". (ayat 12)
ALLAHUAKBAR!! sungguh tidak tertulis ana.huhu..

Namun, kadang-kala kita selalu lupa untuk bersyukur atas semua nikmat pemberian ALLAH terhadap kita.. Dari nikmat oxygen sehinggakan nikmat Islam yang terbesar semuanya datang dari DIA.. Dari nikmat akal sehingga nikmat kasih sayang sesama manusia tiada satu pun yang kita dapat tanpa rahmah ALLAH itu sendiri..

Maka, sebagai students terutamanya, kita cube yang terbaik untuk gunakan ilmu yang kita ada dalam mengembangkan Islam.. Cara paling mudah dengan mengajar rakan-rakan kita.. janganlah apabila kita sudah mendapat sesuatu ilmu itu, kita lokek nak berkongsi dengan orang lain.. Sungguh malu kita kepada ALLAH sebab ilmu itu kita hanya pinjam sementara sahaja.. Kalau ALLAH mahu menarik semula nikmat ilmu itu, sudah tentu sekelip mata sahaja kita akan jadi lupa dengan apa yang kita pelajari.. Ini juga di kirakan sebagai assignment dari ALLAh buat kita yang beriman.. betul ke tidak??betul bukan?? Sebab itu tajuk post kali ini tentang assignment.hehe..

Nikmat dan syukur.. kedua-duanya tidak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu, Adam dan Hawa, manusia dan Khaliqnya..huhu.. serasanya, sedikit coretan ini sudah cukup buat tatapan sahabat ana yang di Rahmati ALLAH.. Jadilah hamba yang berfikir, bertindak, dan beramal.. Teruskan beramal!!hehe.. =)