Jan 9, 2011

'Nama' itu...


Kenapa 'Nama' itu sering bermain di dalam ingatanku??
Kadang-kadang seperti 'Nama' itu diulang-ulang lebih dari kiraan hati..
Ya, mungkin 'Nama' itu sudah berbait-bait dengan lidah yang mengerti..
Sedar atau tidak 'Nama' itu akan terus beralun..
Aku cuba menghakis 'Nama' itu dari memori separuh sedar ini..
Tidak mahu terserap hingga ke hulu hati..

CUKUP!!Cukup bagiku mengingati 'Nama' itu..
Lelah saraf ini bila 'Nama' itu membuai jiwa yang tidak ketahuan..
Mahu sahaja aku menjerit pada 'Nama' itu!!
Aku tidak perlukan 'Nama' itu untuk terus bernafas!!
Aku perlukan ruang untuk lari dari 'Nama' itu!!
Aku tahu aku akan gagah dalam perjuangan meluputkannya..

Tapi 'Nama' itu sudah menjajah seluruh pelusuk diriku..
Menitis juga mutiara air mata ini bila tidak dapat menghapus 'Nama' itu..
Tergugah juga akal ini yang kian terdera dalam arus yang keluh dan kesah itu..
Sakit mengekang primadona resah hatiku..
Hanya masa yang akan mengubat ingatanku..
Dambar 'Nama' itu di pusarakan..
Berharap ia berakhir dalam amnesia yang meluputkan 'Nama' itu..

Nukilanku ---> A-N-A




p/s: Sila abaikan jika ada yang tidak paham.hehe..

6 comments:

batrisya qistina said...

sy FHM! =))

Amy Natasha Adam said...

hehe..pandai3!!=)

Robi'ah El-Jawawi said...

saya xpaham kak..huhu

Amy Natasha Adam said...

sajak ni psl kt nak lupakan sesuatu yg kita tak bole nk lupakan.hal tu tetap ada dalam kepala kt, mcm da lali.huhu...lbh krg cmtu la..

NuSaNa NoSa 91 said...

sy FAHAM kot! hik3~ ^_^
btw, ni konflik dlmn k?? cam keen je.. tehehehee~ ^_^

Amy Natasha Adam said...

a'ah keen..konfliks dan monolog dalaman.tp agak hyperbola gak la sbenanye..ngehee..