Jan 23, 2011

Kita Dijajah Di Negara Sendiri..

Merdakakah kita?

Bila mulut disuap dengan wang yang berkepuk..

Kita terus kenyang menerima..

Bila mereka membina dunia khayalan.

Kita terus hanyut bersama maksiat yang fana,,

Mereka memprovok agar terus bersama yang memerdekakan..

Hati kita terus menurut..

Akur tanpa fikir..

Angguk penuh jumud..


Benarkah kita merdeka??

Makin anak bangsa hilang pedoman..

Makin kita seperti amah..

Makin buta hati untuk menerima yang hak..

Makin berpinar dengan bahagia material yang disogok..


Sedarkah kita dijajah di negara sendiri??

Bagai pak sanggup yang terus menunduk..

Kita hilang jati Islam yang luhur..

Bagai pak pandir yang jahil..

Kita bermusuh dengan keangkuhan hati..

Tidak mahu menjunjung janji Allah yang tertakluk..

Tapi terus melutut pada kebatilan yang kendur..

Tidak tegar memutlakkan kemerdekaan..

Sekadar berbasa-basi dengan fitnah yang diteguhkan..


Kita dijajah di negara sendiri..

Tapi kita masih lagi tuli..

Beromong kosong untuk diri sendiri..

Tidak sedar dunia menghimpit jati diri..

Sehingga anak bangsa sudah mundur..

Nasib diri diratap dan dikeluh..

Sehingga itu penyesalan tiada pengakhiran..

Jiwa kita mati dengan penjajahan..


Nukilanku --> A-N-A

3 comments:

Hanna Wardrobe & Enterprise said...

Menyayat hati... Sedih membacanya..

NuSaNa NoSa 91 said...

mmg.. keen sokong.. mental kita sntiasa dijajah.. bilakah kita nk bebasknnya?? =.="

Anonymous said...

Bank Run Campaign

Kill the Bankster, and you'll stop the war on Muslim and kill the New World Order

Hapuskan bank, dan anda akan menghentikan peperangan ke atas negara Islam dan menjatuhkan New World Order

Klik link untuk maklumat penuh (buangkan space pada url):

h t t p :// tranungkite .net /v11 /modules .php? name= Forums &file= viewtopic&p =378187 #378187

Hidupkan Baitul Mal!! Mari bersama sebarkan, copy dan paste info ini!