Aug 1, 2009

Khadijah..The True Love Story of Muhammad


Malam ni teramat-amat bosan.. Study pun tak masuk kepale..huhu.. so ana pun anta la post baru..
Tazkiyatunnafsi kali ni tentang Saidatina Khadijah.. isteri Rasulullah yang tercinta...

Ana sekarang ni tengah melayari sirah Siti Khadijah ni..so impressive!! Buku bertajuk "Khadijah..The True Love Story of Muhammad", by Abdul Muni'm Muhammad Umar..Apa yang ana nak ketengahkan di sini ialah bagaimana seorang yang jauh lebih berumur dari pasangan beliau mampu membuatkan Baginda S.A.W tidak dapat mengubah cinta Baginda kepada wanita lain.. huhu.. bukan kecantikan yang Rasulullah tidak dapat lupakan tapi kesetiaan Khadijah terhadap Nabi Muhammad S.A.W.. Contoh yang paling mudah apabila Rasulullah sendiri hampir berputus asa apabila Allah tidak menurunkan wahyu pada Baginda sewaktu Khadijah sedang mengandung..

Pada masa tu, Rasulullah merasakan dunia ni gelap kerana Baginda berfikir bahawa Allah telah melupakan Baginda.. Namun, sebagai isteri yang teramat setia dan menyayangi perjuangan Baginda, Khadijah terus melahirkan kata-kata semangat yang positif.. Nah,ini bukan mudah bagi seorang isteri untuk amalkan terutama ketika sedang mengandung.. Yang terjadi zaman sekarang apabila seorang suami pulang dari kerja dalam keadaan penat, si isteri hanya mampu membebel apabila si suami tidak suka menolong membuat kerja-kerja rumah.. "Abang oi, mehla tolong-tolong saya memasak ni.. awak tu tahu makan je kan.." wuwu... emosi kita sebagai wanita lebih di utamakan berbanding kesetiaan terhadap seorang suami... ASTAGHFIRULLAH..

Kerana kesetiaan Khadijah Rasulullah pernah bersabda: "Tidak. Demi ALLAH, aku tidak pernah mendapat pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Ia yang beriman kepadaku ketika semua orang ingkar. Ia yang mempercayaiku tatkala semua mendustakanku. ia yang memberikanku harta pada saat semua orang enggan memberi. dan darinya aku memperoleh keturunan, sesuatu yang tidak kuperolehi dari isteri-isteriku yang lain".

Ana membawa cerita Siti Khadijah ini sebab ana harap sebelum kita menghadapi realiti sebenar berumah tangga kita sudah ada sedikit panduan. Konsep yang ana ingin sampaikan hanya yang mudah-mudah.. peringatan yang meringankan minda..Cewah!! tercerita bab munakahat pulakmalam ni..heh3...

Harap kita terus bermujahadah kepada yang lebih baik.. Don't just be a religious person, but the best we can be is being more ethical(akhlak) in what ever we want to do... pesanan dari Ustaz Abdi.. hehe..

No comments: