Jul 12, 2011

Pengalaman Yang Bermakna Itu Tidak Sia-sia


Assalamualaikum w.b.t

Masuk alam bermasyarakat ni baru ana terasa betapa susahnya nak menjadi mukmin yg soleh.huhu..

Banyak sungguh cabaran yg ana kene tempuh. Hidup dgn golongan yg ada mcm2 perangai..
Kene pandai adapt dgn suma orang. Takda manusia yang akan sama dengan kehendak kita. So cara bergaul pun berbeza dgn sewaktu kat U..

Cabaran pertama masa sampai di rantau orang ni bila ana dan housemate kene cuba cari umah sewa kat Melaka ni..Bukan senang hidup tanpa guidance family. Bayangkan ada jugak golongan2 laki yang cuba wat sexual harassment kat kami time kami nak ke ofis.huhu.. sbr jela..

Tambah pula dengan kedai makan melayu yang tak byk dkt area umah sewa kami, kami terpaksa makan ape yg ada. Dapur di umah sewa belum ada lagi.. Nak menyewa pun stil guna duit parents. So kene la berjimat..wuwuwu..rindu sangat kat zaman belajar.

Inilah apartment sewa kami.Apartment Kiara.=)

Bertambah lagi tanggungjawab sbg seorang mukmin untuk jaga pergaulan dan berdakwah dengan masyarakat sekeliling. Bukan senang nak istiqamah dengan apa yang kita dah biasa buat sewaktu di Uia. Usrah takda. Sahabat baik yang jauh...Kene bersabar..

Namun, semangat juang ana takkan luntur..ana yakin Allah akan bersama ana dalam menempuh hidup sbg seorang Muslim dan Mukmin. Moga Allah akan hadirkan seorang yang soleh untuk bimbing ana pd masa akan dtg. Amin! (sekadar luahan hati..)

*** Pengalaman Yang Bermakna Itu Tidak Sia-sia***

Wassalam.. =_=

Jun 19, 2011

Puisi buat Bapaku Seorang Datuk


Assalamualaikum w.b.t

Seinfiniti kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Moga kita sentiasa dirahmatiNya..Amin

Bersempena Hari Bapa, ana dengan sukacitanya nak berkongsi sebuah kisah mengenai seorang insan yang telah menjadi 'bapa' kepada ana dan adik beradik. (ayat touching sikit.hehe..)

Sejak dari kecil ana dan adik-adik tinggal dengan mak, atuk dan nenek di kampung. Tidak perlu rasanya berceloteh kenapa dan bagaimana ana boleh tinggal dengan insan-insan ini.

Jika orang lain berbangga dengan bapa masing-masing, ana pula berbangga dengan atuk ana yang sudah ana anggap seperti seorang bapa. Puisi buat bapaku seorang Datuk..

Beliaulah yang melihat kami adik beradik membesar sehingga nafas terakhirnya..
Beliaulah yang telah mengajar kami bait-bait kalimah Allah sehingga kami khatam naskah itu..
Beliaulah yang menumpangkan teratak coklat itu kepada kami dari hujan dan panas cuaca dunia..
Beliaulah yang menyuapkan nasi buat kami walaupun rezeki itu tidak segunung mana..

Atuk, kami tahu atuk sedih melihat kami yang dibuang ditanah sendiri.
Kami tahu atuk gembira bila kami membesar menjadi kanak-kanak yang ceria..
Kami tahu atuk bangga bila kami berjaya menjadi orang yang berguna..
Kami tahu atuk marah kami tanda kasihnya atuk kepada kami..

Sudah lama kami tidak menatap kerut kedut muka atuk yang jernih itu..
Kami rindu atuk yang tegas mendidik kami cucu yang paling nakal ketika dahulu..
Senyummu penawar duka kami ketika kami menelan keperitan hidup didesa itu..
Nasihatmu masih segar dalam ingatan kami untuk teguh berdiri dalam panji agama..
Sabarmu menjadi inspirasi kami menjadi insan yang cekal mendongak langit mendung..

Kami hadir ke pusaramu atuk..
Menjengah kepuk dan nisanmu yang kaku dipasak bumi..
Moga jasadmu masih berbentuk tegar sehingga saatNya nanti..
Doa kami seiring selalu dengan tiupan bayu..
Memohon agar atuk bersama dengan sang kekasih Tuhan yang Satu..
Amin Ya Rabb..


Selamat Hari Bapa Sedunia!=_=
Wassalam..

Jun 5, 2011

Si Nobita Yang Malang









Assalamualaikum w.b.t

Cerita si Nobita yang malang bukan lagi asing bagi kita semua. Berkisarkan seorang kanak-kanak jepun yang malas belajar, suka mengharapkan bantuan Doraemon yang ada kuasa ajaib.
Memang cerita ini hanya ditontoni oleh kanak-kanak sahaja. Golongan dewasa sudah tidak ambil endah dengan cerita animasi ini lagi.

Jika kita betul-betul selidiki kisah Nobita yang malang ini, kita akan tahu apa keburukan cerita ini.hehe..rasa janggal juga bercerita tentang kartun yang dihasilkan oleh bangsa Jepun ini.

Apa pun ana rase nak ceritakan kisah Nobita ini. Kalau kita sedar, sebenarnya masyarakat kita hari ini kebanyakannye semuanya seperti si Nobita yang malang. Betul atau tidak, kita ada sikap-sikap seperti Nobita ini?

1)Malas
2)Lemah
3)Kuat mengalah
4)Tidak suka berusaha
5)Suka beri alasan
6)Tidak bijak mengatur hidup
7)Cuai
8)Degil
9)Nakal
10)Tidak suka belajar
11)Suka mencari masalah
....dan banyak lagi..

Fuh, penat juga nak gunakan perkataan skema dalam blog ni.hehe..
Dari senarai di atas, tidak banyak sedikit pun akan ada sikap itu dalam diri kita..Mungkin kita sudah cukup matang untuk menilai sikap negatif ini.
Tetapi, bagi kanak-kanak yang menonton cerita Nobita ini, adakah mereka faham bahawa sikap Nobita itu adalah sikap yang negatif..

Kita hanya biarkan anak-anak kita terus menonton kisah Nobita yang menjadi bahan ketawa..Kanak-kanak adalah golongan yang perlukan bimbingan dari orang dewasa. Jika mereka terus hanya bergelak ketawa mengikuti kisah Nobita, dan makin hari mereka jadi makin malas, jangan salahkan Nobita itu. Kartun yang hanya dicipta sebagai bahan hiburan.

Tidak mahu berhujah panjang. Kita semua boleh fikirkan apa impak kisah SI NOBITA YANG MALANG!!

wallahua'lam..

*2 minggu lepas ada ikut tengok movie Doraemon dengan adik sepupu kat astro..huhu..tah pape la cerita tu..moga jadi iktibar...

May 27, 2011

Kita Yang Tiada Daya..



Assalamualaikum w.b.t

Lamenya......... tak jenguk laman sesawang ana ni...huhu...kesian kat dia sebab ana dah lame tak mengemas dan menjamu tetamu blog ni..

Ok nak cerita apa sebab dah lama tak update, nanti panjang plak entry ni.cume cerita ana terbaru sekarang ialah ana dah tamatkan degree ana (even result final year projek tak keluar lagi) dan ana sedang bergiat aktif mencari kerja bagi nak menanggung family ana..huhu..

Yela, name pun anak sulung..so tanggungjawab pada family teramat la besar..apa-apa keingingan sendiri mesti ditolak ketepi terlebih dulu..huhu..

Bila dah melangkah ke alam dewasa ni ana baru sedar yang bukan mudah nak pikul amanah sebagai khalifah pada masyarakat dan keluarga..ilmu yang kita dapat sepanjang pengajian nanti tula yg akan membantu kita tuk contribute pada community..

Rasa-rasanya suma tahu mengenai kejadian tanah runtuh di hulu lan
gat baru-baru ni..moga mereka-mereka yg ditimpa musibah itu suma akan diberi ganjaran yang besar dari Allah.Amin!


Sebenarnya dalam hidup kita takkan penah ada pasang surut dengan dugaan dan mehnah hidup..ada dikalangan kita akan makin diduga makin dekat dengan Tuhan..ada pulak yg makin kufur dengan Tuhan..
Kita hanya mampu berusaha dan merancang..tapi yg lebih berkuasa hanyalah Sang Pencipta..kita tiada daya dlm menolak sebarang takdir yg Dia tetapkan..


Tidak semua manusia yang kaya itu sempurna..dan tidak semua manusia yang miskin itu penuh dhaif..
Tidak semua manusia yang cantik itu disukai..dan tidak semua manusia yang cacat itu dibenci..
Tidak semua manusia yang betah berbicara itu disenangi..dan tidak semua manusia yang pendiam itu dihindari..
Tidak semua manusia yang langsing itu tidak pernah sakit..dan tidak semua manusia yang berbadan gempal itu berpenyakit..
Pokok pangkalnya..adakah kita ini akan berpuas hati dengan diri kita jika Allah berikan segala keinginan yang kita impikan?
Sejauh mane kita akan selamat dengan bala bencana jika sekeliling kita ada pengawal yg menjaga kita?
Besyukur itu lebih baik dari sikap meminta-minta yang keterlaluan..
Tapi jangan pula menjadi manusia yang hanya berpuas hati dengan perut sendiri kenyang, tidak hirau manusia yg kelaparan..
Belajar menjadi manusia yang hebat usahanya..tapi tidak pernah merungut dengan hasil yang kecil..
Jangan pula makin hebat diri kita, makin bongkak mendongak dunia..
Memberilah pada mereka yang perlu..
Usah lokek memberi..Kerna kita suma pernah menjadi si peminta..
Mereka yang memberi itu lebih mulia dari yang meminta..
Mulia di sisi manusia dan alam semesta..
Bertambah mulia di sisi Yang Maha Esa..


Wallahua'lam..


Apr 15, 2011

"Aku Niat Menuntut Ilmu Kerana Allah.."


Assalamualaikum w.b.t.

Moga sumanya sihat walafiat hendaknya ye.. Yang penting iman juga mesti sihat, biar tiap2 hari kita rasa semangat untuk berubah kpd yg lebih baik! Kepada penulis ni juga la taw..Sebab dia pun selalu gak malas nak tambahkan amalan sunat..huhu..

Alhamdulillah ana baru je habis final exam for my degree of bachelor engineering manufacturing petang 14hb 4 tadi... Perasaan sblm nak masuk exam tu hanya Allah je yang tahu berapa terujanya nak habis exam..rasa macam nak jerit kuat2; "Aku dah habis exam!!!"haha..
"Amy, result hang tak kuaq lagi..Jangan hepi sangat na!FYP tu lupa??!"
Baik!wuuuu..=.=

Sebenarnya ana rasa sedih gak.. Sebab selama ni banyak sangat khilaf dlm menuntut ilmu Allah ni, tak kira la dari primary school sampai ke peringkat U ni.. Yela, hati ni sangatlah susah nak ikhlas seihklasnya dalam menuntut ilmu Allah.. Tiap kali study dalam kepala hanya fikir "Aku mesti lulus!"huhu.. Obvious sangat2 yg diri ni tak ikhlas..

Sepanjang perjalanan menuntut ilmu Allah ni, ana try je apa yg mampu untuk ikhlaskan diri bila sudah teringat yg diri ana ni dah salah niat. Moga kita suma diampunkan Allah dalam usaha yang murni ni.. Perbetulkan niat kita balik..

Time Lab 5 dengan classmate tercinta!

Dalam hadith 40 pun perkara pertama yang dibahaskan adalah mengenai niat. Sebab jika niat kita salah boleh buat kita rasa penat saje dgn apa yang kita lakukan.. Sia-sia macam abu rokok yg dihisap oleh orang suka merokok. Banyak duit kita habiskan tuk beli rokok, tapi takda bagi hasiat pun pada diri kita.. (kita?eh, slh2..ana tak smoking taw..huhu...)

HADITS PERTAMA

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .

[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Arti Hadits / ترجمة الحديث :

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .


Macam tu la juga dgn niat kita mencari ilmu.."Allahuakbar.. Nak wat cane, dah sistem pembelajaran kat negara kita mmg berdasarkan peperiksaan.."
Jangan macam tu..Tak baik punya!hehe.. Alasan hanya akan menjadi tembok kepada masalah dlm hidup kita.. Ingat tu..

So, ana plan lepas ni ana nak ambil master yang berkaitan dengan ilmu yang ana nak tahu sangat2.. Biar ana rasa ikhlas betul2 nak tahu ilmu tu.. Ana ingat nak ambil master berkaitan comparative religions ataupun tentang ulum Quran yang ada kaitan dgn sains2 ni.. Sangat menarik!huhu.. Moga dimakbulkan Allah.. Amin!

Ilmu pun bukan setakat dapat dalam class ataupun dari buku je, ilmu pun boleh dapat dari pergaulan kita seharian dgn orang lain.. Contoh paling senang, kita berkawan dgn kawan yang hidup dia susah dan penuh ranjau la katakan.. Dari cara dia menangani masalah hidup dia, kita boleh belajar 1001 ilmu yang tak dapat dari sebuah buku.. Ini pun dikira ilmu..

Syukur sangat2 ana banyak belajar dari sahabat2 sekeliling dan juga insan2 yg ana pernah kerja dan jumpa.. Suma itu pengalaman yang sangat bermakna macam dapat mahar kahwin dinar emas je..oppss!ngeee..tetiba lak keluar topic mahar kahwin..

My industrial training..heee..

Sahabat2 sekalian yang masih lagi menuntut ilmu mari sama2 kita perbetulkan semula niat kita menuntut ilmu dengan niat kerana Allah.. Ilmu kita dapat, pahala kita bertambah, redha Allah selalu mengiringi kita.. Allah itu Maha Pemurah kan? Dia tak lokek dgn kita jika kita ingat Dia..

Akhir kalam, 'Selamat Beramal!' heee...
Wassalam.. n_n

Ulasan lanjut mengenai niat boleh pegi link ni:http://www.mapksolo.com/index.php?option=com_content&view=article&id=193:hadis-tentang-ikhlas&catid=78:hadist&Itemid=178