Mar 10, 2011

Saya Tahu Saya Tidak Sempurna




Saya tahu saya tidak sempurna..
Saya hanya manusia biasa..
Yang tidak punya rupa..
dan tidak punya harta..
tidak juga miliki pangkat disisi saya..

Saya tahu saya cuba menjadi yang sempurna..
Walaupun sebenarnya saya tidak mampu jadi yang sempurna..
Saya cuba memiliki hati semua insan sekeliling saya..
Tapi sebenarnya saya tidak mampu..
Kerana saya bukan insan yang diciptakan sempurna..

Saya tahu Allah telah menciptakan saya sesempurnanya yang sesuai dengan saya..
Saya masih mampu berkata-kata..
Saya masih gagah meniti jalan dunia..
Saya masih peka dengan rentak kehidupan..
dan saya masih nampak dunia dihadapan saya,
walaupun mata saya makin kabur melihat apa yang ada..

Saya cuba miliki apa yang tidak saya miliki..
Sebab saya mahu bahagia seperti yang lain nikmati..
Tapi saya tidak pernah lupa..
Allah tidak beri apa yang saya angani..
Dia hanya beri apa yang terbaik untuk saya miliki..
Sempurna dimata saya, tidak sama dengan sempurna di 'MataNya'..

Saya tahu saya tidak sempurna..
Tapi padaNya, saya sudah sempurna segala-galanya..
Saya akui, Dia adil dalam menyempurnakan hak hambaNya..
Malunya saya..
Saya tidak pernah hendak sempurnakan diri saya untukNya..
Sebab saya hanya fikir apa yang manusia nampak dalam diri saya..
Tapi saya buta menilai apa yang Dia hendak dari saya..
Sedihnya saya..
Tiap-tiap hari saya gagal menjadi sempurna di 'HatiNya'..
Sebab saya hanya usaha menjadi sempurna dihati insan yang tidak pernah tahu kewujudan saya..
Tapi Dia tetap menunggu saya menjadi sempurna dalam ukuranNya..

Saya tidak mahu berjanji menjadi sempurna..
Kerna saya takut saya termakan janji saya..
Saya hanya mampu positif dengan diri saya..
Bahawa saya tetap syukur dengan diri saya..
Saya yakin Dia akan terima diri saya seadanya..
Selagi termampu, saya akan jadi sempurna sebagai hambaNya..
Terima kasih kerana menjadikan saya sempurna..
Allahurabbi..

Nukilanku--> A-N-A

Feb 25, 2011

Wanita dan Tangisan..





Assalamualaikum w.b.t

Beberapa minggu ni ana sering teringat ketika hendak tidur adakah ana akan bangun semula atau tidak. Takut sangat bila tidur, kita dah tak sempat nak solat tuk waktu solat seterusnya..

Kadang-kadang rasa nak menangis sahaja. Tapi, walaupun jadi macam ni, ana masih lagi gagal bermujahadah untuk berubah dari habit2 buruk ana selama ini. Yela, mungkin di depan orang lain kita akan bersikap alim-alim kucing. Tapi dalam masa kita bersendirian hanya kita, Allah, malaikat, dan syaitan je tahu apa perkara buruk yang kita lakukan..

Menangis..
Sebagai seorang wanita, muslimah, atau perempuan, kita tidak akan lari dari berasa sedih dan menangis..betul atau tidak, ketika setiap kali datang 'waktu' itu kita akan rase tibe2 nak menangis??Itulah indahnya menjadi wanita. Ketika sedih kita menangis, ketika gembira pun kita boleh menangis, ketika takde pape berlaku pun kita boleh menangis..
Menangis bukan tandanya kita lemah, menjeng, atau kememeh..
Menangis itulah cara seorang wanita memotivasikan dirinya..
Dengan menangis, seorang wanita akan berasa kuat selepas melepaskan segala yg terpendam dalam hatinya..
Dengan menagis jugalah, seorang lelaki akan gugur keegoaannya..
(Hebatkan?hehe..) Tapi bukan kami, golongan wanita ni saja2 je nak menangis, tapi itu sahaja cara yang mampu jadi benteng kekuatan kami..

Menurut sebuah buku (Hikmah Terapi Air Mata: Menangis Kerana Allah), wanita menangis 64 kali setiap tahun. Manakala lelaki secara puratanya hanya 17 kali. Ini kajian yang dibuat oleh pakar-pakar kesihatan jiwa (psikologi). Statistik ini berkadaran dengan jangka hayat wanita yang jauh lebih panjang berbanding lelaki. Manakala di kalangan wanita juga, yang lebih banyak menangis ternyata lebih sihat dan lebih panjang usianya berbanding dengan yang kurang menangis.

Menangis dan simbol lemah

Seringkali menangis dikaitkan dengan symbol lemah jiwa dan kekalalan. Ini tidak benar sama sekali. Bahkan di dalam Al-Qur’an dan hadith sendiri disebut beberapa kali tentang anjuran menangis. Antaranya dari ayat Al-Isra’ 109 dan Surh Maryam 58.

Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk’.

Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis’.

Nabi Muhammad juga menangis. Para sahabat juga menangis. Kita baca juga betapa ramai pahlawan-pahlawan dan sarjana Islam menangis dan merintih dihadapan Allah. Justru menangis bukanlah lagi symbol lemah dan tidak kuat.

Nah, menangis itu bukan simbol lemah kan? Mari kita sama-sama kaitkan hikmah menangis secara psychology dan scientificnya:

1. Membantu Penglihatan

Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang mampu membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.


3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis bisa menurunkan level depresi karena dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tipe menangis karena emosi mengandung 24 persen protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa studi tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis krn emosional ternyata mengandungi racun.

Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis boleh mengurangi stress ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun motivasi

Selain baik untuk kesihatan fisik, menangis juga mampu membantu pembangun motivasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem hormon, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu melalui menangis, jangan dipendam.



Pada golongan lelaki pula, antum suma taknak pendek umur kan?so, jangan segan2 nak menangis taw, paling kurang pun menangislah ketika solat dan berdoa, itu yg lebih afdal.


Kepada golongan puteri2 suma, berpada-pada lah, jangan sampai kita menangis keluar air mata darah pulak, ataupun nanti jadi macam Kasim Selamat.hehe..


Dari Ibnu Abbas ra. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh oleh api neraka. Mata yang menangis karena takut kepada Alloh. Dan mata yang begadang berjaga dalam jihad fi sabilillah.” (HR. At-Tirmizy, sanad : Hasan Shohih)

Marilah kita sama2 menangis kerana Allah..wallahua'lam..



Sumber:

1) http://ikatkata.wordpress.com/2009/03/09/buku-hikmah-terapi-air-mata-menangis-kerana-allah/
2) http://penadakwah.multiply.com/journal/item/166

Feb 16, 2011

:: EQ DALAM TUNTUTAN BERJEMAAH DAN AMAL JAMAIE ::


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dengan segala usaha dakwah Rasulullah dan para sahabat sebelum ini telah memberi peluang kita merasa nikmat Islam yang tidak terhingga sehingga saat ini. Selawat dan salam buat baginda junjungan yang mulia.

Rasa rindu sangat nak menulis dalam blog ni.huhu..seminggu yang lepas da start da tuk entry kali ni, tp disebabkan byk keje dan juge sedikit pergolakan jiwa dalam diri, terpaksa hold dulu.hehe..bunyi cam hyperbola je kan..

Seminggu yg lepas Allah telah memberi kesempatan pada ana untuk hadiri majlis ilmu (usrah gabungan Ma'ruf Club), yang telah disampaikan oleh Ustaz sha'ari berkenaan tajuk Tuntutan Jemaah dan Amal Jamaie.

Ana sungguh tertarik dengan pendekatan ustaz mengenai tajuk ini. Dari tajuk yang boleh dikatakan agak berat telah menjadi santai untuk didengar. Ana hanya ingin highlightkan mengenai EQ vs IQ..

EQ ialah kemampuan merasakan, memahami dan secara efektif menerapkan daya dan kepekaan emosi sebagai sumber energi, informasi koneksi dan pengaruh manusiawi.


Manakala, IQ ialah kemampuan intelektual, analisa, logika dan rasional iaitu kecerdasan untuk menerima, menyimpan dan mengolah informasi menjadi sebuah fakta.

Dari maksud di atas jelas menunjukkan EQ akan melibatkan hubungan manusia sekeliling kita dan IQ hanya membabitkan akal individu itu sendiri sahaja.


EQ Vs IQ

1) Ustaz menceritakan kebanyakan ahli psychology mempersetujui kepentingan 75 % EQ (Emosional Quotient) berbanding IQ (Inteligence Quotient).

Sebagai contoh, pelajaran pertama yang diajar kepada pelajar-pelajar junior di Sekolah Sri Puteri ialah menjadi penyedia makanan kepada pelajar-pelajar senior. Selagi pelajar-pelajar senior tidak habis mengambil makanan selagi itu mereka tidak dibenarkan makan. Bunyi macam sungguh kejam kan?huhuhu..Tapi, rasional dari aktiviti buli ini, pelajar-pelajar junior ini akan terdidik dengan sikap hormat, sabar, toleransi dan criticize dengan pengalaman yang telah mereka alami tersebut. Melalui cara ini lah pelajar-pelajar ini tahu mengadaptasikan EQ dalam kehidupan mereka. Its good right??


Kawalan emosi ketika marah perlukan praktikal yang berulang kali.

2) Second contoh dari ustaz ialah Pilihan Raya Kampus (PRK), sebanyak 75% pelajar universiti adalah dari golongan neutralist (maksudnya tidak berpihak dengan mana-mana organisasi yang dicalonkan dalam PRK, cthnya; Wufi ataupun Aspirasi).

Jika kita perhatikan golongan yang tidak nuetralist (25%) dikatakan mempunyai EQ dalam sense of teamwork mereka. Mereka akan bersemangat dalam meraih undi dan bekerjasama demi kemenangan organisasi masing-masing.

Bukan itu sahaja, di dalam Kulliyyah juga boleh dikatakan tidak ramai yg ingin participate dalam aktiviti2 berpersatuan. Timbul tanda tanya dalam diri ana, adakah perkembangan EQ di dalam masyarakat pelajar university sudah terencat?

Jika kita fahami peranan sebenar mahasiswa dalam kehidupan university, pelajar di pengajian tinggi adalah golongan minority dalam negara kita dan mereka mempunyai peranan untuk mengaplikasikan ilmu di university kepada masyarakat luar 1 hari nanti. Jika kurang penggunaan EQ dalam tempoh pengajian mereka, maka amat sukar untuk mereka menghadapi kehidupan bermasyarakat pada masa akan datang.

Maka akan lahirlah 1 golongan yg dipanggil sebagai 'Katak di dalam gelas yang jernih'..Mereka nampak dunia luar apa yg telah berlaku, tapi tidak mampu untuk menyumbangkan apa pun walhal dalam urusan buah fikiran.


Kemudian Ustaz Asha'ari telah mengetengahkan beberapa Sirah dan Kisah mengenai Amal Jamaie:
1) Dalam kebanyakan perang yang dihadapi Rasulullah, Rasulullah telah mengamalkan konsep musyawarah dan pentingnya strategi peperangan. Secara logiknya, Rasululah telah diberikan mukjizat dari Allah mengenai apa yg bakal berlaku dalam sesuatu peperangan, namun Baginda tidak pernah meninggalkan konsep musyawarah dalam mengatur strategi peperangan dan urusan dakwah.

Hal ini kerana, Allah telah cuba memberikan segala ruang kepada hambanya, untuk melalui norma kehidupan yang mengaplikasikan EQ. Begitu banyak analogy dan kisah-kisah para Anbiya' serta pelbagai kaum yg tercatat di dalam Al-Quran bagi memberikan pengajaran dan panduan manusia dalam tuntutan berjemaah dan amal jamaie.

2) Ustaz juga ada menceritakan kisah Tiger Wood and the law of attraction di mana ayah Tiger Wood ni pernah berpesan supaya sebelum setiap kali dia hendak memulakan pukulan golf, dia perlu membayangkan yang bola golf tu masuk ke dalam lubang.
"He also uses a lot of positive visualization – he always imagines the ball going down the hole. He pictures this and nothing else when he steps up to take a swing. No other mental images are allowed into his mind. He only focuses on success – and that is exactly what he gets! "
Imagination pun adalah salah satu contoh aplikasi EQ dalam kehidupan kita..
Banyak lagi kepentingan EQ dalam kehidupan seharian kita. Sungguh menarik bukan?

Tapi kebanyakan kita hanya menumpukan aspek IQ berbanding EQ.
Ana sangat sedih bila mana kebanyakan dari golongan mahasiswa dan siswi tidak menghiraukan apa yang terjadi di dalam kampus mereka. Sehinggakan tiada kesedaran dalam tanggungjawab dalam mengundi. Usah kita memberikan alasan dengan berkata 'Aku tak suka politik ni."
Kehidupan kita tidak akan lari dari mengaplikasikan hidup berpolitik. Ingatlah bahawa Politik adalah salah satu persyariatan dalam Islam. Moga mahasiswa dan siswi kita akan timbul kesedaran terhadap pentingnya berpolitik.



Akhir kalam, ana ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Students' Representative Council 2010/2011 UIAM yg baru sahaja menang pada hari ini. (22hb Mac 2011). Ana juga sangat-sangat berbangga dengan segala usaha sahabat Pro-Mahasiswa dalam berkempen untuk Pilihan Raya Kampus. Maka telah terjalanlah tuntutan berjemaah dan amal jamaie disitu.
Semoga taklifan yang diberi kepada pemimpin2 ini akan dapat diaksanakan dengan baik dan mendapat sokongan dari suma mahasiwa dan siswi UIAM. ALLAHUAKBAR!!

Wallahua'lam..

Feb 13, 2011

Demi kasihnya Muhammad..



Assalamualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat-sahabat yg dikasihi fillah! Sekadar perkongsian, ana sangat-sangat suka baca cerita ni dari dulu lagi. Selalu ulang berkali-kali..Pasti menitis air mata tika baca kisah ni. Buat renungan bersama..

**************************************************************************************
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


***************************************************************************************


Demi kasihnya Muhammad..
Kami pohon ditemukan dirinya dalam diri kami..
Kami himpun kekuatan al-Badar dalam tentara kami..
Kami perkasakan rabitah hati mujahadah kami..

Ya Allah..
Meskipun kami pembinasa agung duniaMu..
Namun demi kasihnya Muhammad..
Masih terbentang luas RahmatMu..
Masih kekenyangan perut buncit kami..
Masih terderai ketawa kami..
Masih damai udara alam ini..

Demi kasihnya Muhammad kepada kami..
Dia turutkan kehambaannya kepadaMu..
Mengerah darah merah..
Menelan kepahitan resah..
Memulun akal semaksima..
Memisahkan kesenangan diri tanpa nista..

Terlebar sayap perlindungan buat kami umatnya..
Terpeta parut disusuknya..
Membungkus batu dikerangka kelaparan..
Melawan ulitnya malam di kala perang..
Memahat cinta umat didelima jiwa..
Dihatinya Muhammad..
Tidak kenal jurang bangsa..
Tidak terpisah hingga penghujung dunia..
Kasihnya kekar selamanya..


Nukilanku --> A-N-A


Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wallahua'lam..
Sumber: http://www.facebook.com/topic.php?uid=172760470243&topic=10091

Feb 11, 2011

Aku Tidak Mahu Gagal!

Dalam menetapkan matlamat..


Seringkali aku keraguan..


Adakah aku akan berada di kemuncak jaya??


Atau aku sekadar ditololkan angan-angan??


Aku memainkan peranan sebagai pengembara tegar..


Tidak mahu kalah dengan jalan yang berliku dan penuh persimpangan..


Tidak mahu kesal dengan pilihan jalan di hadapan..


Aku ingin gapai apa yang aku mahukan..


Tapi dalam kegigihan..

Aku sudah lupa pada suatu kekuasaan..


Takdir itu mengatasi tadbir diri yang kerdil..

Hak Dia lebih Maha dari usahaku yang kecil..


Di pertengahan jalan aku terduduk..

Meratap pada nasib yang aku tidak mampu pertikaikan..


Merintih tidak mahu gagal..

Melutut pada Dia yang Akbar..


Namun terdengar satu bisikan..

Membisikkan satu kata penguasaan..



'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya (mencukupkan keperluannya)." (QS. Ath-Tholaq: 2-3)

Bisikan itu terus memujukku..

Menitip kata keagungan..


Membuai hati yang keresahan..


Aku akur, pasrah dengan ketentuan..


Yakin warna pelangi akan terbit dihari yang mendatang..


Tangis rayuku akan terdengar didinihari ketenangan..


Kesempatan yang ada sebentar dipohon demi secebis keinsafan..

Agar keimananku terlakar di sepanjang perjalanan pengorbanan..

Nukilanku --> A-N-A


Wallahua'lam..