Feb 6, 2011

Kene Tag Lagi.Bab Wedding Plan Pulak Da..


Assalamualaikum w.b.t.

Cik Atiqah suke tanya bab2 kahwin ni kan??Sensitip tol bab ni taw.Baru-baru ni ana balik umah, adik2 ana dok perli bab kahwin ni.Tapi, ana rasa cam muda lagi, tak ready lagi.haha..poyo je kan?

Ok, untuk tidak menghampakan sahabat ana yg sorang ni, Cik Atiqah, ana pun jawab gak la soalan2 dia.hehe..

Berikut adalah dialog tersebut:

Cik Atiqah:How old are you?

Ana:Almost 24.huhu..

Cik Atiqah:
Are you single?
Ana:Tengah cari calon lagi..
Cik Atiqah:Teetttt!!anda tidak menjawab soalan.
Ana:hehehe..ye2, single lagi setakat ni..

Cik Atiqah:At what age do you think you'll get married?
Ana:Soalan ni susah sikit nak jawab, sebab tak tahu bila calon tu datang.haha..
Cik Atiqah:Cukup penerangan itu.anda perlu straight to the point.
Ana:Kwang3!!target umur 25 nanti.Ikut sunnah.hehe..

Cik Atiqah:
Do you think you'll marry the person you are with now?
Ana:Kan dah jawab tadi, single.huhu..

Cik Atiqah:
If not, who do you want to marry?
Ana:Kita tengok siapa yg kena!haha..

Cik Atiqah:
Who will be your bridesmaid & bestman?
Ana:Cik Atiqah nak jadi tak?hehe..I nak offer u ni.
Cik Atiqah:......(Diam dan tersipu malu.Sambil terkuit2 meja depan mata.Diam tanda setuju).=)

Cik Atiqah:Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Ana:Garden mane lak nak buat?huhu..Kebun sawit bykla kat johor tu.Beach?Kalo kene lambung ombak time makan beradab tu camne plak nak buat.huhu..
Traditional sudah..=)

Cik Atiqah:
Where do you plan to go on honeymoon?
Ana:Nak pegi korea.ngeh3!!
Cik Atiqah:Demand!

Cik Atiqah:How many guests do you think you'll invite?
Ana:Tengok budget.hehe..Tapi insha Allah sume yg ana kenal ana jemput je..

Cik Atiqah:Will that include your exes?
Ana:Apa punye soalan ni Cik Atiqah?U suke tanye pelik2.I tak penah ada exes2 ni.huhu..


Cik Atiqah:How many layers of cake do you want?
Ana:Sekarang orang main cup cake.Comel!hehe..



Cik Atiqah:
When do you want to get married, morning or evening?
Ana:Malam kot.Sejuk sikit (ada kaitan ke??).

Cik Atiqah:Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
Ana:Barakallah by Maher Zain..hehe..

Cik Atiqah:
Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork & knife?
Ana:Tengok jenis makanan.kalo makan liat2 ni, terpelanting garpu ngan pisau tu susah la plak.huhu..

Cik Atiqah:
Sirap atau air pepsi?
Ana:Apa barang sirap, pepsi.haha..
Cik Atiqah:U mmg suka tak menjawab soalan kan?
Ana:Haha..tak pikir lagi la nak buat air apa..

Cik Atiqah:Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
Ana:Pegi lawat2 sedara mara dulu dalam 2,3 hari.pastu baru pg.hehe..

Cik Atiqah:Money or household items?
Ana:Both..

Cik Atiqah:How many kids would you like to have?
Ana: 6 or 7..=)

Cik Atiqah:Will you record your honeymoon in DVD/CD?
Ana:Nak2!!hehe..


Angan-angannya..


Pelamin camni ok gak kan?simple..



Nak baju macam kat atas ni tp taknak ada body shape.simple tp cantik.wewe..



Kalo orang tua2 tahu orang zaman sekarang duk cite bab2 kahwin ikat public ni, mesti diorang cakap anak dara zaman sekarang ni gatai da no.huhu..tapi sebenarnya ikut logic, takda masalah apa pun. kalo orang muda2 dah nak kahwin, mak ayah dia wajib kahwinkan, anak dia tu.Ni ikut pendapat Islam.Lebih baik dari biarkan anak2 muda ni berdating tak tentu hala.tu ramai berzina tu.huhu..

Tapi, yela kan.kahwin ni bukan senang.pas kahwin lagi bertambah tanggungjawab.bukan nak kahwin main2 cam budak2 dulu tu.main cekup je sape calon suami or isteri.huhu..
So, pikir la dulu sbm dirikan rumah tangga.jangan tak sampai bape bulan kita da tak boleh adapt dgn life pas kahwin. sblm kahwin da biasa hidup bebas, nak pegi mane pun takde kene mintak kebenaran.mak ayah tak larang.tp pas kahwin mesti suami da larang.hehe..

Sblm kahwin kene penuhkan ilmu di dada. terutama ilmu agama. jangan nanti kita jahil bab hukum nikah kahwin dan cerai talak sume2 tu. Bab ibadat pun jgn lupa. Masalah psgn suami isteri skrg ni ialah mempermain2kan cerai talak. Beringat semula menyesal.Takut lah pada murka Allah.

Panjang lebar dah ceramah ana ni.kuikui..Bukan apa, just untuk ingat-mengingati.

Monolog dalaman: Mampus la kalo makcik & pakcik ana bace entry ni.tak pasal2 kene cubit balik nanti.gatai da sgt nak kahwin bdk Tasha ni.huhu..

Kepada Cik Siti Masleha,awak telah di tag. Sila la jawab kat blog awak ye.hehe..

wallahua'lam..

Jan 28, 2011

Dia Tidak Pernah Mengecewakan Kita..




Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Segala pujian hanya buat Allah..

Pejam celik dah masuk pertengahan sem..rase mcm tak sempat nak wat byk bende.huhu..Insha Allah esok, 29hb ana akan pulang ke rumah, melepaskan rindu pada family tuk seminggu..
Tapi keje sgt la byk.tersalah plan plak hari tu..igt nk stay kat hostel siapkan apa yg patut, tp da terbeli tiket.huhu..takpela, kene pg plan ke2,bwk sume keje2 balik umah.hehe..bolehke nak wat??Buku tebal2 tu nak bawak balik umah??ha,itu yg kita taktaw..wewe..harap buku tu tak terperap dalam beg jela nanti.hehe..
Insha Allah, ana mesti rajin balik umah nanti..takleh nak tangguh keje..takut naik cuti dah kelam kabut.huhu..

Back to the topic."Dia Tidak Pernah Mengecewakan Kita"
Dia tu sape?Dia tu Allah yang telah menciptakan kita dan yang mengaturkan segala takdir buat kita.
Sememangnya kita takkan dapat tahu Dia itu bagaimana rupanya sehinggalah sampai satu saat diakhirat kelak. Namun, sebagai hambaNya yang telah mendapat segala bentuk takdir, kita jarang hendak melahirkan sepenuh perasaan cinta kita kepadaNya.Mungkin sebab manusia hanya cinta pada yg zahir sahaja, maka susah hendak memupuk cinta yang 1 ini..

Jika difikirkan, kita hanya mencariNya bila perlu dan ketika dalam kesusahan.Ketika dunia kita penuh dengan pelangi yang indah, sgt jarang tuk kita mengingatinya dan sujud sepenuh hati kepadaNya.Tapi, Dia tidak pernah melupakan kita.Dia sentiasa mencari kita. Mesti Dia sedihkan??

Dalam hidup ni, kita hanya menghargai orang yang berjasa kepada kita je. Memberikan hadiah, mengucapkan kata-kata yang indah dan menyayangi manusia itu sepenuh hati kita. Tapi, kita jarang sekali menghargai Dia, beromantis denganNya dan mencintai Dia dengan seluruh jiwa raga kita. Sedangkan Dia sentiasa mengurniakan rahmat dan kasih sayangNya buat kita. Tak patutkan kita buat mcm tu??


Ketika kita tiada sesiapa di sisi, Dia ada di samping kita.
Ketika kita perlukan kekuatan, Dia ada untuk menguatkan kita.
Ketika kita dalam kesesatan, Dia ada untuk membimbing kita.
Ketika kita kesedihan, Dia ada untuk menghiburkan kita.
Ketika kita dalam kesusahan, Dia menawarkan pertolongan.
Ketika kita dikecewakan oleh manusia, Dia tidak pernah mengecewakan kita.

Dalam kita membuat dosa, Dia tidak pernah meluputkan keampunanNya.
Dalam kelalaian kita untuk beribadat, Dia tidak pernah terus menghukum kita.
Dalam kita kufur dengan nikmatnya, Dia tidak pernah lupa memberikan rezeki buat kita.
Sebab Dia tidak suka mengecewakan kita..
Maka, seindah-indah cinta, bila kita mencintaiNya.
Kerna Dia yang layak untuk dicinta..
Dia yang sempurna segalanya, tidak pernah membenci dan tidak pernah menzalimi..

Wallahua'lam..

Jan 23, 2011

Kita Dijajah Di Negara Sendiri..

Merdakakah kita?

Bila mulut disuap dengan wang yang berkepuk..

Kita terus kenyang menerima..

Bila mereka membina dunia khayalan.

Kita terus hanyut bersama maksiat yang fana,,

Mereka memprovok agar terus bersama yang memerdekakan..

Hati kita terus menurut..

Akur tanpa fikir..

Angguk penuh jumud..


Benarkah kita merdeka??

Makin anak bangsa hilang pedoman..

Makin kita seperti amah..

Makin buta hati untuk menerima yang hak..

Makin berpinar dengan bahagia material yang disogok..


Sedarkah kita dijajah di negara sendiri??

Bagai pak sanggup yang terus menunduk..

Kita hilang jati Islam yang luhur..

Bagai pak pandir yang jahil..

Kita bermusuh dengan keangkuhan hati..

Tidak mahu menjunjung janji Allah yang tertakluk..

Tapi terus melutut pada kebatilan yang kendur..

Tidak tegar memutlakkan kemerdekaan..

Sekadar berbasa-basi dengan fitnah yang diteguhkan..


Kita dijajah di negara sendiri..

Tapi kita masih lagi tuli..

Beromong kosong untuk diri sendiri..

Tidak sedar dunia menghimpit jati diri..

Sehingga anak bangsa sudah mundur..

Nasib diri diratap dan dikeluh..

Sehingga itu penyesalan tiada pengakhiran..

Jiwa kita mati dengan penjajahan..


Nukilanku --> A-N-A

Jan 17, 2011

Le Tour De Nikmat..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah,syukur pada Allah atas nikmat Iman, Islam dan sgala nikmat yg telah Dia kurniakan buat kita. Rase tak terhingga dah nikmat yg kita perolehi. Kalo ada penimbang nikmat dan amal kat dunia ni, mesti kita malu dengan Allah sebab berat nikmat yg Allah beri bermillion2 kilogram jauh dari berat amal ibadat kita.huhu..malunye!



Ok, bukan tu yg ana nak cita psl penimbang nikmat.huhu.., tp apa yg ana nk cita ni gak maybe ada kaitan kot dengan nikmat Allah.

Hari khamis lepas, 13/1/11, ana dgn sahabat ana @ partner Final Year Projek (FYP) ana pegi wat visit company yg kami tgh deal kat Subang tuk setelkan psl FYP kami. Sepanjang 1 hari berjalan tu mcm2 la fenomena yg ana rase kita sume ambil endah tak endah jela..Cthnye..

1) Time nak tunggu engineer dari company tu ambil kami kat stesen komuter, ana tengok pembuangan sampah berleluasa kat mana2..huhu..geli sangat tengok sampah2 tu.berlonggok2 kat belakang bus stop. Sahabat ana pun perasan gak sepanjang on the way kami dalam komuter tepi2 landasan komuter tu pun byk sgt sampah sarap. Kenapa ek sampai mcm tu sekali??



2) Dalam masa yg same kami tunggu tu, tiba2 berlaku la eksiden antara bus dan motor.huhu..time tu ana rase cam nak nangis je tengok penunggang motosikal tu terbaring kat tengah2 jalan. Bus yg langgar org tu plak tak perasan yg die da langgar org, so bus tu blah je camtu..pelik sungguh..tahu la saiz awk tu besar..geram3!! Nasib baik ada org ramai kat situ tlg. rupe2nya golongan emas yg kene langgar tu.Siannye!!!Alhamdulillah pakcik tu xda pape..



3) Time balik ke UIA plak lain kesnya. Ana dgn sahabat ana naik la metrobus no 91 tu tuk balik UIA..dalam bus tu ana perhatikan byk sangat belakang seat bus tu yg org conteng2. tah nape a diorang ni suke tunjuk bakat diorang kat tempat2 camtu.huhu..kalo conteng2 kata dan lukis benda2 yg baik2 takpe, ni yg tak 'bermoral' dan 'lewd' plak tu..haih, tak paham la.. (maap la, gambar yg psl ni ana tak dpt nk tnjuk..huhu..sungguh memalukan..)

4) Lastly, ana rase sesak gak nafas sepanjang keluar hari tu. sesak dengan habuk2 dan asap2 kereta dan org smoking..Sabar2..kalo kat KL ni tak jam mmg tak sah..time balik dalam pukul 6 lebih, mmg pnjg la barisan kereta2 kat bandar KL ni.time org habis keje.tengok udara sekeliling kt pn kt da prasan mmg sgt2 kotor.jerebu..huhu..



Ni kami pakai mask sebab kat company yg ktorg pg visit tu nga ada H1N1.huhu..

4 cth ni ana juz nak share dgn sume. Harap2 kita sume prihatinlah dengan mslh2 mcm ni..mmg kita tak mampu nak ubah rakyat Malaysia 100%. tp mula lah ubah dari diri kita. cuba jgn buat perkara2 yg tiada kesedaran sivik dan moral.. atau lebih mudah, amalkan la akhlak yg Rasulullah telah sarankan kat kita..Hargailah sume nikmat2 spt nikmat alam sekitar, akal, material dan udara yg Dia pinjamkan tuk kita..peliharalah selagi Allah masih nak pinjamkan pd kita..



“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ ar-Rum (30):41].


Wallahua'lam..

Jan 9, 2011

'Nama' itu...


Kenapa 'Nama' itu sering bermain di dalam ingatanku??
Kadang-kadang seperti 'Nama' itu diulang-ulang lebih dari kiraan hati..
Ya, mungkin 'Nama' itu sudah berbait-bait dengan lidah yang mengerti..
Sedar atau tidak 'Nama' itu akan terus beralun..
Aku cuba menghakis 'Nama' itu dari memori separuh sedar ini..
Tidak mahu terserap hingga ke hulu hati..

CUKUP!!Cukup bagiku mengingati 'Nama' itu..
Lelah saraf ini bila 'Nama' itu membuai jiwa yang tidak ketahuan..
Mahu sahaja aku menjerit pada 'Nama' itu!!
Aku tidak perlukan 'Nama' itu untuk terus bernafas!!
Aku perlukan ruang untuk lari dari 'Nama' itu!!
Aku tahu aku akan gagah dalam perjuangan meluputkannya..

Tapi 'Nama' itu sudah menjajah seluruh pelusuk diriku..
Menitis juga mutiara air mata ini bila tidak dapat menghapus 'Nama' itu..
Tergugah juga akal ini yang kian terdera dalam arus yang keluh dan kesah itu..
Sakit mengekang primadona resah hatiku..
Hanya masa yang akan mengubat ingatanku..
Dambar 'Nama' itu di pusarakan..
Berharap ia berakhir dalam amnesia yang meluputkan 'Nama' itu..

Nukilanku ---> A-N-A




p/s: Sila abaikan jika ada yang tidak paham.hehe..