Jan 6, 2011

Blur dengan diri sendiri..

Assalamualaikum w.bt.

Hari ni sudah masuk 2 Safar 1432H (6 Januari 2011).huhu..apa yang ana dah wat ek setakat ni??Final Year Project pn tunggang terbalik.Project subject2 lain pun ada problem yang tak solve lagi.uwaa!!!rase takleh bernafas gak la skrg ni. tibe2 da tak boleh nak plan mase depan..
Tak taw knape sem ni dgn sem lepas mmg jadi "Amy Natasha Adam yg blur"!!

Dulu ana mmg da ada target apa nak wat pas habis blaja, da fix da nak watpe. tp disebabkan ana da makin jadi org blur so ana ada wat flow of future planning bia pas da grad ana bukan manusia yg blur.(asik blur je.bape byk blur da..).Ok, come to the sense, I've two choice for this time being.

1) Keje lepas habis belajar, atau
2) Further study.

Berikut adalah flow tu.(buruk ngat tulisan.haha..)



Nampak tak??maap la na, blur lak tulisan tu.same gak la cam tuannye ni. Of coz "Kahwin" takkan out of the list, sebab ana mmg target nak dpt anak, nak jadi ibu mithali.kuikui...


Lepas ana wat flow ni, baru ana prasan yang sbenanya ana lum btol2 ready tuk hadapi dunia sebenar kat luar sana.huhu..ana terfikir adakah ana akan hepi dengan apa yang akan ana wat pasni? ana ngah tercari2 gak 1 lagi plan selain tuk kepentingan diri sendiri. ana nak sangat wat 1 keje kebajikan dan dakwah.

Teringat kat kata2 mak ana, "Mak tak kisah anak2 mak jadi orang berpangkat besar atau tak, asalkan anak2 mak jadi orang yg berguna pada orang lain."huhu..so, ana harap 1 hari nanti ana akan dapat wat keje2 kebajikan even ada komitmen tuk cari rezeki hidup.

Apa pun planning kita suma kita kene ingat bahawa "Kita merancang dengan cita-cita, ALLAH merancang dengan cintaNYA..dan Allah shj sebaik2 perancang utk hamba2NYA.." (amek dari status FB sahabat ana.hehe..)
So, if plan kita tu tak tercapai pasni, kita kene la redha dgn apa yg telah Allah tetapkan tuk kita, tp dgn syarat kita dah berusaha.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [QS. Al-Hadiid (57): 22-23]

"Musa dan Adam berdebat. Musa berkata, "Hai Adam, engkau ayah kita. Engkau telah merugikan kita dan mengeluarkan kita dari surga. Adam berkata. 'Engkau Musa, telah dipilih Allah untuk berbicara dengan-Nya dan Allah menulis Taurat untukmu dengan Tangan-Nya, apakah engkau mencelaku karena sesuatu yang telah ditentukan (ditakdirkan) Allah untukku empat puluh tahun sebelum Dia menciptakanku?' Adam pun mengalahkan Musa." (Diriwayatkan Muslim).

Lastly nak mintak dari suma yg membaca entry ana kali ni, mintak tlg doakan ana tuk mudah hadapi interview keje pada 14hb Januari 2011 (Jumaat, 2 pm) minggu depan. Ni 1st time ana kene walk in interview keje.huhu..rase sangat takut dan teruja. Moga Allah sentiasa bersama kita suma.Amin! (^_^)



Wallahua'lam..

Jan 3, 2011

Pantasnya Masa..2011?? Sudah Tuakah??




Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran atas segala taqdir yang Allah telah tetapkan untuk kita.

Dah lame rasenye ana tak membebel di dalam blog ana ni.huhu..bukan apa, bile da stat minggu ke 3 semester baru mmg da mcm2 keje kene wat. each subjek ada projek. kene design itu ini, kene wat analisis dan mcm2 lagi la task yg lecturer nak bagi..
Takpe2, 1 sem ni je lagi Amy Natasha Adam. tak lame mane pun, ada lagi 5 bulan..kejap je kan da nak habis??heh3..

Pejam celik pejam celik je kita da masuk tahun Masihi yg baru. 2011!!!!
Umur??tak tua lagi, baru 2o-an.haha..
Agak2 la kan, sape yang rase sekarang ni mase cepat sangat berputar??(betul ke ayat ni??huhu...)
Mesti sume rase kan?kan?kan? Dulu mase kite kecik2 kalau kita kuar main ptg2 pukul 5 lebih sampai pukul 7 mesti kita rasa puas sangat2, macam2 boleh main. Main beskal, main pondok2, main kejar2, main baling selipar.main panjat pokok, main lompat tikus, main terjun bangunan.opss,ok, itu over..haha..
Paling tidak pun kita dapat main dalam 3 permainan la lebih kurang. Sampaikan luka2 tu memang tak miss.ini bagi kanak2 yang memang ganas la.wawa..

Tapi sekarang, kalau waktu malam tu kita akan rase cepatnya dah pagi.uwaaa! dah nak kene pegi kelas..Subhanallah, sume ni aturan Allah. Dia nak kita suma berfikir yang selama ni kita banyak leka dengan nikmat masa yang Dia berikan pada kita. Plus ini suma tanda akhir zaman.huhu..


Seperkara lagi, harus kita ambil kesempatan setiap kali tahun baru untuk kita muhasabah semula apa yang dah kita lakukan sepanjang tahun yang lepas??Sudah banyak ke amalan dan juga manfaat diri kita kepada diri kita dan juga manusia sekeliling kita?

Pada ambang tahun baru, semestinya orang ramai berdoyun2 pegi sambut tahun baru kat luar, Dataran Merdeka ke, KLCC ke, atau mane2 shopping complex..Bukankah amalan countdown tu
amalan barat??Sedih bila mana ramai rakyat Malaysia yang rase amalan countdown ni 1 kewajiban..Kebarangkalian kes rogol dan seks rambang tentu ada. Keseronokan manusia utamakan dulu berbanding rase kesyukuran dengan umur yang dah dilanjutkan.

Kenapa manusia tak sedar yang sebenarnya Bumi kita da makin uzur?Mesti bumi akan cakap kat kita macam ni. "Aku dah tua cit, aku dah tak larat dah nak tanggung beban dosa yang cicit2 sume buat.huhu.."


Alhamdulillah, ambang tahun baru 2011 ni ana dapat 1 pengalaman yg sangat berharga dalam hidup ana. Sebelum2 ni memang tak berkesempatan. Tahun ni ana berpeluang tuk join XPDC Dakwah anjuran GAMIS.

XPDC ni yang mana mahasiswa2 Islam Malaysia akan turun di tempat2 countdown kat KL ni. Baru2 ni dekat KLCC. MashaAllah, memang ramai giler manusia kat sana.(taktaw la kalau ada katak2 pun ikut countdown.huhu..) Sampaikan ada lori yang ala2 ISA tu pun turun tuk kawal kawasan tu..sangat menerujakan tuk saksikan situasi mcm tu.hehe..

Yang sangat sedih tu, ramai jugak saudara seIslam yang turun ke sana. Skuad XPDC ni main peranan tuk berdakwah bagi elakkan maksiat berleluasa. Pada mulanya ana rase berani tuk same berdakwah, tapi bila dah berdepan dengan situasi tu, mula lah badan berpeluh2 dan seram sejuk..huhu..

Takpe2, dalam hati ana, ana cube apa yang semampunya..Mula2 juz bagi je artikel yg GAMIS providekan, tanpa cakap pape..(penakut tol Amy Natasha ni rupenya.haha..)
Lame2, lepas 2 - 3 org, ana pun da boleh stat nak berborak2 dengan orang2 yang kat kawasan KLCC tu. Biasa lah persepsi orang, mesti pelik je depa tengok budak2 yg pakai tdung labuh dan besar ni merayau kat KLCC kul 12-2 pagi.huhu..

Tapi, rase sangat2 seronok bila da alami saat2 camtu. Pengalaman yang tak dpt di lupakan bile depan mata sendiri tengok:
1) Orang mabuk2.
2) Mat2 rempit yg kacau awek org.
3) Botol arak bersepah2 (sampah sarap yg lain2 tu toksah nak kata apa la..memang byk. bertrima kasih la kat cleaner2 kawasan KLCC tu)
4) Minah2 saleh yang seksi2 tahap taktaw nak ckp da..huhu..
dan mcm2 lagi la.seb baik tak terjumpa orang wat 'projek'.haha..

Pada pendapat ana dan beberapa adik beradik usrah yg join XPDC ni, sebenarnya cara berdakwah kene brainstorm lagi. Maybe, pihak GAMIS boleh wat interview dulu dengan golongan2 bermasalah ni, then, wat 1 workshop tuk cara2 dakwah yang berkesan pada sape2 yang nak join XPDC ni.
Dan 1 lagi, artikel yang nak di edarkan pun seboleh2nya menjurus ke arah ketuhanan.
Ini sekadar pendapat ana yang naif ni.Moga usaha GAMIS ni akan terus mendapat sambutan dari pemimpin2 kat Malaysia ni.

Mungkin sekadar ini saje coretan dan contengan ana tuk tahun baru 2011 ni.huhu..Gambar2 mase kat KLCC tu nanti ana publish, insha Alah. credit gambar2 tu pada adik usrah ana, Munirah.cameran woman ktorg, best woo dpt jadi model.haha...nantikan gambar2 tersebut dalam keluaran akan datang.tunggu...(n_n)

Waallahua'lam..

Dec 25, 2010

Butanya Mata..


Gelapnya hati, merona dosa..

Secalit cela, parut kesannya..

Kita manusia banyak lalainya..

Iman menurun..jahilnya berleluasa..

Dunia makin sakit terdera..

Dek kita yang tiada kesalnya..

Sedarlah kita, singkatnya masa..

Esok lusa, terkafanlah kita..

Tapi..benarlah kata..

Dunia penuh nikmatnya..

Tertutup mata..buta selamanya..

Sehingga kita tak nampak syurga..

Nikmatnya infiniti tak terkata..

Ke manakah kita? Di mana darjatnya?

Mengusung dosa, tiada pahala..

Barulah kita melata-lata..

Meminta Tuhan dihidupkan semula..

Tiada malukah kita?

Sesudah RasulNya memperingatkan kita..

Masih lagi kekal di pelupuk lama..

Jangan mengharap lagi pada dunia..

Jika kita tahu yang mana kaca..

Yang mana permata..

Selagi nyawa di kerongkong kita..

Carilah mutiara di pesisiran dunia..

Agar kita tiada muflisnya di mahsyar sana..

Hanya Dia yang tahu bila tibanya..


Nukilanku --> A-N-A


Dec 21, 2010

Rebutlah Peluang Menjadi Pemimpin

Assalamualaikum w.bt.

Insha Allah pada 23hb 12 (khamis) akan diadakan ENGINIUS XVII election di ENGINIUS General Office. Alhamdulillah, ana akan melepaskan jawatan yang disandang sebelum ini pada 24hb 12 (jumaat). Moga ana telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Namun terasa teramat sedih bila fikirkan apa yang telah ana dan sahabat2 dalam ENGINIUS XVI hadapi selama ini. huhu..Adakah kami benar2 telah jalankan amanah tersebut sebaik mungkin??

Benar, pada sesetangah orang akan menganggap bahawa persatuan pelajar dalam Universiti hanyalah 1 perkara yang mudah tuk dilaksanakan dan tidak sebeban seperti tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar atau mana2 organisasi lain, namun apabila kita ceritakan bab amanah dan tanggungjawab sesiapa pun akan disoal di akhirat kelak mengenai jawatan yang kita sandang.



Ana rase teramat2 takut untuk menjawab soalan Allah di akhirat kelak, apatah lagi kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari dosa2 lain selain daripada kesalahan dalam memimpin. Kadang2 ana terasa malas, culas, buang masa ketika menjalankan tugas tidak serius, dan banyak lagi perkara yang ana rase ana telak leka dalam melaksanakan amanah tersebut. =(

Menjadi seorang pemimpin bukanlah semudah yang kita sangkakan. Namun, kita sebagai insan yang lemah sentiasa akan melakukan kesilapan. Niat kita dalam menyandang jawatan tersebut perlulah ikhlas dan tidak melibatkan apa pun niat untuk kepentingan diri sendiri.




Tetapi, kita tidak perlulah terlalu takut untuk menerima jawatan yang diamanahkan kepada kita selagi mana kita rasa kita mampu memegang amanah tersebut. Kita perlu ingat, pemimpin sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah dan dakyah yang akan membentuk suatu society yang mempunyai nilai tamadun dan moral yang tinggi.

Islam teramat menuntut ummatnya merebut peluang menjadi seorang pemimpin dalam menyebarkan Islam. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mengenai pentaklifan ummat manusia sebagai pemimpin atau khalifah. "Khalifah" bererti "pengganti" atau boleh juga diterjemahkan daripada perkataan istakhalfa = khalifah.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

Banyak lagi pengupasan mengenai pemimpin dan khalifah. Terlalulah rugi jika tidak menyahut seruan Allah kepada kita dalam menjadi seorang pemimpin didunia ini. Jadilah pemimpin yang baik kepada diri sendiri, agama, keluarga, sahabat2, masyarakat dan negara. Kita adalah pemimpin diri kita.

Wassalam..

Dec 17, 2010

"You forgot everything before Ur Graduation?"

Assalamualaikum w.b.t

Hehe..Tajuk entry tu ana ambil dari kata2 sorang lecturer ana, yang semalam baru je mengajar kami student manufacturing engin (final year), tuk subjek Special Topics in Advanced Manufacturing.

Semalam mdm tu dia start mengajar dengan recap and review topic yang kami penah belajar time 2nd year dulu, tentang mechanical properties.haha.. Bile tiba2 ada words tentang Recrystallization dan Isotropic, mdm pun tanya la kami apa maksud benda alah tu.huhu..
Terkulat2 suma nak jawab.
Ada yang pandang kawan sebelah, buat2 bincang pasal maksud words tu.

Ada yang buat2 tengah menulis.huhu..

Masing2 memang ternganga gak la nak jawab.




Bila takda yang nak jawab, last2 mdm tu pun cakap kat kami;
"You forgot everything before your graduation?oh my God!!"
huhu...masa tu ana rasa macam kene panah petir jugak la. tersentap!hehe..
The 1st point is selama ni ana belajar kerana exam je. sebab tu lupa. belajar susah nak tekadkan niat yang ana belajar sebab nak tuntut ilmu tu sendiri..
Huhu..insaf2..memang salah diri sendiri..

2nd reason plak, mungkin selama ni students suma rase mereka perlu struggle tuk exam sebab lecturer ramai yang bagi soalan exam yang tahap kene sembelit dan style marking pun buat students kecut perut.huhu..
Bukan ana nak menyalahkan lecturer, cume logically kita suma akan merasa keadaan yang sama bila nak jawab exam.sampaikan lepas exam terus blank, tak ingat sangat dah apa yang belajar.

Pape pun kita suma kene ingat, susah macammane pun soalan yang lecturer bagi, kita perlu jugak tetapkan niat dalam hati; "Aku belajar kerana Allah Ta'ala"
Sebelum kita tuding 1 jari pada orang lain, 4 jari lagi sudah pun menuding jari pada kita.
Mohon Allah ampunkan salah kita suma.Amin!!

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya "
Hadith ini diriwayatkan oleh dua Imam, iaitu:
  • Imam Al-Bukhari (Abu 'Abdullah Muhammad Bin Isma'il)
  • Imam Muslim (Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj)
See more tentang niat at http://syarahal-hadith.blogspot.com/2010/04/setiap-amalan-bergantung-kepada-niatnya.html (sumber)