Aug 7, 2009

Musibah?Kenapa?...hikmah...

Salam ukhuwah abadan abada'..

Sedikit luahan... musibah, dugaan atau cobaan... bak kate P.Ramle.. huhu..
Setiap kita semua pasti telah alami pelbagai musibah yang sudah tentunya datang dari Allah..
Namun, musibah yang ana nak khususkan di sini ialah dugaan kesusahan.
Memang benar, bukan mudah kita hendak bersabar dengan sesuatu musibah itu..
Jika musibah itu tidak berada di bahu kita, sudah tentu kita akan kata yang kita mampu bersabar..
Tapi, berat sekali untuk kita tidak merungut mahupun mengeluh apabila dugaan itu sedang kita hadapi.. Allahuakbar..
Apatah lagi sebagai seorang wanita seperti ana dan sahabat-sahabat ana sekalian.. menangis sudah tentu payah kita nak elakkan.. Bila bebanan perit yang kita lalui itu terlalu menusuk ke hulu jantung (coz jantung yang mengepam darah.so baru ada rasa sakit.hehe..) kita akan rasa sedih yang teramat-amat. tak mampu lagi nak halang air mata mengalir...
Tapi, jangan risau sohibul Islam sekalian.. ada hikmah setiap dugaan itu..

First: bila kita rasa sedih atas sesuatu ujian itu, maknanya kita ni normal.. betul tak?so, bersyukurlah.. yang kita masih normal.hehe.. pape pun kita jangan la terlalu bersedih dengan sesuatu yang sia-sia sampaikan banjir sekeliling tempat kita menangis tu.huhu.. (cth tangisan yang sia-sia:sedih sgt coz bf kita tinggalkan kita, or result drop ke.huhu..ni antara cth).

Second:Cara terbaik untuk kita alirkan tangisan kita ini ialah dengan kesedihan di atas kelalaian kita terhadap suruhan Allah selama ini. Bila Allah timpakan musibah pada kita maknanya Dia ingatkan kita, Dia sayangkan kita dan Dia pun nak kita ingat dan sayangkan Dia.. Itulah Hikmah yang paling besar patut kita fahami dan bersyukur.. Nah, seronokkan bila kuasa Yang Maha Besar selalu ingat kat kita??

Third:Hikmah ini nampak kecil, tapi sebenarnya memberi impak yang besar pada diri kita.. Bila kita di uji dengan kesusahan, kita akan ada masa untuk berfikir tentang diri kita.. berfikir yang ana maksudkan ialah berfikir kita ni sebenarnya hidup di alam nyata.. bukan lakonan kat tv tu..hehe.. hebat tak kita jadi pelakon..bukan nak bangga diri, tapi memang kita ni pelakon di pentas dunia ALLAH.. so, hidup di alam nyata ni adalah suka dan duka, sakit dan sihat.. barulah hidup kta ada warna-warni.. bukan hitam or putih sahaja..plain pun idak ler kan..huhu..

ALHAMDULILLAH.. sedikit muhasabah cinta buat sahabat-sahabat sekalian dan ana juge..
sebenarnya banyak sangat hikmah ujian dari ALLAH itu.. tapi tak tertulis oleh ana yang dhaif ini.. teruskan mujahadah diri ye!!Chaiyo'2!!WAALLAHUA'LAM..

Aug 6, 2009

Ajal..

Bergetar urat nadi mengingati ajal..
Lemah lesu tulang belulang berzikir mati..
Jika masanya sudah menanti, entahkan sedia, entahkan kabut..
Ku tahu sakit yang di janji..
Ku tahu maut bakal menangkis hidup..
Tergambar segala dosa yang ku lakukan setiap detik yang berlalu..
Terselindung segala kebaikan sezarah itu, jika ada zarah kebaikan itu..
Namun Ya ALLAH..
Ku hanya mampu di cucuri maghfirahMU..
Ku pohon hujan kasih dan rahmahMu..
Andai esok yang terakhir buatku..
Andai tercatatnya hidupku hanya sejangkal jari panjangnya..
Moga nafas terakhirku dalam sendu iman dan Islam yangku bawa bersama..
Amin, amin, amin.....

nukilanku---->ANA

Aug 1, 2009

Khadijah..The True Love Story of Muhammad


Malam ni teramat-amat bosan.. Study pun tak masuk kepale..huhu.. so ana pun anta la post baru..
Tazkiyatunnafsi kali ni tentang Saidatina Khadijah.. isteri Rasulullah yang tercinta...

Ana sekarang ni tengah melayari sirah Siti Khadijah ni..so impressive!! Buku bertajuk "Khadijah..The True Love Story of Muhammad", by Abdul Muni'm Muhammad Umar..Apa yang ana nak ketengahkan di sini ialah bagaimana seorang yang jauh lebih berumur dari pasangan beliau mampu membuatkan Baginda S.A.W tidak dapat mengubah cinta Baginda kepada wanita lain.. huhu.. bukan kecantikan yang Rasulullah tidak dapat lupakan tapi kesetiaan Khadijah terhadap Nabi Muhammad S.A.W.. Contoh yang paling mudah apabila Rasulullah sendiri hampir berputus asa apabila Allah tidak menurunkan wahyu pada Baginda sewaktu Khadijah sedang mengandung..

Pada masa tu, Rasulullah merasakan dunia ni gelap kerana Baginda berfikir bahawa Allah telah melupakan Baginda.. Namun, sebagai isteri yang teramat setia dan menyayangi perjuangan Baginda, Khadijah terus melahirkan kata-kata semangat yang positif.. Nah,ini bukan mudah bagi seorang isteri untuk amalkan terutama ketika sedang mengandung.. Yang terjadi zaman sekarang apabila seorang suami pulang dari kerja dalam keadaan penat, si isteri hanya mampu membebel apabila si suami tidak suka menolong membuat kerja-kerja rumah.. "Abang oi, mehla tolong-tolong saya memasak ni.. awak tu tahu makan je kan.." wuwu... emosi kita sebagai wanita lebih di utamakan berbanding kesetiaan terhadap seorang suami... ASTAGHFIRULLAH..

Kerana kesetiaan Khadijah Rasulullah pernah bersabda: "Tidak. Demi ALLAH, aku tidak pernah mendapat pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Ia yang beriman kepadaku ketika semua orang ingkar. Ia yang mempercayaiku tatkala semua mendustakanku. ia yang memberikanku harta pada saat semua orang enggan memberi. dan darinya aku memperoleh keturunan, sesuatu yang tidak kuperolehi dari isteri-isteriku yang lain".

Ana membawa cerita Siti Khadijah ini sebab ana harap sebelum kita menghadapi realiti sebenar berumah tangga kita sudah ada sedikit panduan. Konsep yang ana ingin sampaikan hanya yang mudah-mudah.. peringatan yang meringankan minda..Cewah!! tercerita bab munakahat pulakmalam ni..heh3...

Harap kita terus bermujahadah kepada yang lebih baik.. Don't just be a religious person, but the best we can be is being more ethical(akhlak) in what ever we want to do... pesanan dari Ustaz Abdi.. hehe..

Rindunye....huhu..


Rindu pada seorang ibu tak pernah luput..huhu..even da banyak kali jumpe..tp tetap rindu gak..so,for inspiration...ana ada sebuah puisi khas buat ibu ana yang tersayang!!!!



Ibu.. ibu.. ibu..

Gagahnya wanita itu..

Bukan kerna kezahirannya..

Bukan jua kerna kesaktiannya..

Di mana letak gagahnya itu?

Tiada terbit keluhan di bibirnya..

Tiada putus lelahnya..

Saban waktu terus begitu..

Membanting keringat buat anak-anaknya itu..

Menitis air mata ini..

Sayu hati ini..

Aku kah anaknya yang membuatnya begitu?

Tiada daya menutup segala kelemahan..

Kerna aku sendiri lemah..

Hanya mampu melafazan doa..

Buat Sang Ratu di jiwa..

Yang tiada tolok tandingnya..

Yang tiada pengganti selayaknya..

Ya Rahman yang menciptakan aku dari rahimnya..

Dengarkanlah rintihan kalbuku..

Demi insan bernama Ibu..

Ampunkanlah segala beban noda di bahunya itu..

Limpahkanlah segala nikmat buat kekasihMu itu..

Beratkanlah timbangan kanan ratuku itu..

Permudahkanlah langkahnya meniti titian siratMu itu..

Agar insan itu lurus menuju ke JannahMu itu..

Ibu… ibu… ibu…

Beruntungnya aku di taklifkan sebagai anakmu..

Bersyukur aku di temukan denganmu ibu..

Kasihmu tiada noktahnya..

Korbanmu tiada hentinya..

Doamu tiada putusnya,,

Mohon di pertemukan denganmu di akhirat kelak..

Mohon jalinan ini mewangi selama-lamanya..

Demi Tuhan yang Maha Kaya Rahmatnya..

Yang meletakkan redhaNya di dalam redha seorang Ibu..

*Khas buat ibuku: Hjh Khairiah Hj Khaironi

Nukilanku-->ANA