Feb 13, 2011

Demi kasihnya Muhammad..



Assalamualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat-sahabat yg dikasihi fillah! Sekadar perkongsian, ana sangat-sangat suka baca cerita ni dari dulu lagi. Selalu ulang berkali-kali..Pasti menitis air mata tika baca kisah ni. Buat renungan bersama..

**************************************************************************************
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


***************************************************************************************


Demi kasihnya Muhammad..
Kami pohon ditemukan dirinya dalam diri kami..
Kami himpun kekuatan al-Badar dalam tentara kami..
Kami perkasakan rabitah hati mujahadah kami..

Ya Allah..
Meskipun kami pembinasa agung duniaMu..
Namun demi kasihnya Muhammad..
Masih terbentang luas RahmatMu..
Masih kekenyangan perut buncit kami..
Masih terderai ketawa kami..
Masih damai udara alam ini..

Demi kasihnya Muhammad kepada kami..
Dia turutkan kehambaannya kepadaMu..
Mengerah darah merah..
Menelan kepahitan resah..
Memulun akal semaksima..
Memisahkan kesenangan diri tanpa nista..

Terlebar sayap perlindungan buat kami umatnya..
Terpeta parut disusuknya..
Membungkus batu dikerangka kelaparan..
Melawan ulitnya malam di kala perang..
Memahat cinta umat didelima jiwa..
Dihatinya Muhammad..
Tidak kenal jurang bangsa..
Tidak terpisah hingga penghujung dunia..
Kasihnya kekar selamanya..


Nukilanku --> A-N-A


Selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Wallahua'lam..
Sumber: http://www.facebook.com/topic.php?uid=172760470243&topic=10091

Feb 11, 2011

Aku Tidak Mahu Gagal!

Dalam menetapkan matlamat..


Seringkali aku keraguan..


Adakah aku akan berada di kemuncak jaya??


Atau aku sekadar ditololkan angan-angan??


Aku memainkan peranan sebagai pengembara tegar..


Tidak mahu kalah dengan jalan yang berliku dan penuh persimpangan..


Tidak mahu kesal dengan pilihan jalan di hadapan..


Aku ingin gapai apa yang aku mahukan..


Tapi dalam kegigihan..

Aku sudah lupa pada suatu kekuasaan..


Takdir itu mengatasi tadbir diri yang kerdil..

Hak Dia lebih Maha dari usahaku yang kecil..


Di pertengahan jalan aku terduduk..

Meratap pada nasib yang aku tidak mampu pertikaikan..


Merintih tidak mahu gagal..

Melutut pada Dia yang Akbar..


Namun terdengar satu bisikan..

Membisikkan satu kata penguasaan..



'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkannya (mencukupkan keperluannya)." (QS. Ath-Tholaq: 2-3)

Bisikan itu terus memujukku..

Menitip kata keagungan..


Membuai hati yang keresahan..


Aku akur, pasrah dengan ketentuan..


Yakin warna pelangi akan terbit dihari yang mendatang..


Tangis rayuku akan terdengar didinihari ketenangan..


Kesempatan yang ada sebentar dipohon demi secebis keinsafan..

Agar keimananku terlakar di sepanjang perjalanan pengorbanan..

Nukilanku --> A-N-A


Wallahua'lam..

Feb 9, 2011

Ei,Geramnya!!!!


Assalamualaikum w.b.t.

Comelkan budak kecik kat gambar atas ni??Ei!!!!Ana GERAM sangat2 kat dia yang bernama NUR AIN MASYITAH ni!!!!
Rasa nak gigit2 pun ada..
Rindu dengan keletah Masyitah yang manja dan nakal!
Rindu dengan Masyitah yang kuat makan!
Rindu dengan Masyitah yang nak ditocangkan oleh ana!
Rindu dengan Masyitah yang suka main kejar2!
Rindu dengan Masyitah yang nak dipangku oleh ana!

Geramnya!!
Jauh sangat dari die!
Kalau dekat, ana dah culik dia nak buat peluk time tidur dan main dengan dia..
Huhu..Apakan daya, dia jauh beratus batu dari ana..huhu..
Geramnya!!

Sedarkah Kita Umat Islam Akhir Zaman??


Assalamualaikum w.b.t

Ana nak share 1 note dari seorang sahabat kat FB tentang Umat Islam makin mengikuti langkah-langkah Yahudi dan Nasrani. Nauzubillah.. Kenapa budaya yang tak elok mesti diikut?Kenapa kita tak ikut semangat Yahudi yang sanggup bermatian kerana agama mereka?Mengikut kebijaksanaan Yahudi dalam meningkatkan ekonomi negara dan mendidik anak2 muda menjadi lebih genius itu lebih baik..Cuba kita selusuri perkongsian berikut:

Gothik Melayu semakin berleluasa. (Sekadar Gambar Hiasan)

Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".

(H.R. Muslim)

Punk bukan budaya Muslim.

Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "carahidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "carahidup" Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)



Semakin parah keadaan masyarakat Malaysia sekarang sebagai petanda akhir zaman.

Dalam kelalaian kita kepada budaya jahiliah ni, sedar tak sedar Allah telah banyak timpakan musibah kepada kita sebagai peringatan dan kifarah dosa kepada kita.Tapi kita masih leka dan terus hanyut dengan keseronokan yang indah dimata, tapi terseksa ruhani..


Ingatkah kita kepada Tragedi 11/9?



Sungguh menarik. Baca dari awal hingga akhir. Jika anda seorang yang skeptikal, teruskan saja pembacaan anda, jangan henti sekerat jalan kerana sebenarnya ia amat menarik.
Malah, boleh dikatakan, ia juga agak menakutkan! (terutama tips yang bahagian akhir tu)
  1. Nama ‘NEW YORK CITY’ terbina dari 11 huruf & Nama ‘AFGHANISTAN’ juga terbina dari 11 huruf
  2. Nama pengganas yang pernah membuat ugutan untuk menyerang Menara Berkembar (NY Twin Towers) pada tahun 1995 adah ‘Ramsin Yuseb’. Nama ini terbina dari 11 huruf. Nama ‘GEORGE W BUSH’ juga terbina dari 11 huruf.
  3. New York adalah negeri ke 11 bagi Negara US
  4. Kapal terbang pertama yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 11. (flight number 11). Kapal terbang ini membawa 92 penumpang. 9 + 2 = 11
  5. Kapal terbang kedua yang melanggar Twin Towers adalah Penerbangan no 77 (flight number 77). Pesawat ini membawa 65 penumpang. 6 + 5 = 11
  6. Tragedi ini berlaku pada 11hb September. Ia juga dikenali dengan peristiwa 9/11. 9 + 1+ 1 =11. Fakta angka (tarikh) 9/11 ini menyerupai nombor kecemasan Negara US iaitu ‘Rescue 911’
  7. Jumlah semua mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut ialah 254 orang. Maka, 2+5+4=11.
  8. 11 September adalah hari yang ke-254 dalam setahun kalendar. Maka, 2+5+4=11
  9. Peristiwa pengeboman besar yang berlaku selepas daripada insiden Twin Towers New York City ialah di Madrid pada 3/11/2004. Maka, 3+1+1+2+0+0+4=11
  10. Tragedi di Madrid ini berlaku 911 hari selepas tragedi ‘9/11’ di New York
  11. Menurut fakta Bangunan ‘Twin Towers’ ini dikatakan mempunyai 110 tingkat. Apabila disemak di dalam AlQuran, pada ; Surah ke 9 adalah surah AL-TAUBAH (surah ini tidak dimulakan bacaannya dengan kalam Bismillah). Surah ini ada 129 ayat. Dari ayat 1 hingga 93 ia berada di Juzu’ ke 10 dalam Al-Quran, manakala seterusnya dari ayat 94 hingga akhir (129) – ia berada di Juzu’ ke 11 dalam Al-Quran.

Apabila disemak pada surah ini (surah 9), juzu’ ke 11 & ayat ke 110, kita akan bertemu dengan cerita BANGUNAN (mula dari ayat 109-110) iaitu:
(109) Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik, atau orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu (bangunan) itu roboh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.
(110) Bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi penyebab keraguan dalam hati mereka, sampai hati mereka hancur. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
(sumber: http://taufiqduta.blogspot.com/2010/12/rahsia-angka-11-dan-tragedi-911.html)


Tidak serikkan kita setelah ditimpa Tsunami?


Kemaman –- Tragedi ombak besar atau tsunami yang melanda negara ini terutama di utara dan pantai barat semenanjung yang mengakibatkan ramai kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda...

Sehingga setakat ini 63 orang disahkan terkorban manakala 26 masih lagi hilang, beratus-ratus rumah dan kenderaan musnah apabila ombak besar atau tsunami akibat gempa bumi kuat di perairan Sumatera, melanda pantai Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Selangor Ahad lalu.

Ombak besar turut melanda Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myanmar dan Bangladesh meragut kira-kira 23,339 nyawa, dengan Sri Lanka mencatat kematian tertinggi.

Tsunami mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi 8.9 skala Richter itu, paling kuat dalam tempoh 40 tahun. Ia berpusat di Latitud 3.1 Utara dan Longitud 95.5 Timur, 590 kilometer dari sini dan 680 kilometer dari Kuala Lumpur.

(sumber: http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=article&sid=3683)


Fenomena banjir di Malaysia..

Beberapa negeri di selatan Malaysia terutamanya Johor telah dilanda banjir besar mulai 18 Disember 2006 akibat hujan lebat yang mencurah-curah. Banjir ini merupakan yang paling teruk di Malaysia abad ini. Banjir ini turut dirasai negeri-negeri jiran seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Banjir ini berlaku ketika musim tengkujuh di Keantan dan Terengganu. Taufan Utor dikatakan merupakan punca hujan luar biasa ini... Selepas air mulai surut, banjir kedua berlaku ketika orang ramai mula berpindah balik ke rumah selepas banjir pertama yang mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang


Johor merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir ini. Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat telah dilanda banjir. Hubungan ke Kota Tinggi dan Segamat telah terputus terus. Antara Sehingga 90,000 orang telah dipindahkan dan bekalan makanan di pusat pemindahan dilaporkan terhad.


(sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_di_Malaysia_2006-2007)

Negeri-negeri tersebut yang jarang dilanda banjir teruk dan pertama kali berlaku pada 2006 dan sekarang yang kali kedua pada tahun ini, 2011.Tidakkah rase pape yang pelik??


Kemelut politik Mesir..

POLITIK Mesir terus bergolak. Desakan rakyatnya supaya Hosni Mubarak meletak jawatan terus berkumandang melalui demonstrasi massa. Apa yang berlaku di Mesir itu merupakan gelombang pergolakan politik di negara-negara Arab yang bermula di Tunisia.

Namun, setakat ini Mubarak kelihatan sukar untuk mengalah. Malah, presiden yang dianggap diktator itu mengerahkan pasukan keselamatan mengawal dan menundukkan kebangkitan rakyat itu.


Mubarak juga melihat bahawa kekuatan internet sebagai medium penyebaran maklumat dan jaringan sosial yang berpengaruh mampu melonjakkan momentum kebangkitan rakyat yang sekali gus menjadi ancaman dan senjata yang dapat memusnahkan penguasaan politiknya.

Justeru, beliau turut mengambil langkah memutuskan hubungan internet bagi mengawal merebaknya kebangkitan rakyatnya. Beliau juga telah melaksanakan perintah berkurung.

Statusnya demonstrasi jalanan sudah bertukar kepada revolusi berdarah. Pemberontakan massa ini disertai oleh hampir seluruh lapisan masyarakat yang merangkumi pelbagai kelompok dan kelas sosial yang luas sama ada dari kelompok miskin, kelas menengah, kaum terpelajar dan kelompok politik pelbagai ideologi yang dengan lantang menyeru pembebasan dari rejim diktator dan korup. Mereka mahukan perubahan politik yang lebih demokratik dan kerajaan yang memperjuangkan nasib rakyat.

Seperti juga di Tunisia, punca berlakunya kebangkitan rakyat di Mesir adalah didorong oleh kezaliman rejim yang berkuasa, ketidakadilan, kemiskinan dan kekangan terhadap demokrasi. Amat jelas, senario pergolakan politik yang berlaku di Mesir itu menunjukkan bahawa kepemimpinan Mubarak telah kehilangan kepercayaan rakyat. Sebenarnya rakyat telah lama memendam perasaan tidak puas hati.


Kadar kemiskinan di negara itu masih tinggi dan kadar pengangguran semasanya pula mencapai hampir 10 peratus. Ini bermakna sepanjang pemerintahan Mubarak, rakyat tidak begitu dipedulikan sehingga kegelisahan rakyat dimanifestasikan melalui demonstrasi massa.

Satu lagi persoalan yang bermain di fikiran kita ialah siapakah yang memimpin dan menerajui kebangkitan rakyat Mesir itu. Mungkinkah Ikhwanul Muslim atau ada parti atau gerakan yang lain?

(sumber: http://www.azhar.cz.cc/2011/02/kemelut-mesir-bimbangkan-as.html)


Mohon kita ambil iktibar dengan petanda dunia semakin di penghujung usia. Menuggu masa untuk meletuskan kemarahan kepada kita, khalifah di muka bumi ini. Kita yang semakin hilang sikap keadilan dan kebijaksanaan memimpin dunia..

Wallahua'lam..

Feb 8, 2011

Hidup + Mati = Mamai

Assalamualaikum w.b.t

Pukul 1.30 am. Ana masih cuba bulatkan mata yang dah start nak tertutup ni.Sangat mengantuk!!huhu..Tengah nak paksa diri try lukis Kinematic Design Gear Box ni. Gear pun nak kene lukis.Tak reti pun nak buat.Last2 tengok member punya jawapan.Tak malu sungguh!hehe..

Tapi dalam ngantuk2 ni juga ana ketegak sangat nak update blog (loghat kedah dah keluar).ngeh3!Sebenarnya ana nak cerita pasal Hidup dan Mati. Ada kaitan dengan Mamai ke tak pun ana taktaw.hehe..


Sudah 23 Tahun Hidup Buat Apa??

Ana baru perasan umur ana sudah menjangkau suku abad (dah nak dekat umur 24 tahun --> 25 tahun). Bila kira ikut abad ni baru terasa diri ni dah tua. Maknanya dah hidup lama dah kat dunia ni!aish,tapi tula kan. Bila fikir2 balik, sepanjang 23 tahun lebih ni bape banyak masa yang ana telah manfaatkan. Lepas kira2 bahagi, tolak, tambah, berikut masa yg ana spend untuk aktiviti2 sepanjang 23 tahun (taktaw betul tak kira ni.ngehehe..):

1) Tidur = 83950 jam = 9.6 tahun

2) Makan = 6296.25 jam = 0.7 tahun

3)Aktiviti sampingan (buang air, mandi, berborak, facebooking, buang masa..huhu..) = 41975jam = 4.8 tahun

4) Aktiviti yang boleh dikira bermanfaat = 69258.75 jam = 7.9 tahun


Ish3! Lamanya tidur!huhu..Dekat 10 tahun tuh!


Sudah Ready Nak Hadapi Saat Mati?


Ha, ni soalan maut ni.huhu..Siapa2 pun kalo kene zasss dengan soalan ni mesti takda siapa yang mampu jawab.
Takutnya!!Ana sudah tentu tak ready lagi. Banyak lagi yang belum diperbaiki dalam diri ana yang daif ni. Umur makin lanjut. Makin bertambah usia, makin dekat dengan mati.Takda yang nak dibanggakan dengan usia dan kematangan kalau bila bab mati kita bagi macam2 alasan untuk diminta dipanjangkan umur..
So, kene beringat setiap masa. Hidup itu InshaAllah, Mati itu Pasti!Macam mana ana nak berjumpa dengan Allah ni kalo masa yang bermanfaat ana gunakan cuma 7.9 tahun dari 23 tahun??Malu dan sangat malu!!


So, Jangan Mamai!!

Kita hidup di dunia jangan MAMAI.
Jasad kita hidup, tapi jiwa kita mati..

Otak kita berisi, tapi sempit tidak berfikir..

Hati kita kelat tidak berperasa, berlumut tanpa penyucian..

Ruh kita berkeliaran, bernyawa tanpa pimpinan..

Sihat tulang empat kerat, tapi berkarat tidak bermanfaat..

Hidup yang diukur hanya sekali..

Hidup yang dibalas selamanya tiada berhenti..

Mati itu intermediate kehidupan abadi..
Maka janganlah kita MAMAI tanpa kesedaran..

Kelak kesal tiada penyudahan..

Manfaatkan hidup dengan pengabdian kepada Tuhan..




P/s: Masa yang bermanfaat bukan untuk kepentingan diri sahaja, tapi untuk maslahat manusia dan segala hidupan kat dunia. Jangan jadi macam HUSNI MUBARAK (Dia ialah Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak (bahasa Arab: محمد حسنى سيد مبارك; lahir 4 Mei 1928)umur 82 tahun merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981) Memanfaatkan hidupnya dengan kezaliman!


Antaranya jasa Hosni Mubarak ialah membantu tindakan zalim Rejim Zionis mengenakan kepungan dan sekatan ekonomi terhadapa rakyat Palestin di jalur Gaza selama lebih tiga tahun dengan menutup pintu sempadan Mesir-Gaza di Rafah yang yang merupakan satu-satu pintu masuk ke Gaza melalui Mesir.

Dalam masa yang sama Israel termasuk AS faham benar sikap zalim Hosni Mubarak terhadap rakyat Mesir selama ini. Hosni Mubarak telah memerintah Mesir secara kuku-besi selama 30 tahun. Pemerintahan beliau tidak mengenal dan tidak menghormati langsung demokrasi. Hak asasi manusia suatu yang asing untuk beliau. Penjara hatta hukum bunuh adalah jawapan kepada sesiapa yang cuba menentang kerajaan . Kekayaan negara hanya untuk beliau, keluarga dan kroni. Hasilnya Mesir menjadi negara yang mundur dan miskin. (sumber http://www.pacemalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=222:siapa-selepas-hosni-mubarak-demokrasi-ataupun&catid=7:featured-articles&Itemid=15)


ZALIMKAN?????

Sama-sama kita muhasabah diri..Wallahua'lam..