Dec 21, 2010

Rebutlah Peluang Menjadi Pemimpin

Assalamualaikum w.bt.

Insha Allah pada 23hb 12 (khamis) akan diadakan ENGINIUS XVII election di ENGINIUS General Office. Alhamdulillah, ana akan melepaskan jawatan yang disandang sebelum ini pada 24hb 12 (jumaat). Moga ana telah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Namun terasa teramat sedih bila fikirkan apa yang telah ana dan sahabat2 dalam ENGINIUS XVI hadapi selama ini. huhu..Adakah kami benar2 telah jalankan amanah tersebut sebaik mungkin??

Benar, pada sesetangah orang akan menganggap bahawa persatuan pelajar dalam Universiti hanyalah 1 perkara yang mudah tuk dilaksanakan dan tidak sebeban seperti tanggungjawab Majlis Perwakilan Pelajar atau mana2 organisasi lain, namun apabila kita ceritakan bab amanah dan tanggungjawab sesiapa pun akan disoal di akhirat kelak mengenai jawatan yang kita sandang.



Ana rase teramat2 takut untuk menjawab soalan Allah di akhirat kelak, apatah lagi kita sebagai manusia biasa tidak akan lari dari dosa2 lain selain daripada kesalahan dalam memimpin. Kadang2 ana terasa malas, culas, buang masa ketika menjalankan tugas tidak serius, dan banyak lagi perkara yang ana rase ana telak leka dalam melaksanakan amanah tersebut. =(

Menjadi seorang pemimpin bukanlah semudah yang kita sangkakan. Namun, kita sebagai insan yang lemah sentiasa akan melakukan kesilapan. Niat kita dalam menyandang jawatan tersebut perlulah ikhlas dan tidak melibatkan apa pun niat untuk kepentingan diri sendiri.




Tetapi, kita tidak perlulah terlalu takut untuk menerima jawatan yang diamanahkan kepada kita selagi mana kita rasa kita mampu memegang amanah tersebut. Kita perlu ingat, pemimpin sesebuah organisasi memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah dan dakyah yang akan membentuk suatu society yang mempunyai nilai tamadun dan moral yang tinggi.

Islam teramat menuntut ummatnya merebut peluang menjadi seorang pemimpin dalam menyebarkan Islam. Di dalam Al-Quran telah dinyatakan mengenai pentaklifan ummat manusia sebagai pemimpin atau khalifah. "Khalifah" bererti "pengganti" atau boleh juga diterjemahkan daripada perkataan istakhalfa = khalifah.

2:30. Dan apabila Pemelihara kamu berkata kepada para malaikat, "Aku akan meletakkan di bumi khalifah (pengganti)." Mereka berkata, "Adakah Engkau meletakkan di dalamnya orang yang akan membuat kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, sedang kami menyanjung dengan memuji-Mu dan memanggil Engkau Suci?" Dia berkata, "Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu tidak tahu."
38:26. "Wahai Daud, sesungguhnya Kami melantik kamu khalifah (pengganti) di bumi; maka hakimkanlah antara manusia dengan adil, dan janganlah mengikuti keinginan supaya ia tidak menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat daripada jalan Allah, bagi mereka, azab yang keras kerana mereka melupakan Hari Perhitungan."

Banyak lagi pengupasan mengenai pemimpin dan khalifah. Terlalulah rugi jika tidak menyahut seruan Allah kepada kita dalam menjadi seorang pemimpin didunia ini. Jadilah pemimpin yang baik kepada diri sendiri, agama, keluarga, sahabat2, masyarakat dan negara. Kita adalah pemimpin diri kita.

Wassalam..

Dec 17, 2010

"You forgot everything before Ur Graduation?"

Assalamualaikum w.b.t

Hehe..Tajuk entry tu ana ambil dari kata2 sorang lecturer ana, yang semalam baru je mengajar kami student manufacturing engin (final year), tuk subjek Special Topics in Advanced Manufacturing.

Semalam mdm tu dia start mengajar dengan recap and review topic yang kami penah belajar time 2nd year dulu, tentang mechanical properties.haha.. Bile tiba2 ada words tentang Recrystallization dan Isotropic, mdm pun tanya la kami apa maksud benda alah tu.huhu..
Terkulat2 suma nak jawab.
Ada yang pandang kawan sebelah, buat2 bincang pasal maksud words tu.

Ada yang buat2 tengah menulis.huhu..

Masing2 memang ternganga gak la nak jawab.




Bila takda yang nak jawab, last2 mdm tu pun cakap kat kami;
"You forgot everything before your graduation?oh my God!!"
huhu...masa tu ana rasa macam kene panah petir jugak la. tersentap!hehe..
The 1st point is selama ni ana belajar kerana exam je. sebab tu lupa. belajar susah nak tekadkan niat yang ana belajar sebab nak tuntut ilmu tu sendiri..
Huhu..insaf2..memang salah diri sendiri..

2nd reason plak, mungkin selama ni students suma rase mereka perlu struggle tuk exam sebab lecturer ramai yang bagi soalan exam yang tahap kene sembelit dan style marking pun buat students kecut perut.huhu..
Bukan ana nak menyalahkan lecturer, cume logically kita suma akan merasa keadaan yang sama bila nak jawab exam.sampaikan lepas exam terus blank, tak ingat sangat dah apa yang belajar.

Pape pun kita suma kene ingat, susah macammane pun soalan yang lecturer bagi, kita perlu jugak tetapkan niat dalam hati; "Aku belajar kerana Allah Ta'ala"
Sebelum kita tuding 1 jari pada orang lain, 4 jari lagi sudah pun menuding jari pada kita.
Mohon Allah ampunkan salah kita suma.Amin!!

Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya "
Hadith ini diriwayatkan oleh dua Imam, iaitu:
  • Imam Al-Bukhari (Abu 'Abdullah Muhammad Bin Isma'il)
  • Imam Muslim (Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj)
See more tentang niat at http://syarahal-hadith.blogspot.com/2010/04/setiap-amalan-bergantung-kepada-niatnya.html (sumber)

Dec 15, 2010

Perasaan yang bercampur baur..

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah, Maha Suci Allah atas segala pemberianNya kpd ana slame ni.

Sekadar ingin menceritakan perasaan ana yang sekarang ni bercampur baur.huhu..

1) Rindu. Rindu pada mak, adik2 dan the whole family. selalunya lepas cuti panjang, naik semester baru, kurang sikit rindu ni pada mereka, tapi tak tahu kenapa kali ni, ana rase sangat2 rindukan mereka.

Mungkin sebabnya, slps ni ana bukan lagi pegang title student lagi, pasni da kene keje, cari rezeki tuk family, kene berjauhan lagi dengan family dan takde lagi cuti panjang tuk melepak dengan mak dan adik2.huhu... sampai saat diseru jodoh plak, ana akan bertukar title, bkn lagi anak emak,huhu..terasa makin jauh dari emak dan family..=(

- Ratu Hatiku -


- Gambar ni jela yang latest kami b'gambar 1 family.sedih.huhu.. -


2) Sedih, Sedih bile teringat yang ana akan akhiri zaman siswazah lagi beberapa bulan. terpaksa berpisah dengan sahabat2 yang ana kasihi.

Nur Hanis Yahya (sahabat di KISAS), da lame tak bersue dengan beliau. Entah bile lagi dapat berjumpe, yang dulunya banyak bagi nasihat pada ana, yang tak pernah ambil hati dengan sgale kesalahan ana pada beliau. Miss u so much hanis!! (da lame tak bergambar dengan hanis.huhu..)


Kak Diyana yang sgt cute dan supportive. i inspire her! da kahwen da pun die!moga berbahagia hingga ke syurga kak!love u!!!

- Kak diyana and Husband -


Sahabat2 RKA kat SMKMIL. Mereka suma dah macam adik beradik dengan ana. Sayang sangat2 pada korang sume! Abby, Semah, Madi, Izani, Tiqah, Tipah, Pikah, Shepah, Aini, Sarah, Yune, Leha dan sume2 nyelah.huhu..

- Antara adik beradik RKA SMKMIL -


Yang bakal ana tinggalkan juge, family Gempak Carnival (GC). Kpd Iqah, Kina, Dila dan sume family GC, juga pada classmate Manufacturing yang sempoi, thanks for being my precious memory once in my life!

- Family GC sewaktu 1st gathering ktorg pas program. Susah payah kita hadapi bersame.hehe. -


- Manurian yang best! -


Sedih juga bile fikirkan tak lame lagi ana akan melepaskan jawatan sebagi General Secretary dlm ENGINIUS XVI. one more moment of perpisahan yang akan ana hadapi. pasni dah tak merasa bermeeting dengan family ENGINIUS XVI dah. dah tak merase di marah oleh president ana (Bro Wan Mohd Aizat).hehe..padahal tak garang pun. dah tak merase disakat oleh Vice president1 (Taufiq Iqbal), ana akan rindu pada senyuman Vice President2 (Fathiyah Abdullah), pada my assist merangkap adik dlm mainboard, Ummi Milhana, thanks coz selama ini banyak support akk yang tak berpengalaman ni.huhu.. pada treasurer (Taqiyuddin dan Husam), mekasih juga lak menceriakan main family ENGINIUS XVI ni!

Pada adik2 ENGINIUS XVI (sume exco2), I love u all so much!teruskan deligasi ENGINIUS dengan sebaik mungkin!chaiyo'2!!


3) Gembira. Ana rase gembira jugak sebab tak lame lagi ana akan menamatkan title student formally. hehe.. setelah berpulun selama 18 tahun, insha Allah akan tiba saat ana akan menerima segulung ijazah.Alhamdulillah. tak sabar nak tunggu saat tu!!

Ana akui yang selama ini banyak khilaf pada niat sewaktu ana belajar. niat kerana nak lulus periksa!huhu..tapi ana cuba gak buang sikit2 selama tempoh belajar ni. Menuntut ilmu kerana Allah Taala!Allahuakbar!

Insha Allah, jika ada rezeki dan mase terluang, ana akan teruskan jugak belajar sama ada formal atau tak formal.

4) Risau. Risau ni tak bleh la nak cite lebih2 sebab apa.hehe..biarlah rahsia..


Many memory that figured in my life. too many words to story. they are always in my mind. Nanti dah sampai ada anak cucu boleh share dengan depa suma.hehehe..
Wassalam..

Dec 14, 2010

Rintihanku..




Keluh hati, kesah jiwa.

Hilang arah tujuan..

Punah segala impian..

Ku cari damai di pesisiran hati..

Agar dapat menikmati kasih Yang Esa.

Ku cari iman di tepian jiwa..

Agar dapat ku ubati cacat cela.

Di mana tempat ku Tuhan??

Di jannah atau di nar??

Ku cuba ubah arah gelora..

Biar aku jadi pantai yang tenang.

Ku cuba lerai tali yang kusut..

Biar aku jadi ikatan yang teguh.

Alirkanlah cucuran rahmat Mu Tuhan..

Limpahkanlah saliran kasih Mu Rahman..

Tiada makna hidup tanpa Mu Malik..

Hinanya aku di sisi Mu Khaliq.

Ya Allah, Ya Kudus,

Berikan aku sekelip cahaya..

Buat suluhan dikala kegelapan..

Buat pimpinan dikala kesesatan..

Moga di pertemukan di alam penuh kenikmatan.

Salamun qaulan’mirrabirrahim. 3X

Amin Ya Rabbala'lamin..


Nukilanku --> A-N-A

Mengukur Sebuah Cinta..




Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

*Sumber - http://sirah.blogsome.com/2005/09/27/mengukur-sebuah-cinta/