Dec 14, 2010

Mengukur Sebuah Cinta..




Di dlm Kitab Hayatus Shahabah, halaman 524-525 diriwayatkan kisah berikut:

Menjelang Perang Uhud, Abdullah bin Jahsy mengajak sahabatnya, Sa’d bin Abi Waqqash utk berdoa. Ajakan itu dipersetujui oleh Sa’d. Keduanya mulai berdoa. Sa’d berdoa terlebih dahulu:

“Tuhanku, jika nanti aku berjumpa dgn musuhku, berilah aku musuh yg sgt perkasa. Aku berusaha membunuh dia dan dia pun berusaha membunuhku. Engkau berikan kemenangan kpdku sehingga aku berhasil membunuhnya dan kemudian mengambil miliknya (sebagai rampasan perang).”

Abdullah mengaminkannya. Tiba giliran Abdullah berdoa:

“Tuhanku, berilah aku musuh yg gagah perkasa. Aku berusaha membunuhnya, dan ia berusaha membunuhku. Kemudian ia memotong hidung dan telingaku. Kalau nanti aku bertemu denganMu, Engkau akan bertanya: ‘Man jada’a anfaka wa udzunaka?’ (Siapa yang telah memotong hidung dan telingamu?). Aku akan menjawab bhw keduanya terpotong ketika aku berjuang di jlnMu dan jln Rasulullah (fika wa fi rasulika). Dan Engkau, ya Allah akan berkata: ‘Kamu benar!’ (shadaqta).”

Sa’d mengaminkan doa Abdullah tersebut. Keduanya berangkat ke medan Uhud dan doa keduanya dimaqbulkan Allah.

Sa’d bercerita kpd anaknya, “Duhai anakku, doa Abdullah lbh baik drp doaku. Di senja hari aku lihat hidung dan telinganya tergantung pd seutas tali.”

Kisah ini tlh melukiskan sebuah cara utk mengukur cinta kita pd Allah. Sementara ramai yg berdoa agar mendapat ini dan itu, seorang pencinta sejati akan berdoa agar dpt bertemu dgn Kekasihnya sambil membawa sesuatu yg bisa dibanggakan.

Ketika di Padang Mahsyar nanti Allah bertanya kpd anda: “Dr mana kau peroleh hartamu di dunia?” Anda akan menjawab, “Harta itu ku peroleh dgn kolusi dan korupsi, dgn memalsu kuitansi, dgn mendapat cipratan komisi.”

Allah bertanya lagi, “Apa saja yg tlh engkau lakukan di dunia?”

“Ku hiasi hidupku dgn dosa dan nista, tak henti-hentinya ku cintai indah dan gemerlapnya dunia hingga aku dipanggil menghadapMu.” Allah dgn murka akan menjawab, “Kamu benar!”

Bandingkan dgn seorang hamba lain yg ketika di Padang Mahsyar berkata kpd Allah:

“Tlh ku tahan lapar dan dahaga di dunia, tlh ku basahi bibirku dgn zikir, dan tlh ku curahkan waktu dan tenagaku utk keagungan namaMu, tlh ku hiasi mlm ku dgn ayat suciMu dan tlh ku letakkan dahiku di sejadah utk bersujud pd kebesaranMu.”

Dan Allah akan menjawab, “Kamu benar!”

Duhai.. adakah kebahagian yg lbh dr itu; ketika seorang hamba menceritakan amalnya dan Allah akan membenarkannya.

Mahukah kita pulang nanti ke kampung akhirat dgn membawa amal yg bisa kita banggakan? Mahukah kita temui Kekasih kita sambil membawa amalan yg akan menyenangkanNya?

Allahu ‘lam bisshawab.

*Sumber - http://sirah.blogsome.com/2005/09/27/mengukur-sebuah-cinta/

Dec 13, 2010

Telah Ditag - 25 perkara Tentang Diri A-N-A

Assalamualaikum w.b.t
Baru2 ni ana di tag oleh sorang sahabat ana (x roomate time matric). Mekaseh la yerk Cik Siti Maslehah Makenan (betolkan ejaan??hehe..). I tahu U mmg sayang sangat kat I.wawa..
Rasenya prangai ana lebih kurang Cik Siti kot cume ana tak ambil lesen lagi.keh3..

Berikut adalah 25 perkara tentang diri ana:

1) Biodata; (hehe..sekadar tambahan ye cik siti)
Nama: Amy Natasha Adam
Tarikh Lahir: 24 April 1987
Tempat Lahir: Hospital Kuala Lumpur
Anak: Pertama dari 5 orang adik beradik.
Status: Bujang dan Single.
Alamat Rumah: 356, Jalan Mahang Felda, Chemplak, 85300 Labis, Segamat, Johor.

2) Education;
Sekolah Tadika: Dah tak ingat.huhu..
Sekolah Rendah: Ada 3 sekolah, cume yang ingat SRK Felda Chemplak.
Sekolah Menengah Rendah(form 1-3): SMK Munshi Ibrahim Labis
Sekolah Menengah Tinggi(form 4-5): Kolej Islam Klang (ni name lame, name baru di rahsiakan.kuikui..
Pengajian Tinggi: Matriculation Centre of IIUM (name lame, name baru CENFOS)
IPTA: Now- IIUM

3) Hobi: Membaca, makan, tido, menonton TV.

4) Cita-cita: Menjadi manusia berguna.huhu..

5) Seorang yang agak sensitif.hehe..memang sape2 yang rapat boleh tahu la yang ana ni sensitif yang bagaimana. tak tahu kenapa. maybe mase mak ana mengandungkan ana, dia tengah suka layan drama2 yang sensitif kot. drama yang tragis dan penuh dengan emosi.hehe..



6) Seorang yang tegas @ garang la jugak.huhu.. tapi sekarang da kurang sikit berbanding dengan ana mase time form 1-3. penah 1 mase ana dalam kelas, budak2 laki bising. ana ni bukan boleh tahan orang bising2, lagi2 orang laki. nak taw ape yang ana wat??hehe.. ana sound cakap camni; "Eh, dalam kelas ni ada monyet ke??!!!". huhu..teruk tol ana mase tu. tapi insha Allah da insap da, tak mau cakap teruk2 camtu lagi.wuwu.. kalau kat rumah dengan adik2 pun ana memang tegas.tapi susah sikit kalau marah by mulut, ana marah dengan tangan pun berjalan. (tangan ketam.haha..sian adik2 kat umah tu.)



7) Suka bercakap. ha, ni sikap yang dari kecik2 lagi la. mak ana penah cite yang ana ni suka sangat membebel. sampaikan orang gelarkan ana, 'Mak Nenek'. hehe.. (tapi ana muda lagi taw.baru 15.kuikui..)



8) Ana juga seorang yang cekal. ngeh3.. bukan ana nak puji diri, tapi ini ape yang mak ana bagitahu psl ana. yela, dulu kecik2 family ana susah sangat dan ana anak yang 1st, so ana dari kecik dah belajar hidup susah dan mesti jadi seorang yang cekal dan tabah. (waris sikap mak ana.hehe..)



9) Lastly, ana seorang yang setia. (haha..ini memang puji diri rasenya). Contoh paling senang nak tahu kita ni setia ke tak, dengan tengok permakanan kita. if kita jenis yang tak jemu dengan makanan yang same tiap hari means kita ni seorang yang setia (ini apa yang orang penah bagitahu kat ana la.hehe..). ataupun kita ni suka sangat buat bende yang same tiap2 hari. ada kemungkinan kita orang yang setia. tapi kalau ana??kihkih..jeng3..rahsia..hanya yang rapat sahaja tahu kenapa anak tergolong dalam golongan yang setia.huhu..maap la, jika annoying dengan kata2 ana ni..



Di bawah adalah tentang diri ana plus 16 lagi yang tertinggal yang dijalankan oleh YB Dato' Dr. Fadzilah Kamsa (Copy dari FB.hehe..)


Amy lahir pada bulan April. (24 April)
Sifat orang yang lahir pada bulan April biasanya:

Dec 12, 2010

Gentlemankah kamu wahai lelaki?


Assalamualaikum w.b.t. buat sume..
Sedikit perkongsian dan harap2nya takde yang akan marah dengan entry ana kali ini.huhu..
Zaman sekarang ni ana rase letih dengan macam2 keluhan para wanita tentang lelaki.
Antaranya:
"Ei, nape la laki tu gatal sangat nak kahwin lebih dari 1???"
"Aku geram betol la dgn laki yang aniaya isteri die, makan hasil bini!"
"Eh, wat dek je mamat yang duk dlm LRT ni, tak nampak ke perempuan ramai2 yg kene berdiri?"
"Kedekut punye laki, aku pulak yang kene tanggung dia."
dan macam2 lagi lah ketidakpuasan seorang wanita kpd seorang lelaki.

Ana sendiri akui, zaman sekarang ini memang susah tuk jumpe lelaki yang gentleman dan bertanggugjawab. Kadang2 rase pelik pun ada, kenapa fonemena ni berlarutan, terutamanya berkaitan dengan poligami??


"Ala, ko orang perempuan cakap mcm ko orang tu sume baik2 je. Perempuan yang baik pun susah nak cari zaman sekarang ni." mungkin pihak lelaki akan bantah dengan kata2 mcm ni.

Harus kita ingat, bukan masalah gender yg kita harus debatkan, tapi kita perlu cari punca masalah kenapa lelaki zaman sekarang tidak seperti seorang laki yang perlu memelihara kehormatan dan keselamatan seorang wanita/perempuan.

Masalah yang makin parah bila makin ramai golongan lelaki jadi pondan/mak nyah. Sedar tak sedar kuantiti dan kualiti lelaki yang di istilahkan 'berguna' itu makin kurang. Kepercayaan wanita kepada golongan lelaki pun makin menurun dan keluarlah kepercayaan lain dari wanita2 yang lelaki2 zaman sekarang tdk boleh di harap.

Maap pada golongan lelaki, bukan mahu kritik cume mahu kesedaran dari golongan2 ini.

Komuter yang sedia ada di asingkan koc2 ikut gender pun masih lagi ada lelaki yang tak paham bahasa melayu kat mana mereka harus duduk?
Buat tak tahu je ada bila ada seorang makcik depan mata yang lebih perlukan seat dalam LRT.
Mengaku bujang sedangkan sudah beristeri 2.
Mempermainkan perasaan seorang perempuan dengan kata cinta yang pura2 suci.
Mudah sangat 'menebuk' anak dara orang dan meramaikan lagi 'anak' yang tidak dinasabkan ke atas mereka.
Merokok depan anak2, tapi marah bila anak2 sendiri ikut jejak langkah mereka.

Berbincang mengenai penceraian dan sikap tidak bertanggungjawab pula, keratan forum di bawah mungkin boleh dijadikan bukti:

“Boleh dikatakan sembilan daripada 10 punca perceraian datang daripada lelaki,” kata Pakar Motivasi dan Kaunseling, Klinik Hushim Motivation and Counselling Consultantsy, Hushim Salleh. Menurutnya, rumusan itu berdasarkan pengalamannya menerima pelbagai masalah rumah tangga daripada pasangan suami isteri setiap hari.
“Apabila saya katakan perkara ini dalam ceramah atau bengkel, tiada lelaki berani membangkang kerana ia kenyataan. Saya cakap berdasarkan fakta kerana setiap hari menerima pelbagai aduan masalah rumah tangga,” katanya.


Hushim berkata, biasanya wanita berfikir panjang dan berusaha memelihara rumah tangga kerana mereka takut memegang gelaran ibu tunggal. Katanya, jarang wanita meminta cerai jika suaminya baik. Biarpun suami bergaji kecil, isteri menerima keadaan itu seadanya kerana yang penting ialah suami setia dan bertanggungjawab.

“Berapa ramai lelaki yang berpendapatan rendah mampu hidup bahagia bersama keluarga. Ini disebabkan kesetiaan dan komitmen yang suami berikan kepada keluarga. “Lelaki seharusnya menjadi pemimpin dalam rumah tangga, memimpin solat jemaah dan membawa anak dan isteri mendengar ceramah di surau atau masjid.
Antara kelemahan ibu bapa ialah tidak tegas.
“Jika anak tidak mahu pergi ke sekolah kerana susah bangun pagi, tabiat itu dibiarkan berlarutan hingga dewasa. Malah, sikap bapa yang malas bangun pagi menjadi ikutan anak,” katanya.
Beliau berkata, dalam satu kes dikendalikannya, ada lelaki digelar suami RM3 kerana sering meminta jumlah berkenaan untuk keluar melepak bersama rakan di kedai kopi pada waktu malam.
“Ini sungguh memalukan. Akibat kegagalan suami menjalankan tanggung jawab sebagai ketua keluarga, isteri seperti menanggung biawak hidup dan tidak hairan perceraian berlaku,” katanya.


Puncanya??
1) Kemungkinan kondusi persekitaran yang tidak sihat. (Cth: Tertekan dengan bebelan Mak atau Isteri)
2) Media yang berlumba2 menayangkan unsur seks. (Selalunya iklan minyak wangi)
3) Pengaruh rakan sebaya. (Berlumba-lumba2 nak kumpul awek ramai)
4) Didikan moral dan keagamaan kurang.

Punca2 ini suma sudah lama kita belajar dari sekolah lagi. Tapi, belajar sekali lalu, masuk telinga kiri keluar telinga kanan dan tidak pernah di ambil endah tuk berubah. Masih tetap bertambah golongan lelaki yang tidak matang dan bertanggungjawab.
Pelikkan???

Kenapa mesti salahkan lelaki dulu?Sedangkan wanita pun bersalah juga.Sebabnya:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).

Satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.

“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).

Ingatlah wahai kaum lelaki, di akhirat kelak anda tidak akan mudah masuk ke syurga selagi isteri, anak2 dan ahli keluargamu telah berbuat banyak dosa. Kalian akan disoal dimanakah letaknya sikap tanggungjawab kalian kepada mereka. Jika kalian masih lagi menambah saham dosa untuk diri sendiri, lagi banyak yang akan menahan kaki kalian tuk melangkah ke syurga.

Mohon maap atas khilaf kata2 ana dalam entry kali ini. Moga sama kita berubah ke arah yg lebih baik. Wassalam

*Sumber bahan:
1) http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-426434.html
2) http://www.islam.gov.my/portal/pdf/bapakeluarga.pdf

Dec 10, 2010

Lain Dahulu, Lain Sekarang..Ke Arah Tahun 1432H & Seterusnya..

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat2 ana yang dikasihi kerana Allah sekalian..
Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa untuk menempuh tahun baru hijriah bagi tahun 1432H.
Moga kita mampu berazam dan melaksanakan azam baru kita dengan sebaiknya. yang paling penting, jangan hangat2 tahi ayam.huhu.. (peringat kat diri ni juge..hehe..)

Pada minggu awal muharam ni banyak juge drama2 melayu psl awal muharam yang ada kat TV tu.Memandangkan kat umah ana takde Astro, so ana suke pulun cite2 melayu kat TV2, TV3 dan TV9..best2 gak la.hehe.

Drama yang paling menarik ana tonton tajuknya "Dakwah Muharram" (kalau tak silap la tajuk die camtu). Cite ni tentang 1 family yang warak dan alim, seorang ayah, ibu, serta 3 orang anak-anak dia. Ana tonton cite ni pun da half da mase tu.

Anak yang sulung belaja di Mesir kot (da tak ingat.huhu..byk mkn ajinamoto time cuti la ni..hehe..), anak yang second plak berbeza sangat perwatakan die dgn yang sulung. yang second ni bercita-cita nak jadi penyanyi rocker.huhu..sangat la berbeza dengan abang die. tapi abang die backup adik die ni dlm nak kejar cite2 die tu. abang die pesan, pape pun cite2 kene berlandaskan niat yang betul dan tak melanggari syara'. so abang die ni support adik die, sampaikan abang die sanggup tuk jadi backup singer dengan menyanyi part qasidah. lagu tu tentang ketuhanan gak la.

Aqasha sebagai anak yang 1st (jadi ustaz tu.huhu..)


Vokalis Sofaz jadi anak yang 2nd (group die pun kene angkut berlakon sekali.hehe..)

Yang paling best ana nak bagi tahu abang die ni memang ada matlamat tuk berdakwah dengan cara pendekatan yang berbeza.dia focuskan pada remaja2 yang bermasalah.die bercite2 nak buat konsert rockers bersempena Maal hijrah tuk remaja2 yang minat ke arah rock2 ni. Sekurang-kurangnya Mat2 Rocker ni tahu la apa itu Awal Muharram, tidaklah nanti mereka ingat Awam Muharram itu Maulidur Rasul.huhu..

Pada ana ni satu pendekatan yang sangat menarik. Ana teringat pada kata2 Ustaz Asyraf (johan bagi reality show Imam Muda), beliau pernah berkata dalam 1 forum yang diadakan di UIAM, bahawa zaman sekarang pendekatan dakwah haruslah sejajar dengan budaya orang yang kita nak dakwah. kita perlu ikut rentak mereka2 yang hendak kita dakwah selagi mana tidak melanggar syara'. (lebih kurang camni kot penerangan die.huhu..)



Ha, inilah Ustaz Asyraf tu. =)


Dalam rancangan Imam Muda tu, ada 1 slot Imam2 Muda ni perlu berdakwah tuk Mat2 Rempit. Caranya, dengan mengajak mereka tuk bergotong royong mengedarkan bubur lambuk kpd org ramai di masjid. sememangnya di hati2 Mat2 Rempit ni ada 1 sikap mereka suka dan berbangga dengan sesuatu pekerjaan yang mereka lakukan. Ustaz Asyraf kata, biarkan mereka berbangga tuk perkara2 yang baik, coz sekurang2nya kita telah berdakwah tuk mengajak mereka lebih dekat dengan aktivti2 masjid.

Berbalik pada pada kisah "Dakwah Muharram". Persepsi dakwah dalam cite ni mmg berlainan. dari cite ni kita perlu ambil tahu bahawa, jika kite terus berdakwah dengan hanya melakukan aktiviti ceramah dan forum di masjid, sudah tentu yang hadir hanya orang2 yang minat ke arah agama. Tapi, kita sebagai pendakwah tertinggal 1 golongan lagi yang tidak minat ke arah keagamaan dan mereka2 ini belum tentu hendak ke masjid mendengar ceramah2 agama, melainkan ada aktiviti yang menarik tuk mereka join. Maka, sampai bila pun dakwah itu tidak sampai kpd mereka.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:“Maka hendaklah yang telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir” (Hadis Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy)

Memandangkan zaman kita sudah tidak sama lagi dengan zaman ketika pemerintahan Rasulullah. Seharusnya kita sesuaikan cara dakwah mengikut peredaran masa. Pada pendapat ana, drama ini harus dijadikan panduan dan dibrainstorm untuk penambahbaikan cara berdakwah.

Yang paling penting kita harus ingat bahawa sebagai Muslim dan khalifah di muka bumi ini, kita telah lama dipertanggungjawabkan tuk berdakwah menyampaikan agama Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan”

Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif, seperti Firman Allah yang bermaksud: “Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. ” (Al-Nahl; 125)

Sempena awal muharam ini, kita perlu letakkan azam tuk menjadikan diri kita dan orang sekeliling kita ke arah yang lebih baik. Kerana kredit tuk kita dalam berdakwah dan antara soalan Allah di akhirat nanti mengenai amalan2 dan juga apa yang telah kita laksanakan sebagai khalifah di dunia ini.

Akhir kalam ana selitkan 1 kata-kata dari Imam Al-syahid Hassan Al-banna.

Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: “Apa yang ada disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk. Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak putus asa selama-lamanya. ” - Sumber http://ctu101.blogspot.com/2008/04/konsep-dakwah-dalam-islam.html

Wallahua'lam..

Dec 5, 2010

Pabila Seorang Mak Bermain Badminton..

Assalamualaikum wat sume yg bertandang ke blog ana ni..

Sepanjang cuti sem ni mcm2 aktiviti gak la yg ana wat kat umah, even takde pg merayap ke mane2 sgt. Antara aktiviti2 yg ana lakukan spt berikut (huhu..mcm tulis surat la plak.):
1)Menjadi baby sitter/nanny.
2)Mengemas umah tiap2 hari. (tp kdg2 ngelat gak..haha..)
3)Memasak. (sehinggakan da di tegur oleh mak dan nenek yg ana da tibe masenye bole kahwin..wawa..)
4)Membasuh (baju sgt la byk sbb rmai sgt ada kat umah ni,lagi2 musim hujan..huhu..)
5)Makan. (haha..ni mmg aktiviti yg xle tggl, cume semakin aktiv plak bile ramai budak2 kat umah sampaikan ana sronok makan ramai2.hehe..)

dan terakhir skali 6) Bermain badminton.hehe..


Berbalik kpd tajuk entry, ana dgn adik2 sronok sgt dpt main badminton time cuti ni.coz da lame sgt tak main..hampirkan tiap2 hari gak la...tibe pada 1 hari ni, mak ana nak plak join. kami mmg sgt2 terkejut gak la sbb tak pnah tgok melainkan time ana kecik2 dlu..da tak ingat da ape gaye mak ana main..huhu

So, bile mak da start main, kami pn ternganga la coz mak pukul slow and ayu jerk, tp mantap!huhu..bkn kuak kupu-kupu mcm lindan tu (cane ek eja name pemain malaysia tu?huhu..). Mak main mcm gaye pemain akrobatik gak la..lentik2 sikit kaki bile nak hantar bola..hehe..yg bestnye bola slow tp jauh je bola tu pegi..huhu..


Tak dapat lak ana nak masukkan gmbar gaya mak ana main badminton..huhu..tapi rase kagum la dengan mak ni.serba boleh..hehe..

Rase tu je kot nak cite..hehe..pape pun rase sronok sgt cuti sem kali ni coz leisure aktivit byk even takda pegi ke mane2..

Wassalam..